Tuesday 18 December 2012

#untitle

Jujur pada diri,
Jangan pernah salah menilai,
Yang cantik di luar, belum tentu indah di dasar,
Yang putih zahirnya, betul tentu suci didalam,
Kerana yg menipu itu ada di mana-mana,
Topeng pura-pura murah dijual merata,
Hingga sukar untuk membezakan,
Antara kaca dan permata,
Antara akhirat dan dunia.

Berjalan lagi dengan memandang dunia,
Ya, mereka menipu,
Tidak melihat dunia sebagai tempat sementara,
Merasa dunia cukup indah hanya di mata,
Rakus mengejar, meratah segalanya,
Hingga tidak puas, lalu mengorbankan nyawa,
Tidak putus-putus lagi, menagih menggadai maruah,
Cumanya hanya satu ,
Tiada rasa dalam jiwa,
Membentak rasa, menipu semua.


Memandang pula disisi lain pula,
Mereka seolah-olah tahu bahawa ada lain yg melihat,
Bila-bila masa saja hukuman bisa diterima,
Bersungguh-sungguh menuai amal,
Berpeluh-peluh hanya satu keihklasan,
Berusaha lagi hingga terasa kepuasan,
Mereka pasti, ada gembira di sebaliknya,
Mereka nekad menggadai segala,
Demi mencapai keikhlasan dan keredhaanNya.

Kadang aku keliru,
Antara dua, kadang juga antara tiga,
Aku tersepit,
Mencari ruang agar aku kembali,
Kembali ke alam realiti,
Bahawa dunia ini bukan kekal abadi,
Akhirat dihujung itu bakal menanti,
Susah senang, segalanya disini.


ainulhusna
15:30
191212
Blok H, unisza

Monday 3 December 2012

Hari Graduasi UniSZA (AQSA) 09/12

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Syukur kepada Allah, Pemberi Segala Nikmat setelah semuanya selesai dengan baik sekali. Allah sentiasa permudahkan perjalanan hamba ini walaupun hamba sering lalai dan alpa terhadapNya. Smalam, 2 Disember 2012, Alhamdulillah, secara rasmi telah bergelar seorang graduan UniSZA yg memegang segulung Diploma Pengajian Islam : Al-Quran & Al-Sunnah. Setelah 8 bulan menunggu untuk menjadi graduan UniSZA, pelbagai perkara gembira, perkara suka duka, macam-macam cerita telah tercipta, akhirnya tercapai juga hasrat untuk bergraduasi sebagai pelajar UniSZA. :p


Lebih kurang 3 tahun aku berada di sini. (UniSZA). Pelbagai perkara yang telah membuat aku kenal erti dewasa. Banyak benda yang menjadikan diri lebih matang. Dari sekecil-kecil hal, hingga kepada sebesar-besar perkara. Ingatkan 3 tahun tu  lama, ghupenya tak la lamo sangat. Pejam celik-pejam celik dah 3 tahun. Skejap. Seperti smalam daftar masuk diploma. :) 

Semalam merakam kan banyak kenangan manis buat aku dan kawan-kawan satu kos terutamanya. Segala rindu dihati terubat bila dapat melihat wajah tiap seorang sahabat-sahabat semua. Masing-masing ada perubahan masing-masing. Ada yang makin tembam, makin tinggi, makin kurus, ada yang makin cantek, ada ynag makin hensemmm, yang dah jadi bini orang, yang bakal jadi ibu, yang badan macam mak ayah orang pun ada. Aku?? Makin bertambah berat di badan. :p  Seronok tengok kawan-kawan masing-masing semua muka gembira memakai baju jubah konvo. Semua muka happy je. Masa dalam dewan, agak lama la jugak kos kitorng dipanggil. Bayangkan, angka giliran aku je no 535. Berasap betul. Dengan perut lapar nye. Hanya Allah je tahu. Masing-masing mengadu dah lapar. Dalam pukul 10.30 pagi, kos kitorng dah mula beratur nak ke pentas, aku pulak buat hal.Haha.. Time tu rasa nak buang ayaq kecik. Ketaq ke ape. Hahah.. Tapi mujur kawan tolong sabar kan hati. Lepas je turun pentas, duduk tempat masing2 balik, bekejar aku pegi toilet. Ok.Sangat lega...Hahaha. Bila tengok kawan-kawan yg depan ambil scroll ( padahal dummy) je, rasa seronok tak terkata.Rasa bangga pun ada. Lagi rasa sebak bila last sebelum majlis ditangguhkan, kena nyanyi lagu UniSZA.Tak taw la napa sedih pulak time-time tu..Sob3x!! :p
Kat luar dewan.Beratur lame kaw~ 


me and asiah. ore kate kami twins,. :p

Habis je majlis, jumpe Mama.. Ayah, lepas tengok aku
 naik pentas, terus pergi hotel balik.Jemput kakak. Jadi, tak jumpa ayah pun lepas majlis bersurai. Time tu, masing-masing dah dengan keluarga sendiri. Ada yang family tak datang tu, kesian kat depa. Seronok tengok suasana orang konvo ni rupenye.. Huhu.. Time tu agak sedih la jugk sebab tak de sape nak bagi bunga, hahah.. Tapi last-last kakak n abang Amri datang dia bagi bunga. :p

with my lovely sis. :) kak Ayu.


Bila masing-masing dah nak balik tu, tak terasa seperti akan berpisah pun. Terutamanya dengan hanisah dan Mahirah.Hanisah tu sempat la jugak la bersalaman, tapi dgn Mahirah tak sempat pun. Tengok-tengok dah balik. Sedih betul. Huhuh..Balik bilik, ayah hantar dalam pukul 1.30 petg. Bilik sunyi.. Sedikit kemas. Kalau tak macam kapal pecah. Walaupun macam kapal pecah, tapi tetap seronok. Masing-masing suka. Sekarang dah sunyi. Macam ada magik yang dah ubah semua tu. Pagi tadi, hantar Amyra ke mpkt. Dia nak balek UKM dah. Bilik bertambah sunyi. Dah bersih. Tak macam kapal pecah. Tak bersangkut kain2 baju. Takde siapa pun yang ada lagi. Roomate mungkin balek kejap lagi, bakal gantikan mereka semua kembali. Walaupun roomate baik hati dan ceria orangnya, tapi tetap tak mampu gantikan tempat mereka. 

