Allah..
Bukan sekali aku berdosa
Kadang berulang pada dosa yg sama
Sedar akan wujudnya dosa dan pahala
Tetap terus biarkan diri ternoda
Dengan nafsu dan bisikan mereka
Allah..
Ingin aku kembali kepadaMu
Pesis anak kecil tiada dosa
Putih.Bersih.Suci.
Tidak kenal erti dosa
Dengan mudah dikecap indahnya syurga
Allah...
Ampuni aku
Dosa ini tak tertanggung lagi
Ujian itu, Kau kuatkan hati ini
Ujian itu, Kau teguhkan iman ini
Ujian itu biarlah mendidik diri
Kerana saat masa
Engkau menilai setiap gerak geri
Allah..
Mudahkan langkahku dalam layaran bahtera dunia ini
Bantu aku
Kerana aku hamba yang lemah lagi hina
Aku hamba penuh dosa
Ingin aku kembali
Menjadi sebnar-benar hamba
Hamba kepada Penciptanya
14102013
17:32
TamanSetiaHati,Senawang
No comments:
Post a Comment