Thursday 12 April 2012

#2 Hari Baru


Hari ini, aku perlukan sesuatu..
Sesuatu yang baru yg bisa membangkitkan diri,
Sesuatu yg bilamana aku tidak lagi rasa sendiri,
Rasa kosong, gantung, asing tidak lagi temani,
Agar hari ini terisi dengan sesutu yang harmoni,
Senang untuk terima dari Dia yang hakiki.

Hari ini, aku perlukan seseorang..
Seseorang yg bisa temani hari-hariku,
Seseorang yg boleh datang bila kuseru,
Agar hidup ini tidak lagi bercelaru,
Risau, galau, kacau, teruskanlah berlalu.
Gantikan ia dengan seseorang yang baru.

Hari ini, di tempat aku berdiri aku tenang..
Aku tidak perlu mengejar bayang-bayang yang hilang,
Tidak lagi sembunyi di sebalik rasa genang,
Tidak lagi lari mendaki bukit dan ganag,
Kerana aku percaya harapan telah datang,
Dengan segala keyakinan yang benar matang.

Cukuplah...
Hati dirobek-robek dengan kuku yang tajam,
Cukuplah..
Jiwa ini dihentam rasa yang keras,
Cukuplah..
Perasaan ini entah mana dilayangkan,
Cukuplah...
Jasad ini ditinggalkan kerna dosa yg tak pernah padam,
Cukuplah..cukuplah..


Jangan pernah kau hampiri..
Jangan pernah datang lagi..
Jangan pernah lagi kau tangisi..
Kerna aku sedang belajar kuat untuk tidak kembali..

Oleh :

ainulhusna
130412
12.30 pm
-unisza-

Saturday 7 April 2012

Kursus Sijil Falak #2

Alhamdulillah...sekarang dah habis minggu kedua aku menghadiri kursus sijil falak. Penaat jangan cakap la..Hanya Allah je yang tahu.Tapi, segala ilmu dan pengalaman yg dapat kat sini ni pun jangan cakap la...Hanya siapa yang join kursus ni je yang tahu betapa seronok dan osemnye kursus ni..Kihkihkih..

Minggu kedua ni, mata ni terbukak jugak la..Kira dah dapat tahu la sedikit sebanyak betapa pentingnya ilmu falak dalam kehidupan harian.Cewwaahh..ayat nak best je,macam esei sekolah..Minggu kedua ni, kami belajar cara nak menetukan arah qiblat, cara nak tahu cara masuk waktu solat melalui tgok bayang2, kira waktu solat,kira tarikh lahir dari miladi ke hijri and so on..Banyak jugak la advantage belajar ilmu falak ni sebenarnya.Tapi yang aku lemahnya bila start mula pegang calculator. 3 Tahun belajar kat u ni, kire lepas SPM la, mana ad pegang kalkulator time blajar.Bila lama dah tak tekan, rasa kebas je jari-jari ni..Whooho!

Time ni nak waktu zuhur..Ukur bayang- bayang nak tentukan masuk waktu solat.

So, tinggal lagi lebih kurang 20 hari untuk berada di unisza bumi ilmu tercinta ini...Kadang-kadang hati ni rasa nak balik rumah, tapi dalam masa sama rindu nak tinggalkan uni..Betul-betul mengusik perasaan..T__T

Sebelum habis kursus ni, kami kena buat mini tesis.Ingatkan dah tak jumpa dah tesis2 bagai ni, tapi terjumpa pulak dalam kursus ni...Betul-betul jodoh la.(Peluh banyak! ) Aku partner dengan Amyra Aida..Tajuknye " Kaedah-kaedah Falak oleh Al-Biruni". Semoga Allah permudahkan.

Hari ni kelas malam..1st time kelas malam bila 2 minggu ni class berturut-turut pukol 8 pagi..Boleh rehat pagi ni..Hehe..Itu saja berita yg dapat disampaikan tentang kursus falak minggu ini.:P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...