Saturday, 30 March 2013

Minggu Kawan-Kawan

Assalamu'laikum.

Selasa. 26 Mac.2012
Perjalanan ke Besut, Terengganu. Hampir 1 jam setengah. Menuju ke walimah seorang kawan kelas sejak Diploma dan hingga la ijazah sekarang.. Linda dan Zaki. Zaki ni senior aku dulu masa diploma dulu. Tak sempat pulak nak korek rahsia percintaan depa macam mana.Bercinta dengan senior sendiri.? Err..  boleh ke?? :p Depa buat kenduri hari Selasa. Time ade kuliah.So kawan2 time diploma ramai jugak yg tak dapat datang.. Aku kawen nanti nak hari Isnin la. Boleh tak.? ( sila jawab yg berkenaan.. )

Kitorang pergi dengan 4 buah kereta. 1st time kot aku drive keta jauh macam tu. Padahal tak ah jauh sangat pon. Dalam sejam setengah perjalanan tu. Tapi cuak pon ada jugk,dan kena jugak la buat-buat berani. Hehe. Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat sampai . :)

               antara  kawan3 diploma yg sambung degree UniSZA.

comel sangat pasangan pengantin ni.

kawan2 kelas Ijazah sekarang. :)

singgah di Pantai LUPE NAMANYA APA

Sampai UnisZA pukul 6.30petg. Malam tu ada class pulak. Kelas Ilmu Wahyu Dan Sains. Penat + stress+ ngntuk+ letih.... Kuat kan diri jugak pergi ke kelas. =.='

...........................................

Semoga perkahwinan yg dibina ini mendapat redhaNya dan Allah berkati. Mendoakan agar pasangan menjadi suami dan isteri yang soleh dan solehah serta saling lengkap melengkapi. Semoga hubungan yg dibina ini bahgia hingga ke syurgaNya, dengan izinNya, : )

JUMAAT. 29. MAC 2013 ( Pagi)

Perjalanan ke Cherating, Pahang. Perjalanan yang sepatutnya boleh mengambil masa 3 jam dari K.Terengganu telah jadi 4 jam. Konon nak jimat la... cepat laa... kitorang ikot jalan highway yg baru siap. Hahaha.. macam - macam cabaran dan rintangan perlu dilalui untuk sampai ke destinasi. Walimah abang kepada classmate.  Kitorang sampai dalam pukul 12.30 t.hari, time tu tak ramai orang sangat pun, sebab hari Jumaat kan. So, sampai2, jumpa mak Sofea, then kitrorang makan dengan lahapnye. lapau tak hengat kaw. Kawan aku cakap walimah kali ni ala2 macam cite 7 Petala Cinta. Hahaha. Sebab time kitorang sampai tu, bapak ramai giler orang laki pakai jubah dan serban putih ada. Ingat salah masuk lorong. :p

Tomey2 depa semua  ni... :D

Sodap boto makanan kek umah sofea tu. Walimah pon simple dan sangat bersederhana. Tetibe nak plan wedding aku nanti cam ne..eerr....??? ok, sambung terus......Tak lama pon kat umah Sofea, kitorang pegi pantai Cherating. Dokek bona pantai tu ngn rumah Sofea. So kami pun pi la sat pantai Cherating tu walaupun time tu panaih kooott..... 

air kat pantai itu sungguh jernih nampaq ikan di dasar lautan itu. >.<

Siapakah.. ?? -.-'''

Cakkkkk!!!! Kenal tak makhluk comel ni..???? ( muntah la !)

(Malam)

Ber BBQ dengan ex-diploma AQSA di Homestay milik keluarga Sumayyah. Walaupun penat, aku mai jugak la, sebab dah bayaq , satu lagi sebab nak jumpa kawan-kawan kat sana.Padahal yg ada tu dorang yg sambung degree kat UniSZA jugak. Hheheh..Tak pa.. Jumpa depa semua rasa syok sangat. Dapat sembang2, sebab sekanrg masing2 dah laen kos. So, yang mai tu adelah dalam 21 orang....

Muke semua muke letih. Letihhh..!!!!

Aku larangan diri aku daripada menyibuk di situ., :P bakaq3!

Saem2 laki.. :)

Alhamdulillah. Segalanya telah sempurna. Dapt puaskan hati semua orang dan harrap semuanya yg dilakukan dapat redha dariNya.  Ade satu je lagi yg tak settle. Assigment! Ade sape nak tolong.??

 Ok, tak de. 

Cukup lah sampai sini, hari esok2 InsyaAllah makcik menulis lagi. Semoga bermanafaat dan enjoy dis hupdate. :)


*bergelumbang dengan asigment dan test sebelum cuti midsem minggu depan. Semoga terus diberi kekuatan olehNya. tATA. :)


ainulHusna
30032013
18:44
Blok H, Unisza






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...