Thursday, 28 July 2011

Mengapa Wanita Perlukan Lelaki


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah…

SUMBER

Wednesday, 27 July 2011

Cover baeeek punyee..

Assalamualaikum.. :)

Ketika ini..Minggu ini..Bulan ini...Menara gading tempat di mana saya belajar ada buat satu kempen..Kempen Jom Cover Aurat.!

Memandangkan semakin ramai pelajar terutamanya kat U ni yg kadang-kadang mugkin mereka terlupa apa yang mereka pakai..atau mereka tak nampak..atau buat2 tak nampak ape yg mereka pakai, jadi kempen ini di buat untuk saling ingat- mengingatkan..Husnu dzan.! Kempen ini juga adalah ingatan untuk diri ini juga. =='

Sempena Bulan Ramadhan yg tak lama lagi akan tiba ni, sama-sama la kita melakukan perubahan..Tak banyak, siket pon jadilah.Ok what!! Daripada kita takde ape2 meningkatan dan perubahan.Kan..??Kan.. ??

Rasa seronok bile tengok orang ramai specially WANITA cover aurat dengan SEMPURNA. :D

Sunday, 24 July 2011

Tak susah,senang je.. (:

Assalamualaikum.. :)

"Tak sombong la.."

Ade orang tegur saya ni sombong..Saye ni tak senyum pon bila berselisih dengan dia..Ehh..!! Saya tak sombong pon la..Betulll..!Percaya lah.!Saya suke tersenyum aman kepada orang ramai. :D
Senyumlah bro.! :)

Tapi, bila saya tak senyum atau bermuka cuka, mereka anggap saya ni sombong..Sumpah.! Saya tak sombong poonn..!!Saya akan senyum pada orang2 yang sepatutnya sahaja.Kalau saya tak senyum, maknanya saya tak perasaan anda yg berbadan dua atau berbadan kecik..T__T. Ramai kawan2 saya yg berlainan jantina terutamanya kata saya ni sombong, sebab jarang nampak saya tersenyum dengan mereka.Eh.!! Kene ke aku senyum kat u alls tanpa sebab..Sampailah masuk ke U, saya masih tak biasa untuk tersenyum di hadapan mereka yg berlainan jantina. ( sila muntah hijau..) xD

Tapi, untuk pengethuan anda semua, tak bermakna saya tak senyum saya sombong..Perkara yg paling mudah untuk saya buat kebaikan dan dapatkan pahala ( InsyaAllah..) cume dengan melemparkan SENYUMAN. :)
Dengan bermulanya senyuman itu lah, permulaan untuk saya berkenal2 dengan orang lain.Dengan senyuman yg pertama kita lemparkan, orang akan memberi persepsi yg baeeeeek punyeeeee kepada kita..Tak pecaye.?Cube lah..!! :)

Saya suka senyum dan saya bukanlah orang yang sombong..Saya taknak jadik orang yang sombong..Nak tawu kenapa....??.. Sebab Allah ada sebut dalam Kitab Furqan..

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. “ (QS. Luqman:18)

Hadith.

Dari Abdullah bin Mas’ud ra dari Nabi Muhammad saw, beliau bersabda: “Tidak akan masuk sorga orang yang di dalam hatinya ada sifat sombong walaupun hanya sebesar atom.” Ada seorang laki-laki berkata: “Sesungguhnya seseorang itu suka memakai pakaian yang bagus dan sandal/sepatu yang bagus pula.” Nabi Muhammad saw kembali bersabda: “Sesungguhnya Allah itu indah, suka pada keindahan. Sombong itu menolak kebenaran dan merendahkan sesame manusia.” (HR. Muslim)


senyumlah seperti Rasulullah..

Ok.! itulah sebabnya saya rasa tak patot dan tak bagus kalau saya jadik orang yang sombong ni.Eh! Tak rugi apa-apa pon la.Dapat pahala ade lah.Hati kita pon tenang.Orang ramai suka dan sayang kat kita nanti..Tapi berpada-padalah ye. :)

Lemparkanlah senyuman kepada semua orang meskipun dihati kita ada segunung beban masalah.. :)
Itu yg saya cume setiap kali berada dalam masalah.

