Wednesday 21 December 2011

Kalau Sambung Belajar di Jordan pun Bagus juga. :)


Assalamu'alaikum. :)

Dah lama tak tulis kat belog. Rindu.!

Alhamdulillah, setelah solat Istikharah, saya dah dapat petunjuk.

Bukan pasal nak pilih calon suami.

Saya dah buat keputusan, untuk mohon sambung belajar ke Jordan.

Mohon je, belom tentu dapat lagi.Dapat atau tak, belakang cerita.

Mohon doa kalian untuk permudahkan segala urusan saya dan rakan-rakan. Diberi kekuatan hati untuk tsabat memilih jalan ini. :)



Ambik fell dulu. :)

Tuesday 1 November 2011

Ya, saya lah manusia berhati binatang itu.

Assalamualaikum..

Bertemulah kita setelah sekian lama saya menyepikan diri.
Sekarang cuti Semester 5. Lagi wahid sem je nak habes..Freedom..Ohh Yeaahh!!!~~
Huhuhu..belagak macam nak habes PhD..Padahal baru diploma je. :p

Nak perabih kan diploma pun bukan senang..Kene submit Tesis bagai la..Alhamdulillah.perjalanan tesis dah mula bergerak.Diharap supaya tidak terkandas dan semoga segala halangan-halangan untuk membuat dan menyiapkan tesis itu berjalan dengan selamat dan lancar.InsyaAllah. :)

Hari itu, hari Sabtu bersamaan 29 hb Oktober 2011.. Saya dari Seremban naek KTM sorang2 pergi ke KL Sentral.Nak pergi UIA.Kat KL Sentral baru la jumpa kawan. Mahirah.Then, pegi UIA, jumpe Sarah.Carik bahan-bahan tesis,bincang-bincang kejap.Lepas tu balek.Haa..time tu sempat jumpe Maisarah dan Malihah.Kawan lama tiime sekolah dolu-dolu. Best.! ;)

Hati-hati dengan hati.
HATI BINATANG.
Masa nak balik ke Seremban, korang mesti tahu keadaan train kat KL Sentral macam mana.Dan-dan time tu pkol 5.Memang ramai crazy la orang kat situ menunggu. Saya time tu satu orang diri saja.Excited punya pasal, saya pegi tunggu depan sekali.Konon nak masuk train awal.
Train datang..Saya terus masuk.Dan sepatutnya saya kena la bagi orang yang kat dalam train tu keluar dulu dan kemudian barulah saya masuk.Tapi saya memang berhati binatang time tu.Saya terus masuk buat muka bodoh dan bodoh. Dah la masa saya masuk tu, ada bro yg berkerusi roda yg nak keluar.Tapi saya tak kira.Maen jalan je, bukan nak tolong dia atau bagi laluan untuk dia keluar dulu.
Saya dapat tempat duduk.Hati tak lega lagi.Memang rasa serba salah sangat dengan bro tu.Sepanjang jalan hati saya tak tenang.

HATI BINATANG II

Sampai Seremban.Turun train pun,memang ramai orang.Masa nak turun tu, disebabkan terlampau ramai orang, ada seorang makcik ini jatuh depan saya. Sekali lagi, saya berhati binatang.Tengok.Blah. Takde seorang pun yang nak tolong makcik tu, dan makcik tu sedaya upaya tolong angkat dirinya sendiri.

Saya mengaku, saya lah orangnya yang tak tolong bro dan makcik itu..Yaa!! Sayalah orangnya.Saya bukan tak mampu, tapi saya sengaja tak nak tolong mereka.!Saya hanya mementingkan diri sendiri.Sebab saya tahu kalian bukan saudara saya.Saya tak kenal siapa kalian.Saya tahu saya ada kudrat yg lebih dari kalian.Saya berlagak.Saya sombong.

Maafkan saya abang dan makcik.Sampai sekarang hati saya masih tak tenang, bila memikirkan tindakan saya yg tidak membantu kalian berdua.Kesal.Sedih.Ya.Saya patut dapat balasan dan hukuman dari Allah.Saya tak bantu kalian bila kalian dalam kesusahan.Kalaulah saya mampu putarkan masa itu....Allah.... =(

Ampunkan aku Ya Allah.

patutkah saya jadi seperti mereka ini..??


Wednesday 28 September 2011

Jarak Antara Dua Hati

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”

“Tapi…” guru bertanya kembali

“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.

Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.

Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?

Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas.

Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.

Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.


Sumber : Sini.

Thursday 15 September 2011

#1 Memohon rasa, Hanya Satu.


Maaf.

Entah kenapa, sejak akhir-akhir ni, hari rasa serba tak kena.

Yang kanan ke kiri, yang ke atas turun ke bawah.

Mereka nampak seperti diri gembira.

Tiada yang duka.

Benarlah, sepedih mana pun luka dihati, tiada siapa yang dapat merasa.


Namun, Tuhan diri masih disisi.

Masih menemani.

Gelap.Terang.Sunyi.Sendiri.

Masih Menyayangi.

Walau diri tidak suci.

Masih Mengampuni.

Ketika sudah tiada harapan lagi.

Jangan Tinggalkan diri.

Jangan Pernah.


Mereka tidak merasa, seperti Engkau rasa.

Kasihilah aku.

Peluklah aku.

Terimalah aku.

Ampunilah aku.

"Maka ketahuilah, tidak ada Tuhan selain Allah, dan mohonlah ampunan atas dosamu dan atas orang-orang mukmin lelaki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat usaha dan tempat tinggalmu."
[Muhammad, 47:19]

OLEH :

ainulhusna
150911
20:15pm
unisza

Saturday 3 September 2011

Walimatul Urs Aina & Raya

Assalamualaikum.. :)

Ini 1st entry saya selepas bulan puasa. :)

Harap masih sempat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin.Maafkan saya jika selama kita prnah berkawan di tak kira dimana-mana, hatta di belog pon, saya ada melakukan salah dan silap dengan kalian.Mohon maaf seampun-ampunnya.Harap kalian dapat memaafkan diri ini yang penuh kekurangan.Sya pon dah maafkan kalian..Kire0-0 la ye.!

Ok..Still dalam mood hepi beraya.Tapi entry ni bukan untuk cerita pasal hari raya saya yang gillleeerrr suram..( tahun ni raya tak best x best langsung.. ) Kau jangan tanya kenapa...Tapi stiill heppi ni..Huhuhu...
Bukan jugak nak tunjuk baju-baju raye yang lip..lap..lip..lap...

Tapi entry kali ni, untuk sahabat aku yang baru saja diijabkabulkan dengan pasangannya hari Jumaat hari tu..02/09/2011. Alhamdulillah..Akhirnya, selepas melalui onak dan duri..Rintangan dan dugaan...Finally...Kawen jugak kau....Wahh..!! :D


semoga bahgia hingga ke JannahNya..Amiin..

Gembira sangat-sangat dapat jumpa kawan-kawan sekolah dolu-dolu..Masing-masing dah banyak berubah..Dah besawww semunyee..! Bak kate sorang kawan ni.. " Kalau tak de kawan yang kawen..takdela dapat kite berkumpul macam ni...."Sadis giler ayat dia..So, kalau nak berkumpul ramai-ramai, kena la kawin dulu..
Eh!
Sape-sape je, bukan saya yang kawin dulu. :p

Antara kawan yg THE BEST GILER.. :)

Rindu sangat kat kawan-kawan sekolah..Alhamdulillah.Allah dah pertemukan kembali kami..Heheh..Macam lama je sangat je tak jumpe...Masing-masing da banyak berubah.Saya harap, ukhwah antara kita yang trjalin akan kekal hingga ke SyurgaNya kelak..InsyaAllah. :)


Lepas ni..siapa pula yang bakal menyusul Aina..??Ehemm..eEheem...Nantikan..Yang pasti, bukan saya..Wahhh..! :D ( Air mata mengalir deras tiba-tiba) =='

Mood tetibe betukar jadi R.I.N.D.U..

Ok..Nak layan feeling jap.!

Semoga berjumpa lagi..

:D





Tuesday 23 August 2011

Cinta Pertama vs Cinta UTAMA.


"....Biar bicara tak mampu terungkap. Agar yang memahami hanya Dia."


"....Biarlah satu kata cinta yang tak terbalas dibujuk oleh kesabaran yang tinggi.."



" ....Rasa cinta yang kuat dan hebat tidak mampu melawan TAKDIR Allah...."



".....Allah selalu menguji kita melalui orang yang paling kita sayang.."



‎"....izinkan aku mengecewakanmu di dunia, agar kau tidak kecewa keranaku di akhirat sana.."