Kembali ke alam realiti. Mulakan hidup sebagai seorang pelajar kembali. Pelajar degree. Ijazah Usuluddin Dengan Kaunseling. Bukan diploma lagi. Berkawan dengan adik-adik STAM n STPM. Harus terima hakikat. Hidup ini hanya satu persinggahan, Persinggahan di UniSZA sebagai diploma sudah tamat. Harus teruskan destinasi yang lain pula. Tempatnya yang sama, namun suasana dah berbeza. Cukup berbeza. Mungkin persinggahan kali ini sedikit mencabar. Ujian akan datang silih berganti. Kawan-kawan mula bertukar. Tak sama yang dahulu. Suasana juga berubah. Moga Allah kuatkan hati. Semoga perjalanan hamba Allah ini sebagai seorang pelajar ini dipermudahkan. Diberi keikhlasan dalam diri dalam menuntut ilmu keranaNya. Harapan yang tersemat dihati, mana tahu dapat jadi pelajar cemerlang fakulti. Heheh. Dengar macam mimpi, InsyaAllah akan realisasikan jika di beri rezeki. 
jambakan bunga drpd kak ayu & abg amri n kak nabijah


Kepada Mama & Ayah,
Kejayaan ini takkan dikecapi tanpa redha, doa dan kasih sayangmu. Mulut ini tak mampu untuk meluahkan kata-kata, biarlah ia tersimpan di dalam hati. Hanya doa menjadi kiriman setiap hari. Ini tidak hanyalah sebagai permulaan untuk Allah menguji diri. Semoga diri ini menjadi anak yang solehah. Mampu bahgiakan kalian berdua di dunia dan akhirat kelak. Terimalah sedikit kejayaan yang kurang membanggakan ini, InsyaAllah akan diri ini berusaha sebaik lagi. Tanpa Mama & Ayah, diri ini tidak akan wujud dibumi ini. Semoga Mama & Ayah berada di bawah naungan kasih dan sayangNya. Berbahagialah kalian berdua, kerana diri ini sangat menyayangi kalian.


Mama & Ayah setiasadi hati. <3 font="font">





Sunday 25 November 2012

Ini bahagian aku.

Orang melihat aku gembira,
 Mereka tidak tahu bahawa aku sedang derita.
Orang meihat aku tersenyum sentiasa,
Sedangkan jauh di dalam hati menangis dan merana,
Aku jauh terkeliru,
Antara realiti dan fantasi,Antara harapan dan impian,
Menyimpan segala harapan,
Melunaskan segala impian.
Kerana sebuah keinginan yang tak mampu untuk dikecewakan.
Kerana melihat mereka lonjak riang itu lebih membahagiakan.

Sayangnya, ia tetap disitu,
Tidak digunakan,
Terus-terus terabai,
Walhal suatu masa dulu bukankah ia satu kebangaan,
Juga satu kemenangaan untuk mereka,
Tetap bagiku ia menjadi satu beban,
Beratnya tidak tertahan,
Terus disimpan dan diperam,
Langsung tidak digunakan,
Berhenti seketika untuk menimbang,
Aduh!takut aku nanti menjadi satu kutukan,
Menangis diri kelak kerana tidak di dibebaskan.

Masih lagi terabai,
Meskipun ramai yang tenat,
Penawarnya ada, tapi masih disimpan,
Entah bila mahu digunakan,
Sedangkan maut sudah hampir datang,
Mengira-ngira untuk dijemput pulang,
Aku masih kaku,
Melihat mereka lemah tak bermaya.

Aku masih kaku,
Tidak berganjak walau setapak,
Tidak bergerak sedikit pun,
Walau aku sedar diri ini sangat berdosa,
Membiarkan mereka mati bernyawa,
Tapi masih mengharapkan kuasa kedua,

Kerana aku merasa ada kuasa sakti,
Datang merawat mereka.
Namun kelak, aku tidak boleh sembunyi,
Ghaib apatah lagi,
Kelak diri ini lah sebenarnya akan derita,
Kerana ini bahagian aku.



Sebuah coretan untuk masalah yang diri ini bakal selesaikan. Moga Allah memberi jalan dan dipermudahkan usaha ini. Semoga.Supaya nanti di akhirat tidak disoal. :') Moga hati-hati itu terbuka dan jalan ini tidak tamat separuh jalan.Tak senang duduk, tak basah mandi dek memikirkan masalah yang sedang dipikul ini hingga terbawa ke dalam mimpi.Berharap dengan usaha kecil ini nanti, Allah permudahkan..Mohon doa kalian. :')




Membuka tabir kehidupan dengan rasa hamba.










Wednesday 7 November 2012

Dikala Itu

Dikala itu,
Hujan mula turun,
Turunnya bukan kerana terpaksa,
Turunnya juga bukan suka rela,
Turunya tidaklah bila tiba masa,
Turunnya adalah kerana atas kehendak Yang Maha Kuasa.

Dikala itu,
Hati mula resah,
Hati mula gelisah.
Hati mula gundah,
Hingga nafas tidak sekata sudah,
Hingga badan hilang punca segala arah,
Dek kerna dosa yg melata banyak,
Juga kerna taubat yang sudah lelah.

Dikala itu,
Hujan masih turun,
Turun tanpa bicara,
Turun tanpa kata, 
Turun tanpa suara,
Turun juga tanpa dipaksa.

