Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...
Syukur kepada Allah, Pemberi Segala Nikmat setelah semuanya selesai dengan baik sekali. Allah sentiasa permudahkan perjalanan hamba ini walaupun hamba sering lalai dan alpa terhadapNya. Smalam, 2 Disember 2012, Alhamdulillah, secara rasmi telah bergelar seorang graduan UniSZA yg memegang segulung Diploma Pengajian Islam : Al-Quran & Al-Sunnah. Setelah 8 bulan menunggu untuk menjadi graduan UniSZA, pelbagai perkara gembira, perkara suka duka, macam-macam cerita telah tercipta, akhirnya tercapai juga hasrat untuk bergraduasi sebagai pelajar UniSZA. :p
Lebih kurang 3 tahun aku berada di sini. (UniSZA). Pelbagai perkara yang telah membuat aku kenal erti dewasa. Banyak benda yang menjadikan diri lebih matang. Dari sekecil-kecil hal, hingga kepada sebesar-besar perkara. Ingatkan 3 tahun tu lama, ghupenya tak la lamo sangat. Pejam celik-pejam celik dah 3 tahun. Skejap. Seperti smalam daftar masuk diploma. :)
Semalam merakam kan banyak kenangan manis buat aku dan kawan-kawan satu kos terutamanya. Segala rindu dihati terubat bila dapat melihat wajah tiap seorang sahabat-sahabat semua. Masing-masing ada perubahan masing-masing. Ada yang makin tembam, makin tinggi, makin kurus, ada yang makin cantek, ada ynag makin hensemmm, yang dah jadi bini orang, yang bakal jadi ibu, yang badan macam mak ayah orang pun ada. Aku?? Makin bertambah berat di badan. :p Seronok tengok kawan-kawan masing-masing semua muka gembira memakai baju jubah konvo. Semua muka happy je. Masa dalam dewan, agak lama la jugak kos kitorng dipanggil. Bayangkan, angka giliran aku je no 535. Berasap betul. Dengan perut lapar nye. Hanya Allah je tahu. Masing-masing mengadu dah lapar. Dalam pukul 10.30 pagi, kos kitorng dah mula beratur nak ke pentas, aku pulak buat hal.Haha.. Time tu rasa nak buang ayaq kecik. Ketaq ke ape. Hahah.. Tapi mujur kawan tolong sabar kan hati. Lepas je turun pentas, duduk tempat masing2 balik, bekejar aku pegi toilet. Ok.Sangat lega...Hahaha. Bila tengok kawan-kawan yg depan ambil scroll ( padahal dummy) je, rasa seronok tak terkata.Rasa bangga pun ada. Lagi rasa sebak bila last sebelum majlis ditangguhkan, kena nyanyi lagu UniSZA.Tak taw la napa sedih pulak time-time tu..Sob3x!! :p
Kat luar dewan.Beratur lame kaw~
me and asiah. ore kate kami twins,. :p
Habis je majlis, jumpe Mama.. Ayah, lepas tengok aku
naik pentas, terus pergi hotel balik.Jemput kakak. Jadi, tak jumpa ayah pun lepas majlis bersurai. Time tu, masing-masing dah dengan keluarga sendiri. Ada yang family tak datang tu, kesian kat depa. Seronok tengok suasana orang konvo ni rupenye.. Huhu.. Time tu agak sedih la jugk sebab tak de sape nak bagi bunga, hahah.. Tapi last-last kakak n abang Amri datang dia bagi bunga. :p
with my lovely sis. :) kak Ayu.
Bila masing-masing dah nak balik tu, tak terasa seperti akan berpisah pun. Terutamanya dengan hanisah dan Mahirah.Hanisah tu sempat la jugak la bersalaman, tapi dgn Mahirah tak sempat pun. Tengok-tengok dah balik. Sedih betul. Huhuh..Balik bilik, ayah hantar dalam pukul 1.30 petg. Bilik sunyi.. Sedikit kemas. Kalau tak macam kapal pecah. Walaupun macam kapal pecah, tapi tetap seronok. Masing-masing suka. Sekarang dah sunyi. Macam ada magik yang dah ubah semua tu. Pagi tadi, hantar Amyra ke mpkt. Dia nak balek UKM dah. Bilik bertambah sunyi. Dah bersih. Tak macam kapal pecah. Tak bersangkut kain2 baju. Takde siapa pun yang ada lagi. Roomate mungkin balek kejap lagi, bakal gantikan mereka semua kembali. Walaupun roomate baik hati dan ceria orangnya, tapi tetap tak mampu gantikan tempat mereka.
Kembali ke alam realiti. Mulakan hidup sebagai seorang pelajar kembali. Pelajar degree. Ijazah Usuluddin Dengan Kaunseling. Bukan diploma lagi. Berkawan dengan adik-adik STAM n STPM. Harus terima hakikat. Hidup ini hanya satu persinggahan, Persinggahan di UniSZA sebagai diploma sudah tamat. Harus teruskan destinasi yang lain pula. Tempatnya yang sama, namun suasana dah berbeza. Cukup berbeza. Mungkin persinggahan kali ini sedikit mencabar. Ujian akan datang silih berganti. Kawan-kawan mula bertukar. Tak sama yang dahulu. Suasana juga berubah. Moga Allah kuatkan hati. Semoga perjalanan hamba Allah ini sebagai seorang pelajar ini dipermudahkan. Diberi keikhlasan dalam diri dalam menuntut ilmu keranaNya. Harapan yang tersemat dihati, mana tahu dapat jadi pelajar cemerlang fakulti. Heheh. Dengar macam mimpi, InsyaAllah akan realisasikan jika di beri rezeki.
jambakan bunga drpd kak ayu & abg amri n kak nabijah
Kepada Mama & Ayah,
Kejayaan ini takkan dikecapi tanpa redha, doa dan kasih sayangmu. Mulut ini tak mampu untuk meluahkan kata-kata, biarlah ia tersimpan di dalam hati. Hanya doa menjadi kiriman setiap hari. Ini tidak hanyalah sebagai permulaan untuk Allah menguji diri. Semoga diri ini menjadi anak yang solehah. Mampu bahgiakan kalian berdua di dunia dan akhirat kelak. Terimalah sedikit kejayaan yang kurang membanggakan ini, InsyaAllah akan diri ini berusaha sebaik lagi. Tanpa Mama & Ayah, diri ini tidak akan wujud dibumi ini. Semoga Mama & Ayah berada di bawah naungan kasih dan sayangNya. Berbahagialah kalian berdua, kerana diri ini sangat menyayangi kalian.
Mama & Ayah setiasadi hati. <3 font="font">3>
No comments:
Post a Comment