Wednesday 28 September 2011

Jarak Antara Dua Hati

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”

“Tapi…” guru bertanya kembali

“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.

Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.

Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?

Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas.

Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.

Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.


Sumber : Sini.

Thursday 15 September 2011

#1 Memohon rasa, Hanya Satu.


Maaf.

Entah kenapa, sejak akhir-akhir ni, hari rasa serba tak kena.

Yang kanan ke kiri, yang ke atas turun ke bawah.

Mereka nampak seperti diri gembira.

Tiada yang duka.

Benarlah, sepedih mana pun luka dihati, tiada siapa yang dapat merasa.


Namun, Tuhan diri masih disisi.

Masih menemani.

Gelap.Terang.Sunyi.Sendiri.

Masih Menyayangi.

Walau diri tidak suci.

Masih Mengampuni.

Ketika sudah tiada harapan lagi.

Jangan Tinggalkan diri.

Jangan Pernah.


Mereka tidak merasa, seperti Engkau rasa.

Kasihilah aku.

Peluklah aku.

Terimalah aku.

Ampunilah aku.

"Maka ketahuilah, tidak ada Tuhan selain Allah, dan mohonlah ampunan atas dosamu dan atas orang-orang mukmin lelaki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat usaha dan tempat tinggalmu."
[Muhammad, 47:19]

OLEH :

ainulhusna
150911
20:15pm
unisza

Saturday 3 September 2011

Walimatul Urs Aina & Raya

Assalamualaikum.. :)

Ini 1st entry saya selepas bulan puasa. :)

Harap masih sempat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin.Maafkan saya jika selama kita prnah berkawan di tak kira dimana-mana, hatta di belog pon, saya ada melakukan salah dan silap dengan kalian.Mohon maaf seampun-ampunnya.Harap kalian dapat memaafkan diri ini yang penuh kekurangan.Sya pon dah maafkan kalian..Kire0-0 la ye.!

Ok..Still dalam mood hepi beraya.Tapi entry ni bukan untuk cerita pasal hari raya saya yang gillleeerrr suram..( tahun ni raya tak best x best langsung.. ) Kau jangan tanya kenapa...Tapi stiill heppi ni..Huhuhu...
Bukan jugak nak tunjuk baju-baju raye yang lip..lap..lip..lap...

Tapi entry kali ni, untuk sahabat aku yang baru saja diijabkabulkan dengan pasangannya hari Jumaat hari tu..02/09/2011. Alhamdulillah..Akhirnya, selepas melalui onak dan duri..Rintangan dan dugaan...Finally...Kawen jugak kau....Wahh..!! :D


semoga bahgia hingga ke JannahNya..Amiin..

Gembira sangat-sangat dapat jumpa kawan-kawan sekolah dolu-dolu..Masing-masing dah banyak berubah..Dah besawww semunyee..! Bak kate sorang kawan ni.. " Kalau tak de kawan yang kawen..takdela dapat kite berkumpul macam ni...."Sadis giler ayat dia..So, kalau nak berkumpul ramai-ramai, kena la kawin dulu..
Eh!
Sape-sape je, bukan saya yang kawin dulu. :p

Antara kawan yg THE BEST GILER.. :)

Rindu sangat kat kawan-kawan sekolah..Alhamdulillah.Allah dah pertemukan kembali kami..Heheh..Macam lama je sangat je tak jumpe...Masing-masing da banyak berubah.Saya harap, ukhwah antara kita yang trjalin akan kekal hingga ke SyurgaNya kelak..InsyaAllah. :)


Lepas ni..siapa pula yang bakal menyusul Aina..??Ehemm..eEheem...Nantikan..Yang pasti, bukan saya..Wahhh..! :D ( Air mata mengalir deras tiba-tiba) =='

Mood tetibe betukar jadi R.I.N.D.U..

Ok..Nak layan feeling jap.!

Semoga berjumpa lagi..

:D





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...