Dikala itu,
Aku masih disitu,
Masih tetap menghitung ,
Masih tetap menanggung,
Masih diam tanpa sebarang kata,
Tanpa ada sesiapa,
Tanpa ada yang sedar,
Tanpa ada yang dengar,
Lalu, mula sedikit tangis bergema,
Tangis itu terusan mencengkam jiwa,
Tangis itu bermain didalam dada,
Tangis itu terus merasuk minda,
Aku mula mencari kekuatan yang ada,
Mengira banyaknya dosa,
Membayangkan nasib diri disana,
Melihat kemungkinan yang bakal tiba, 
Merasa ajal ada dimana sahaja.

Dikala itu, 
Hujan mula reda,
Hujan sudah tiada,
Aku akan tetap disini,
Menunggu ampun dariNya.

ainulhusna
01:10am
08112012
Blok H, UniSZA.




Friday 2 November 2012

Jalan-jalan Carik Jalan - K.Terengganu

Assalamu'laikum. w.b.t..

Semalam sempat join pogram PEMBINA K.Terengganu..Pogram tu namanya "Jalan-jalan Carik Jalan". Pogram start dalam pukol 3.30ptg kat Muzium Terengganu. 1st time aku masuk kat muzium tu walaupun dah 3 tahun duduk sini. Walaupun tak ramai yg join, tapi dapat la jugak kawan-kawan baru dari UMT dan IPG. Kitorng pergi naik van.Aku, yan dan Aimi. Sampai sana je aku tengok macam kenal je sorang perempuan ni. Hahaha.Sah! Tengok tudung pun tahu dah. Byty la tu.  Cheh! dia tak ngajak aku pon pegi pogram ni. Time tu terus cakap dengan Yan,"Kenape pulak lah dia ada kat sini, semak betol laa.." padahal hati rindu sebenarnya. Lama tak jumpa kakak kecik tu. :p

Aku- Yan- Aimi

Sampai je, kitorang diberi brieffing pasal explorace yg akan di adakan dalam Muzium tu nanti. Aku dapat group 2, tak sama dengan Yan , Aimi n Baiti. Nasib baik 1 grup dengan kawan byty, Kak Zi ni, senang la nak cakap2 siket. Tapi rupa-rupanya kawan2 dalam grup tu memang happening and slumber. So memang senang dan cepat mesra la ngan dengan dorang sume.

Aku -Byty - Yan
Time explorace tu, memang penat giler. Tak sempat nak tengok satu-satu yg ada dalam muzium tu. Kena cepat-cpat je semua, dan lagipun muzium tu besar sangat.Muzium terbesar di Asia Tenggara kan.. Lepas habis explorace, kitorang bergerak ke Masjid Kristal untuk solat Asar. 1st time solat dalam tu. Best solat kat situ cuma tempat ambik wuduk permpuan jauh sikit. Lepas Solat, kitorang berkumpul dekat luar, dan ada kakak tu brieffing pasal aktiviti seterusnya. So, apa yg kitorang kena buat lepas tu , kitorang kena edarkan pamplet Aman Palestin, pamplet barangan boikot, dan kena jumpa orang ramai, suruh depa jawab questionair yg pihak PEMBINA dah sediakan. Aku dengan adik Fatihah ni pegi la carik sorang mangsa, suruh jawab soalan-soalan tentang isu2 Palestin.Nak tengok depa cakna tak tentang isu Palestin ni.Padahal aku pun pon tak tengok soalan tu tentang apa masa tu, yg aku tahu soalan2 tu pasal Palestin. Teruk betullaa. =.=' So, mangsa kitorang masa tu, 3 orang perempuan umur 18 tahun. Alhamdulillah, dorang bagi respon yg baik walaupon dorang tak reti nak jawab apa dalam soalan itu. :p

Habis je aktiviti tu, kitorng kena berkumpul semula, dan kena cepat-cepat siap untuk balik ke tempat masing-masing. Sebelum tu ada lah penyampaian hadiah untuk kumpulan2 yg join xplorace tengah hari tadi tu. Tiada kumpulan yg menang, sebab semua kumpulan dah dikira pemenag, dan kumpulan aku menang sebagai kumpulan yg paling bekerjasama. yeeeaahahh!!
Masjid Kristal. :)
Masa balik tu, sebenanrya agak sedih nak berpisah dgn baiti. Wuwuwu.Tapi cover macho je lah time tu.Malas nak layan perasaan sangat..Hmm.. Ntah bape lama lagi la die nak ada kat sini lagi. Sedih betol. :(

Sampai bilik dalam pukul 7.40mlm. Ada 2 orang kakak tu tumpang solat Maghrib.Lepas kakak 2 org tu balik, aku mandi, siap solat Isyak semua, terus tido. Dalam pukol 9mlm dah tido dah. Aku kunci jam pukol 2, poyo lah nak bangun buat assingment, padahal hampeh betul. Takde maknanya nak bngun. Memang penat sangat-sangat. Tapi hari ni dah ada tenaga. Nak siapkan assigment Kaunseling hari ni jugak.By hook or by crook memang nak siapkan hari ni jugak. Doakan dipermudah kan segala urusan. : ))

Hari ni dah masuk 4 hari faz mendiamkan diri. Kenapa?Harap dia ok je. Semua orang nak lari dari aku ni kenapa ntah... Sabar jelaa..


Ok, insyaAllah, akan menulis lagi..  :)

ainulhusna
11:29
03112012
Blok H, unisza

Sunday 28 October 2012

Analogi itu.

..Teringat kata- kata ustaz Syafie. Analogi yang cukup memberi kesan. 

"Tangan, bila terluka, kita nampak darah yang mengalir dan kita rasa sejauh mana sakit itu..Tapi, bila hati yang terluka, lukanya tidak dapat dilihat.Rasanya disimpan sendiri, yang ada hanya air mata. Sebanyak mana pun air mata yang keluar, tidak mampu menzahirkaan derita di dalam hati. Sakit nya didalam, tapi yg dilihat hanya pada air mata. Sembuhnya pun tidak tahu bila."

