Monday 14 October 2013

#3 Quote

Allah..
Bukan sekali aku berdosa
Kadang berulang pada dosa yg sama
Sedar akan wujudnya dosa dan pahala
Tetap terus biarkan diri ternoda
Dengan nafsu dan bisikan mereka

Allah..
Ingin aku kembali kepadaMu
Pesis anak kecil tiada dosa
Putih.Bersih.Suci.
Tidak kenal erti dosa
Dengan mudah dikecap indahnya syurga


Allah...
Ampuni aku
Dosa ini tak tertanggung lagi
Ujian itu, Kau kuatkan hati ini
Ujian itu, Kau teguhkan iman ini
Ujian itu biarlah mendidik diri
Kerana saat masa
Engkau menilai setiap gerak geri

Allah..
Mudahkan langkahku dalam layaran bahtera dunia ini
Bantu aku
Kerana aku hamba yang lemah lagi hina
Aku hamba penuh dosa
Ingin aku kembali
Menjadi sebnar-benar hamba
Hamba kepada Penciptanya

14102013
17:32
TamanSetiaHati,Senawang


Thursday 10 October 2013

AKU



Manusia, mana ada yang sempurna. Ada.Dia. Nabi kita.

Aku mula koreksi diri aku sendiri. Aku sememangnya tidak sempurna. Ahh.. Sememangnya! Dalam ibadah, solat pun kadang-kadang lewat. Adakala kena qada’. Sunat tak payah cakap. Ikut suka. Rasa rajin buat, ikut malas, macam-macam alasan dibuat. Tu baru ibadah.Bab ikhtilat toksah cakap. Kadang-kadang aku pandang ringan je. Bukan tak tahu, tapi sebab dah tahu, so ingat diri boleh control. Pengsan! Ni belum lagi bab hubungan sesama insan.  All out. Kalau orang tu tak ikut kehendak aku, mula la aku rasa dia tak boleh ngam dengan aku. Mula la rasa dia tak peduli tentang aku.Mula rasa macam diri disisihkan. Hakikatnya aku sendiri yang rasa macam tu. Aku yang tak faham orang.  Aku pentingkan diri sendiri. Macam hati aku je yang nak kena jaga.Orang lain macam tak de perasaan. Orang lain macam takde urusan lain.emm…Diri aku banyak sangat kekurangan. Banyakk sangat. Sungguh, aku  langsung tak ikut sikap dan akhlak nabi.sabar.pemaaf. rendah hati.

 Sampai bila perangai nak macam ni. Tak serius dalam semua hal. Contoh dalam 1 hal je. Mesir. Syria. Palestin. Ambik tahu pasal saudara seagama tu, bila masa ada kempen, ceramah takpun tengok kt fb.  Nak bagi sumbangan tu, bagi singgit dua je. Dari dulu sampai sekarang, Takde perubahan langsung. Doa Qunut Nazilah tu, jarang betul baca lepas solat. Nak boikot? Ada mass main hentam je bila dah ada depan mata.Habislah aku kat akhirat nanti, dorang tanya apa sumbangan aku untuk mereka. Apa yang dah aku buat untuk bantu mereka. Sikit sangat. Tak payah cakap orang lain, diri aku sendiri dah out.

Tapi, ada masa aku sedar.  Tak baik buat macam tu. Sampai bila. Aku hidup kat dunia ni kejap je. Dah tu, bukan hidup sorang-sorang. Saling perlu antra satu sama lain. Apa yang aku buat kat dunia ni, semua akan ditanya nanti. Semua akan ditayangkan balik masa kat akhirat nanti. Takde satu pun yang terkecuali. Apa pun dah tak boleh nak sembunyikan. Nak lari mana masa tu..??? Takde dah. Walaupun aku tahu aku tak sempurna macam nabi, akhlak aku tak hebat macam para sahabat, jiwa aku tak kental, iman aku mudah rapuh, hati aku mudah terpaut dengan dunia, aku tetap damba syurga. Aku nak sangat dapat tengok Allah.Dapat tengok nabi Muhammad. Dapat duduk sama-sama dengan orang2 soleh. Dalam syurga nan indah tu. Ahh..Tak terbayang dengan kata-kata betapa meriah dan indahnya syurga tu. 

Tak boleh jugak nak omong kosong. Berangan.  Cakap terus dapat je. Ada masa, usaha tu kena ada. Taubat tu kena sentiasa. Insaf diri tu mesti selalu. Aku sedar, kadang aku jauh dari jalanNya. Tapi sebagai hamba, pengampunan dari Dia aku harapkan. Hidayah dari Allah, aku perlu untuk pandu aku pada jalan yg betul. Kalau jatuh, aku harap aku terus bangkit. Jatuh. Tetap bertahan. Sebab aku tahu yang ujian Allah untuk aku bukan saja-saja. Pasti berhikmah. Pasti setimpal.  Pasti ada yang terbaik untuk diri aku. Ya, aku harap aku kuat, tabah, redha dan ikhlas dalam apa jua ujian yang datang. Ujian senang atau ujian dalam susah. Dan aku selalu berharap orang sekeliling aku bantu aku. Support aku. Memang aku perlukan Allah, tapi dalam masa sama aku perlukan insan. Memahami fitrah hati aku.
Siapa pun aku, aku tetap manusia biasa. Yang berdosa.Penuh noda dan titik hitam di dada. Tidak ingat Tuhan setiap masa. Namun, aku masih mengharapkan pengampunan dan kasih sayang dari Yang Maha Esa.


 Ampuni aku Robbi.

ainulhusna
10102013
21:30pm
rumahsewa,gongbadaks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...