Assalamu'alaikum wbt.
Hai2.!!
Dah lama tak masuk dalam blog ni dan menulis. Rindu pula rasa hati nak taip-taip ni.
Alhamdulillah, syukur. Hari ni, mood cantek. Hari Jumaat. Cuti pulak tu kat Terengganu ni. Feeling2 macam masa free, tak de apa nak buat la kan, padahal assigment ada je tak siap lagi. Huhuhu.
Sekarang, minggu ke dua, dah masuk semester 4. Pejam celik, pejam celik je. Macam tak percaya je. Kira punya kira, ada lagi 2 tahun nak habis kan pengajian dekat sini. Cepatla habes.. Cepatla.. Haisshh! huhuhu. Tak sabau nau..So, sem ni, aku dah dapat rasa stress yang bakal aku hadapi. Punya lah nak ada ruang untuk semester 6 dan 7 nanti, aku add subjek sem 6 bawak ke sem 4 sekarang ni. Dengan ada hafazannya lagi sem ni. Bajet macam pandai la ambik banyak2 subjek tu.Hehehe.
Macam banyak menda nak aku tulis dalam belog kesayangan ni. Rasa macam tak best je, sebab belog ni tak update something yg baru.Yelah, sejak lamanya aku tak menaip2 kat sini kan. Sempena hari yang mulia ni, aku rasa macam nak tulis macam2, banyak2 je kat sini...tapi bila aku fikir lagi dan fikir lagi, aku rasa macam dah basi je cerita2 yang nak di story kan tu. So aku ambik keputusan, tak payah la cite apa2. Hahaha.
Alhamdulillah, kini hidup makin baik. So far, it's so good.
Semakin hari, aku semakin matang. Apa pun yang berlaku kat diri kita, sekeliling kita, jangan cepat mengelabah, cepat melatah dan cepat ambik jalan mudah. Banyak benda yang aku belajar dari isi dunia ini. Banyak juga kerenah manusia yang telah dijumpai, mengajar diri aku, yang aku hidup bukan kerana aku sendiri, tapi kerana orang lain jugak.
Sememangnya, aku dapat rasa perubahan yang berlaku pada diri aku sendiri. Bukan nak poyo ke apa, tapi alhamdulillah. Segalanya dalam keadaan baik sekarang ni. Tipu lah tiada ujian dalam kehidupan insan kerdil dan hina ini, tapi seboleh-bolehnya aku akan cuba berfikiran positip dan berlapang dada.
Aku gembira dengan kehidupan aku yg sekarang. Thanks Allah. I love You. :)
Till then. Thanks 4 reading. Bye2.
ainulhusna
14022014
09:48 am
rumah sewa, gongbadaks