Hidup ini, kadang-kadang kita ingin membahagiakan semua orang hatta diri sendiri pun tergadai segala. Kerana sayangkan mereka, kita curahkan semua tanpa memikirkan nasib yang mendatang.Sebabnya cuma satu.. Kerna sayang..Kerna cinta..

Namun, tak semua kita mampu bahagiakan..
Kadang kala, ada masa kita mengecewakan
Ada masa, kita menghampakan
Cukup waktu, kita biarkan
Meskipun seluruh tenaga sudah dilakukan. 


Jujur pada diri, banyak sekali diri terluka.
Masanya, ada rasa dendam seketika.
Kerna tidak semua dapat dipuaskan dengan sekelip mata.
Kenapa tidak dapat terima seadanya jika saling percaya.
Meskikah dikeji dengan kata-kata nista.


Sampai masa..
Hingga salah satu tiada di mata
Hilang pergi tinggalkan dunia
Saat itu sudah tiada makna
Yang hanya tinggal kenangan
Merasuk diri dan jiwa

Yang ada, tidak sama yg sudah tiada
Cukuplah masa untuk mengingat kembali
Tinggalkan kenangan itu disini
Jika dikutip lagi menyesakkan hati
Jangan cuba membawanya sekali
ketika itu, diamlah mengenang nasib diri
Malangnya..
Ruginya...
Alangkah indah jika masa dipusing semula..
Akan diubah agar semua sempurna.

Sayangi orang disekeliling kita. Cintailah mereka.Dekati mereka. Walaupun kadang-kadang rasa sudah tak larat nak menanggung beban semua.Sebabnya kita tidak tahu bila perginya kita dan mereka. Mungkin mereka, tidak mustahil juga kita.Simpanlah sakit dihati, biar masa yg menyembuhkannya.Jika disimpan akan makin parah, lalu rosaklah diri.Bahgiakan diri sendiri.Jangan pernah putus asa.Jangan pernah kecewa.Kerana Rahmat Allah Maha Luasnya. :) Berdoa lah selalu diminta kekuatan dijiwa. Dekatlah diri pada Dia selalu, semoga tidak goyah sentiasa.

#khas untk diri sendiri.

ainulhusna
29102012
00:27am
TamanAlamanda, Senawang

Wednesday 17 October 2012

Pergilah

Datang ia tidak dipinta..
Apatah lagi diundang
Sudahku berkias masih tidak mengerti
Sudah aku terangkan., masih lagi mahu menguji
Lalu, aku diamkan diri


Aku terus terdiam..Aku lama membisu..
Aku teruskan dengan membatu..
Kau kembali dengan sebuah senyuman.
Membawa sebanyaknya harapan..
Entahkan tahu, diri ini ingin pulang


Hampir saja diri ini mengikut
Terus saja mahu kembali
Rela ingin berada disisi
Mencipta sesuatu yg indah lagi
Namun apa mungkin yang dibuang dikutip semula
Mustahil yang kelam jadi cahaya
Yang sudah bulat jadi bujurnya


Langsung terus aku buka mata
Seharusnya yang pergi, biarkan saja
Tidak ada yang gugur, melainkan ada yg mengutipnya
Yang mengutipnya pasti yg benar rela
Yang rela sudah tentu ada ikhlasnya

Wahai diri, kuatkanlah hati
Cubalah dengan sedayanya
Semoga kelak ketemu dengan yg sama
Tidaklah Dia cipta melain yg menenangkan hati
Janganlah terus untuk mencari,
Tapi berusahalah pada diri,
Semoga ketenangan milik abadi
Hingga ke syurga Firdausi

Blok H, UniSZA
17:40
17102012







Friday 12 October 2012

SETIA

Sejauh mana pun kita...Sejarak mana pun kita...Hati kita tetap bersama..

Mereka masih suci... =')

Hampir satu bulan 13 hari, aku meninggalkan alam pekerjaan..Walaupun hanya bekerja hanya untuk 4 bulan, masih lagi memberi kesan yang begitu mendalam sehingga kini. Kadang- kadang hingga bawak ke dalam mimpi. Nama anak- anak murid masih lagi segar dalam ingatan. Mana tidaknya, setiap hari jadi bualan dengan rumate. Rasanya Yati dah bosan dengar cerita aku.Huhu..Tapi, pada siapa lagi nak aku luahkan, tat kala rindu kepada mereka bertandang. =')


Walaupun bukan setiap hari, tapi dalam seminggu, pasti ada panggilan dari mereka. Terharu hati bila mendengar kesungguhan mereka bercerita. Antara dalam pukul 3.45-4.00 petang akan ada panggilan no public. Ya..Dari mereka. Kadang kala, tidak dapat nak angkat panggilan mereka, kerana ada dalam kelas. Jadi aku biarkan saja.Maafkan ustazah ye.. Bukan ustazah taknak angkat awak call..

Mereka masih setia.. Jika dibandingkan dengan diri aku, mereka memang setia. Kanak-kanak tidak mudah melupakan meski mereka masih kecil. Ingatan masih kuat. Ingat lagi tarikh yang pernah aku bagitahu untuk pulang ke Seremban, meski aku hanya bercakap antara acuh dan tidak sahaja. Mereka setia mendegar apa saja yg aku ceritakan. Sering aku marah kepada mereka jika mereka gunakan duit belanja sekolah untuk call aku. Takut - takut takdigunakan duit belanja untk membeli makanan. Mendengar suara mereka, terasa sungguh gembira. Penat yang menggunung terus hilang dihakis mereka. Berbual dengan mereka meski 2minit cukup membahagiakan..Cukup membahagiakan...


Diri ini masih mengingati mereka..Masih ingin bertemu mereka..Masih ingin mengajar mereka..Masih ingin membuli mereka...Seandainya mereka tahu, hati ini terlalu rindu.. Semoga mereka menjadi anak yang baik disana.