" Di kala sepi, Allah ada di hati.Di kala sunyi, Allah ada menemani. Di kala buntu, Allah ada membantu, Di kala pilu, Allah ada bersamamu..."




".....Hubungan yang halal itu lebih indah dari hubungan yang masih tergantung kesudahannya.."



Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan membenci. Maafkan, lupakan dan teruslah senyum (:


Ketika Allah rindu pada hambaNya,dalam hadith qudsi Allah b'firman: "Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah b'bagai ujian padanya kerana Aku ingin m'dengar rintihannya."
(HR Thabrani dari Abu Umamah)



*** Selamat menjalani Ibadah puasa..masih berbaki 6 hari.Semoga saya dan kalian SENTIASA berada di bawah Rahmat dan kASIH sAYANG ALLAH..

Sunday 14 August 2011

"Bang,boleh bagi iPhone 4 free tak..??"

Assalamua'laikum W.B.T.. :)

# Ramadhan 15

Sedar tak sedar, dah separuh daripada Bulan Ramadhan kita lalui.Alhamdulillah..syukur sebab sampai hari ini, saya masih puasa FULL.! :D
Anda bagaimana..??Jangan ponteng puasa pulak, melainkan ada sebab yang menghalang kalian berpuasa..Huhu..
Selepas anda membaca entry ini, anda akan tahu bahawa tajuk entri saya buat bukan saja-saja suka suki si lali tamplom..~ hEHEhE

Dah nak dekat-dekat raya ni.. ( dah nak dekat-dekat habis bulan mulia ) ni..masing-masing sibuk..
Baju raya..?
Kain langsir raya..?
Kasut raya..?
Tudung raya..?
Kuih raya..?
Duit raya..?
Kad raya..?
Kereta raya..?
Jam tangan raya..?
Rumah raya..?

rase nak pakai roller blade je time raya nnti.. wahaha..!!

Dan semacam banyak lagi yang raya pada 1 Syawal nanti..Preparation yang kita buat kalau boleh, dari awal tahun lagi patutnya dah mula dan dah siap..Semacam kita yakin yang kita akan sampai pada tarikh 1 Syawal tersebut.Agak terkejut jugak bila bulan April hari tu, kawan-kawan saya sibuk carik kain nak buat baju raya nanti..Oh My Allah.!! Kemain awal..Eh.! Tak pe2! Bagus la tu..preparation dari awal..Yelah..takut tak sempat nak hantar kat Mak Cik Gayah si tukang jahit profesional untuK jahit baju raya kita nanti..

Tapi..

Macam mana preparation kita untuk kita menghadap Illahi nanti..Tak payah kata apa preparation kita untuk bertemu Tuhan, tapi ape pulak preparation kita bila dah tinggal 15 hari je bulan Ramadhan ni bersama kita.. " Aku sure kaw..kaw..punye lah...Ramadhan tahun depan ada lagi.."..Tak payah angkuh dan bongkak la derr..~

..Bersediakah.?

Sepatutnya, bulan mulia yang berbaki ni la, kita tingkatkan lagi amalan kita..Akhir-akhir bulan ni, ujian yang kita hadapi makin kuat maka pahala yang Allah bagi lagi supeeerr dupeerr banyak woo..InsyaAllah.. :)
Mana taknya, tengok jiran sebelah rumah, sebok buat kuih raya sampai 30 jenis.. Eh.! Tak pe..Kita buat la solat sunat macam-macam jenis.Lagi hebat kan!! :D

Kawan-kawan..!!

Kakak-kakak..!!

Abang-abang..!!

Adik-adik..!!

Pakcik makcik..!!

Dato - Datin..!!

Tan sri-Puan sri...!!!

Jangan cepat penat & lelah setelah 15 hari kita berpuasa. Berjuanglah sehabis yang mungkin untuk menaik taraf kan nilai kita disisi-Nya..

Kalau nak dapat benda yang bernilai, kita kena berusaha sehabis mungkin..Bukan duduk rumah goyang kaki dan punggung lalu akan turun iPhone di atas riba anda.Begitu juga syurga.Memang indah didengar, tpi bukan mudah untuk orang yang cikai-cikai amalannya.. :'D

Semoga kita berkesempatan untuk menghabiskan Ramadhan pada bulan ini..BERUSAHA.!! :))


P/S : Saya belom beli baju raya..kawan-kawan..suggest kan la warna ape..? TT__TT
: entry ni juga adalah untuk diri ini...lalai..oh! lalai..~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...