- 12102012
-blok H, UniSZA




Thursday 4 October 2012

Entry untuk Oktober

Malam ni tiada apa yang menarik untuk ditulis.. Cuma sekadar ingin menampakkan bahawa belog ini sebenarnya tidak lah sunyi sepi...Seperti mati sudah tukang penyeri belog ini..Jadi, hadirlah penulis belog ini untuk menjadi bukti bahawa beliau masih hidup lagi dan tangannya masih kuat untuk menaip menekan-nekan papan kkunci laptop.

Sebenarnya tiada apa yang menarik untuk diceritakan. Tapi sebagai bahan untuk entry kali ini, ceritalah srba sedikit tentang buku yang sudah di baca kejap tadi.. Buku by Hamka.Tajuknya " Tenggelamnya Kapal Ven De Wick " . Buku ni dah baca lepas SPM 2008 dulu. Kira kali ni masuk 3kali baca buku tu Buku tu guna bahasa Minang, so tak berapa nak faham tapi bila follow up pelan2, faham la jugak apa yg cuba di sampaikan.

Harapan setelah membaca buku ini, harapanku akan bertemu dengan lelaki seperti Zainuddin..Ceewaaahh..Demand betol..Zainuddin merupakan watak utama dalam buku ni.Berharap supaya cinta yang dijelaskan seperti Zainuddin itu msih ada lagi dalam hati seorang lelaki zaman sekarang..Kuikuikui..jiwang habes....Biarpun di akhir cerita tu nanti, Zainuddin and Hayati tidak dapat bersama, tapi cinta mereka boleh kata hingga ke akhir hayat.. Dari mula baca puas carik mana la cerita pasal kapal ni, tapi tak jumpe jugak. Berapa helai nak habis baru ada cerita pasal kapal. Memang power betul tajuk buku ni nak tarik  perhatian orang baca. =))

Itu saja entry untuk kali ini. Dah penat nak tulis dah. Anda boleh la dapatkan buku "Tenggelamnya Kapal Ven De Wick" di toko-toko buku berhampiran. Hehehe..

Last but not least review from " Tenggelamnya Kapal Ven De Wick"....

      " Hayati kehidupanku! Pakailah pakaianmu yang asli kembali pakaian dusunmu. Maaflah Hayati, bahawa Hayati sangat cantik, dan kecantikannya itu bukannya dibantu pakaian, tetapi ciptaan sejak dia dilahirkan. Jangan marah Hayati. Kau hanya buat saya seorang, bukan buat orang lain. Biarlah orang mengatakan kau perempuan dusun, tak kenal pakaian zaman kini, kau Hayati..Kau hanya untukku seorang.." -Zainuddin

     " Selamat tinggal Zainuddin, dan biarlah penutup surat ini kuambil perkataan yg paling enak kuucapkan dimulutku dan agaknya dengan itu kututup hayatku disamping menyebut kalimah syahadat,iaitu ; Aku cinta akan engkau, dan kalau ku mati adalah kematianku didalam mengenangkan engkau.." - Hayati

 Mood menulis : lagu  "Bisikan Nurani"
                         Blok H, unisza.
                         041012 :  22:16

Friday 14 September 2012

Sendiri.

Semakin hari, aku makin tidak mengerti.
Mungkin kerana keadaan tidak seperti dahulu lagi.
Mungkin jua jurang yang ada tidak dekat kembali,
Namun, telah aku cuba untuk perbaiki semula,
Tetap kau sedianya menjarakkan ruang disana.

Aku semakin lelah..
Aku semakin ingin berhenti..
Kerana aku tahu, kasih aku hanya pada yang tidak sudi.
Hari-hari yang ada seperti sunyi
Sendirian menghitung detik-detik yang dibina sendiri.


Kenapa rasa ini hadir tatkala diri belum bersedia.
Kenapa pula hati ini gelisah tatkala hanya melihat wajah
Kenapa rasanya bergetar seluruh bilamana mendengar suara
Kenapa hadirnya begitu menyesakkan dada
Meskipun jauh disudut sanubari, ada rasa aman di sana.

Namun kini, langkah perlu dihentikan,
Langkah perlu aku pusingkan kembali,
Kerana arahku bukan lagi langkah kesana,
Ingin sekali aku kecapi bahagia itu bersama, 
Namun Pencipta maha tahu segalanya.

Pujuklah hati...Bersabarlah...Bertenanglah...
Berilah ruang kepadanya..
Berilah peluang seluasnya..
Saat itu akan tiba jua..
Berdoalah di kesempatan yang ada,
Semoga Allah ada bersama.

Ya Rabb..
Temanilah aku..
Aku tidak perlukan sesiapa melainkanMu.

-ainulhusna-
0059am
150912,Blok H, UniSZA.

Friday 7 September 2012

Minggu Mesra Siswa (MMS)

Alhamdulillah..Hari ni dah masuk hari ke-6 berada di UniSZA. Tak sangka dapat sambung pelajaran ke sini balik..Cewaah..~ Ni berkat instinct mak aku la ni. Sebelum result UPU, sehari sebelum tu mak ada cakap " Mama tak rasa lain dah..Mesti dapat Tganu jugak ni.."..Tupp..Tuppp.... Memang betul pun. :)

Daftar kat sana, pagi Isnin , kat foyer asrama. Konon pelajar senior lepas, aku ambik no giliran then ajak mak,ayah dan wan keluar pegi makan.Padahal mana boleh keluar suke-suke je.Lepas makan, menyempat lgi menyinggah ziarah ke rumah cikgu ayah. Ayah berbual-bual sampai aku naik tetido kat sofa rumah orang tu.Hohoho...Lepas habis sesi ziarah, masuk balik dalam u.Aku tengok tempat pendaftaran dah lengang. Sah! No giliran aku dah terlepas.Buat muka selamba pergi kaunter pndaftaran then daftar..

Syukur sangat bila pendaftaran asrama, dapat asrama baru. Syukur lagi bila tingkat 2.(walaupun line wifi slow gile kat aras ni ),Bertambah syukur bila dapat romate yang best dan sporting.Sama baya.Budak account.Orang Sg.Buloh. Time sebok-sebok mengangkat barang masuk bilik tu, anak2 murid call guna public sekolah dorang. Sumpah.Rindu sangat dengan dorang. Rasa tak biasa lagi nak mulakan hidup dari tittle mengajar kepada seorang yg akan belajar.Huhuhu..Cakap dengan dorang cepat je putus-putus.Dorang masukkan duit 20sen sekali call kot. Kejap2 mati.Huhu..tak sangka dorang rindu kat aku macam tu sekali.Khkehkeh..Hakim budak tahun 3 cerita, time solat Dhuha pagi tu, masa baca doa Dhuha, semua pelajar terdiam dan Adam(T3) tetibo nangis..Katenya rindu kat aku. Ye, kalau la dorang tahu jugak, aku bertambah-tambah rindu kat dorang semua. Takpe-takpe, nanti ada masa insyaAllah aku pergi la melawat depa kalau2 balik cuti sem tu ke. :)

Malam 1st day.!

2nd day dipagi Orentasi.~


Ok, so far, orentasi kali ni nak kata best, takde la best sangat. Yang aku kelakar sangat dengan Pembantu Mahasiswa (PM) ni, ada 1 malam tu ada malam persembahan pelajar.Kata persembahan pelajar, tapi aku tengok kemain lagi PM ni beria2 buat persembahan. Naik meluat pun ada. Hahaha.. Sek..sek.. kopiah ni geleng kepala tengok. Kalau nak buat persebahan kot ye pun, macam dah takde persembahan yang bermanafaat lain ke hape.Ade ke pergi nyanyi lagu Najwa Latip -Untuk Dia.Siap suruh student2 baru ni berdiri nyanyi kan sekali. Seriuss! Macam Sampah. Dah macam takde persembahan lain apa nak buat. Time die suruh                                                  

semua berdiri kira nak enjoy nyanyikan tu, takde sape nak berdiri. PM macam syok sendiri je. ok.!Rosak..Rosak...Memang rosak. (geleng kepala laju2 ).

Orentasi habis hari Khamis. Jumaat( semalam ) kitorang dapat la kenal dengan lbih dekat student2 FKI ni. Dapat jugak lagi kenal siapa student yang duduk bawak Jbatan Usuluddin. Terasa rindu pulak dengan Jabatan Quran Sunnah time Dip dulu. Tapi alhamdulillah, Ketua Jabatan Usuluddin ni best orangnya.

       Larian Siswa..Kenapa la x dapat no 1-30..Ponek den lari ni..~

melimpah-limpah student..~

So, start belajar mungkin minggu depan.Jadual kelas tak dapat belajar lagi. Rasa tak sabar-sabar nak mula belajar. Rasa excited sangat lah! Harap-harap rasa excited ni akan brterusan hingga ke akhir Ijazah.. Hehehe..Salah satu sebab kenapa aku rasa excited sangat sebab kos ni memang aku minat sangat.Then bila subject yang belajar untuk sem ni macam best je. Contoh ada suject "Pengantar psikologi" dan " Prinsip Bimbingan dan Kuanseling"..Tak sabar rasanya nak belajar semula. :) 

Esok Sarah dah nak ke Jordan.Semoga dia terus brsemangat dan dapat menyesuaikan diri dengan tempat baru. Sedih tak dapat hantar Sarah ke KLIA. Takpe, akanku iringi langkahmu dengan doa dari seorang sahabat. :) Rindu sangat kenangan bersama dengan sahabat- sahabat diploma dulu terutama Mahirah, Hanisah, Sarah, Amyra Aida dan Shameen. Aku harap sejauh mana kami berada, ukhwah fillah, takkan terputus. 

Buat Sarah, semoga kau berjaya di sana. Kejayaan kau kelak, kejayaan kami bersama. Kau wakil buat rakan-rakan disini yang tidak kesampaian ke sana.Jaga diri baik-baik. Walaupun kau kecil, tapi kau sangat berani dan bejiwa besar. Kalau ada apa-apa masalah, rajin-rajin la contact kami di Malaysia ni..Semoga Allah permudahkan stiap urusan dan langkahmu. Ingatilah kami selalu dalam setiap doamu.Aku akan sentiasa merinduimu. Semoga ukhwah ikatan yg terbina antara kita, akan berkekalan hingga ke syurga, insyaAllah. :) 


Thursday 30 August 2012

Salam perpisahan :')

Pagi tadi, pukul 7.30pagi ayah tiba-tiba kata " Haa...Dah lambat ni...Nak pergi sekolah kan..??" Aku muka selamba je cakap, " sekolah cuti, hari Merdeka..".. Tapi aku tahu ayah aku perli sebab tahu dah aku berhenti semalam, tapi saje ngusik aku..Sabar jela..

Memang pun, bangun pagi tadi aku trus terfikir nak siap-siap pergi mengajar. Terlupa habis yang hari ni cuti dan aku dah pun berhenti kerja. huhuh..Kira bangun pagi tadi solat Subuh, then pergi kutip baju-baju yang nak bawak ke Terengganu nnti dan kumpul setompok 1 tempat. Ni tak habis lagi mengutip lagi nih.Huhuhu...

Hari Rabu hari tu, aku terpaksa berpisah dengan seorang sahabat yg baik..Dia dah pergi ke Mesir untuk melanjutkan pelajarannya. Semoga dia baik-baik saja disana. :) Semalam, berpisah dengan anak-anak murid SAR Abim pulak.Semalam ada la buat sedikit jamuan sempena hari raya dan sempena perpisahan guru yg baik ni...chheewwwahh..( poyo je ). Datang sekolah pagi tu,mula-mula macam biasa pelajar solat Dhuha. Aku tak dapat naik ke surau sebab ada kerja yang tak setle lagi. Lagipun , aku memang rasa aku tak payah la tengok dorang solat Dhuha, biar kan ustazah Shima yg tengok sebab nanti aku lagi sedih. Yela, time bulan Puasa hari tu, Solat Dhuha bersama-sama dengan mereka.Doa sama-sama. Dengan dorang pun, baru aku dapat lancarkan doa selepas solat Dhuha. Terima kasih murid2ku. ^^,.. Kemudian,lepas solat, ada aktiviti melukis sempena Hari Kemerdekaan. Lepas tu, pukul 9.30pgi jamuan di mulakan. Jamuan bermula dengan sedikit ucapan dari aku. Sumpah, tak tahu nak cakap apa dan tak sedia apa-apa pun..Keh..Keh..Sebab jamuan tu pun aku tak tahu ada..So, aku main hentam jela cakap bla..bla..bla... time ucapan tu, nasib baik tak nangis. sedih tu adalah, sebab bila bagi ucapan tu, aku tengok muka anak2 murid aku..Allah.. bila lagi kita akan ketemu.. :(
Sedih hanya Allah yg tahu..Memang dari awal hari tu lagi, aku dah janji yg takkan menitis kan air mata untuk perpisahan minggu ini. Berpisah dengan sahabat ke Mesir tu pun, aku cuba untuk tahan air mata..Huhuhu..Nasib lagi boleh dikawal. heheh...

Sempena perpisahan yg sementara ini, murid-murid ada bagi sedikit cendrahati untuk ak..Adalah dapat tudung, frame gambar, jam dinding, alat2 tulis dan kuih raya. Tak harapkan pun semua tu, cuma aku harapkan mereka tak lupa pun  kat aku dan sentiasa doakan ak.Itu saja harapannya. Tapi ada yg kelakar, bila ada budak bagi duit raya kat ak. ada bagi rm1, 20sen, n 10sen..Siap cakap " Ustazah jangan guna duit tu, simpan je tau.! "terharu sangat..Heheh..


Masa time balik tu, ak sempat hantar budak-budak tu kat gate pintu sekolah tu. Konon kali terakhir la nak tengok..Sempat jugak ada sorang budak ni, nama dia Aiman Syakir ckap dengan ak.." Ustazah, sy minta maaf kalau ada salah silap dengan ustazah,nanti kita jumpa lagi.." Budak tu darjah 1 baru, cakap pun gagap2..Tapi tengok bersungguh betul dia cakap, macam mak dia bagi dailog untuk cakap macam tu.. :D Masa time jamuan tu ada jugak cakap.." Bila ustazah ada seronok, bila ustazah takde tak seronok..".. Masa balik tu, aku pun cakap." Ye, ustazah pun mintk maaf..InsyaAllah, kita jumpa lagi taw.!"..Budak tu, sedih ak tengok muka dia. Aku pon naik sedih dah, tapi kena ingat balik, yg aku taknak nangis untuk kali ini.
                                               Hakim - Aku - Nazirah.

Darjah 2.~


tahun 1 & 3 lelaki~

gadis-gadis ayu tahun 1 & 3~
Petang

Sekolah petang, aku pergi bawak kete. Masa dalam kete, dalam hati dah sedih dah.Untuk sekolah petg ni, lagi la berat rasanya..Sebab aku guru kelas tahun 4, jadi dorang semua dah matang sikit berbanding yg pagi. Kat sekolah petg ni pun ada jamuan hari raya dan jamuan perpisahan. Jadi, untuk aktiviti petang ni murid2 semua mesti pakai baju hari raya dan setiap kelas mesti membuat persembahan sempena hari raya. Sampai je sekolah, tengok anak2 murid berbaju raya rasa seronok sangat. Cantik-cantik semuanya.

Macam biasa, aktiviti bermula dengan ucapan guru besar then guru yg nak pergi tinggalkan sekolah tu pulak..huhu.. Ucapan untuk petang ni, aku dah ready la jugak, sebab ciplak ayat2 pagi tadi, then baiki siket2..Hohoho...Tapi, time bagi ucapan tu, aku saje bagi ayat syahdu siket kasi budak sedih kan..Hahah..padahal aku yg nak sedih.Dah lain suara n bergenang ayaq mata time tu. Tapi tahan je.Aku tngok guru besar dah sedih dah. Tapi steady jela.. Aku cepat3 habiskan ucapan tu, then terus gi duduk kat blakang.Sedih betul time tu.Heheh..


Lepas tu, persembahan dari murid-murid.. Sronok la, budak-budak ni banyak nyanyi lagu raya je.Ada yg sampaikn pantun la. Sempat jugak la rakam 3-4 persembahan tu.Lepas selesai semua tu, makan pulak. Banyak gileerr mee budak-budak ni bawak..Maunya nak dekat 10 mee goreng yg ada. Memang banyak sangat. Aku makan mee sup je, Ustazah Neng bawak. Tu pun ada jugak budak-budak yg mintak rasa mak- dorang masak. So kena rasa jugak. Rezki betul semalam.huhuhu..

makanan..makanan..makanan...

Hero-hero aku.. <3 font="font">

Sebelum balik, sempat tangkap gambar dan bersalam-salaman dengan murid2..Sedih betul, anak murid kesayang Farhan takde..Jadi, hanya nasihat-nasihat terakhir yg mampu aku ucapkan kepada mereka. Masa drive nak balik tu, ada seorang pelajar ni nama dia Daniel Hakim, call. Dia tanya aku ada kat mana, aku kata aku dalam perjalanan nak balik rumah. Dia mintak aku patah balik ke sekolah kejap, sebab mak dia nak jumpa bagi barang sikt katanya. Aku pun u-turn balik dan pergi ke sekolah semula. Tak lama lepas tu, Daniel dan mama dia sampai. Mama dia bagi hadiah telekung kat aku. Alhamdulillah, rezeki lagi. Cantik telekung tu warna putih-biru. Aku suka.! :)


Harapan ku, semoga anak-anak murid ku menjadi insan yg berguna. Biarlah tidak secerdik mana, tapi terjaga agama dan akhlaknya. Semoga berjaya dunia dan akhirat, mengapai cita-citamu.Jadilah hamba Allah yang taat, anak yang soleh/ah, pelajar yang berakhlak. Ustazah sayang kamu semua. InsyaAllah, ada rezeki kita bertemu lagi. Tidak di dunia, pasti di akhirat sana. InsyaAllah. :)




Tuesday 14 August 2012

Majlis Tadarus Al-Quran dan Iftar

Assalamua'laikum..
Ramadhan yg ke 25. Alhamdulillah, masih hidup lagi pada bulan Ramdhan ini. :)

Hari Ahad, 12 Ogos 2012 bersamaan 24 Ramadhan 1433,  SAR ABIM seluruh N.Sembilan mengadakan Majlis Khatan Quran dan Iftar Bersama dekat Masjid Negeri. Awal pagi kitorang dah bertolak dari Masjid Senawang naik bus..Aku dengan ustazah Rozaimah naik bus sebagai guru pengiring. Pagi- pagi lagi tengok muka anak-anak murid, dorang punye la excited nak pegi pogram tu.
Aku tak faham budak yg depan ni dah kenapa.. :0

Sampai je sana, Solat Dhuha..Then, ustaz Hanafi bagi taklimat..Kebetulan masa untuk pogram LDK pagi sampai Zuhur, aku jadi fesi untuk pogram tajwid. Kumpulan aku, ada budak-budak dari darjah 1- tingkatan 1. Ada jugak ibu bapa yg saja-saja hantar anak depa ke pogram tu walaupun anak bukan dari sekolah SARA Abim. Ada 22 orang semuanya adik-adik tu. Nama kumpulan aku " Soleh Solehah". Nampak comel je nama kumpulan tu..hahaha..Lepas Zuhur ada xtiviti explorace. Budak- budak suka betul dengan explorace tu. Explorace tu kira simple,tapi memang best pon sebab para peserta kena datang kat setiap check point , then kakak-kakak dan abang-abang fesi akan tanya apa saja soalan tentang tajwid. So, dipendekkan cerita, Alhamdulillah. Kumpulan "Soleh Solehah" menjadi juara bagi keseluruhannya.Seronok betuk depa. Yang akak fesi ni tak dapat apa hadiah pun..Sedih betol.huhuh...

Adik-adik kumpulan "Soleh Solehah".

So. petang tu, Majlis Khatam Quran lepas solat Asar..Ustaz Husaini, Naib Juara AQ 5 pun ada memeriahkan majlis tu dengan membaca ayat2 suci Al-Quran dan alunan selawat. Memang best la dia baca Quran tu. .Lepas majlis tu, bersedia masing -masing untuk berbuka. Masa berbuka tu, ak puas carik tempat duduk nak duduk dengan ustazah besar ( guru besar ) sekolah aku ni, tapi dia pun hilang mana. Jadi aku tgok meja dekat anak-anak murid aku tu kosong,  aku pun pergi duduk dengan dorang. Seronok betul dapat berbuka dengan dorang semua. Aku rasa tu la masa yang terakhir dapat bersama-sama duduk dengan dorang borak-borak..

Yang tengah tu Farhan. Anak kesayangan, sayang la sangat~~ :D

Balik tu, kitorang tunggu la uncle India bawak bus pagi tu jemput. Janji pukul 7.45mlm nak jemput, tapi sampai 8.30 tak de poon. Janji keling betul. Aku kat luar masjid Negeri dengan budak-budak tu dah macam ape ntah. Dah la masa balik tu, aku sorang je guru pengiring yg kena naik bus.Ustazah Rozaimah dah balik dengan suami dan anak-anak dia. Memang betul-betul menguji kesabaran bila kena uruskan 35 budak dalam keadaan letih. Masa dalam bus, baru teringat, yang bg telekung aku tinggal kat tepi jalan, tempat tunggu bus tadi.Dok sibuk uruskan budak-budak sampai diri sendiri tak terurus. Fffuuhh!! Memang kena bersabar betul.

~Aisyah-Aku-Faiz-Izzah-Auzai~

Sampai masjid Senawang, mak ayah budak2 ni datang jemput. Ada dua orang budak yang aku tolong hantarkan balik. Lepas hantar tu, aku pergi balik Masjid Negeri ambik balik beg telekung tu. Sebelum tu call Kak Mimi suruh dia tolong tengokkan beg tu dan pegangkan kebetulan dia terawih kat sana. Bukan la takde telekung lain, tapi telekung tu sungguh bermakna buat diriku, tu yang bersungguh nak pergi ambil cepat-cepat..huhuhu..

Balik tu, solat then terus pengsan.~~ Esoknya nak ke sekolah mengajar pulak.

Apa- apa pun, ni pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh manusia bernama aku.. Macam mana aku rasa aku dah sayang sangat- sangat dekat anak-anak murid aku semua. Bila ada masalah, tengok muka dorang pun dah kira happy.Kira macam permandangan yang indah la kalau tengok dorang ni, walaupun kadang2 mnyakitkan hati jugak.Hheheh.. Ingat lagi mak aku kata, " Jangan marahkan sangat dengan budak-budak ni..Antara kita dengan budak2 tu, kalau kita mati kita belum tntu masuk Syurga terus, tapi kalau dorang tu mati memang comfirm masuk syurga ". Tu sebab bila ngajar, aku rasa aku sedang belajar untuk diri aku sendiri. Antara aku dengan dorang, aku la paling banyak dosa. T___T

Berharap, semoga mereka semua tidak melupakan aku, kerana dalam setiap doa ku, akan aku selitkan doa untuk mereka..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...