Tersenyumlah.. :)

Saturday, 9 July 2011

Kuning itu YELLOW.


Assalamualaikum.. :D

Amaran : Entry ini untuk mereka yg memakai BAJU KUNING pada hari ini SAHAJA..Kalau anda elergic dengan warna YELLOW,anda boleh cepat cancel dan pergi ke tempat yg laen. :)

Hari ni, awal2 pagi bukak mukabuku, majornye warne YELLOW..Bukak blog pulak, pon same..Major jugk citer pasal warna YELLOW ni..Nampaknya saya agak terlewat sedikit untuk menceritakan pasal YELLOW ni..Huhuh..

Tak pe..sekadar memenuhi dan mengisi entry blog yg dah lame tak hapdate ni kan..
Hari ni, hari memBERSIH kan Malaysia bagi rakyat2 Malaysia yg berhati kental..T__T.
Saya tak dapat nak join sebab saya masih berada di Negeri Penyu..Tak seperti BERSIH 1.0,(2007) saya sertai bersama2 dengan puan mama saya..

Tapi, hari ini, Puan mama dan sahabat2 nye pergi bersama2..Di hati ini terasa sedikit sedih dan kecewa kerana tak dapat nak temankan puan mama..Atleast, kalau ada saye, boleh saya tolong jaga Puan Mama if something unexpected happed..Tapi saya yakin, Allah sentiasa bersama2 dengan Puan Mama, sahabat2nya dan peserta2 yg join BERSIH hari ini.. =)

Cik Kakak saya pon turut pergi bersama kawannye..Punye lahh risau dihati ini kerana Cik kakak saya tu tak berapa sehat..Bile tgok status kat fb die, die kate die kene simbah dengan gas pemedih mata..Ohh!!..Maybe sesetengah orang ade kate, dah tahu saket, wat pe gatal nak pegi..Ok!..Btw, masing2 ade hujah masing2 dalam hal ini kan..

Saye pon, malas nak cakap banyak kat sini mane tahu tak silap2 kene AUKU plak nanti. heheh....Ape2 pon, segala apa yg kita lakukan berniatlah ikhlas kerana Allah..Allah menilai setiap apa yg kalian, kita, anda dan saya lakukan tak kisahlah dalam ape2 jua amal sekali pon..Allah sesekali tidak akan mengecewakan hambaNya yg benar2 ikhlas..Allah sentiasa bersama dengan hamba2Nya yang sabar..

Ok..till then..Papai.. :)

Tuesday, 5 July 2011

BULATAN gembira yang sangat GEMBIRA

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah..

Tiap-tiap hari kite kene bersyukur kt Allah..Macam2 yang Allah bagi kat kite walaupun kite tak mintak pun bende tu...Again.!..Alhamdulillah..Terima Kasih Allah....Sayang Allah..!!

Hari ini, aku rasa bersyukur sangat dapat sertai Bulatan Gembira lagi..Walaupun dah banyak kali hadir dalam Bulatan Gembira, tapi hari ni rasa happy sangat..Rasa macam nak lompat tinggi-tinggi..Huhuhu..

Bulatan Gembira tu pun kira salah satu majlis taman-taman syurga..InsyaAllah.Maka, tidak hairanlah saya rasa gembira dan seronok bile berada di dalamnya..Rugi la kawan2 yg tak join Bulatan Gembira yg saya join..Waahh..!!Hehehe...

Banyak bende yang saya dapat daripada Bulatan Gembira hari ini..Bende yg takkan saya dapt bila saya bersama dengan classmate saye..Perasan gembira yang takkan saya kecapi bila bersama dengan orang lain..Serius.!!Walaupun mula2 nak join Bulatan Gembira ni,saya sangat berat hati, taksuka, bosan, menyampah..Wuwuwu..T__T

Terima kasih Allah, masih tetapkan hati saya menyertai Bulatan Gembira ini..Antara hadiah daripada Allah yg tak terkira nilainya..Seronok.!!

Nak share dengan u all semua 1 perkara & doa yg Miss.Sahabat saya kongsikan kepada saya dan ahli Bulatan Gembira tadi..Die kate, walau sesibuk macam mana pun kite..baca lah Al-Quran tu..Kalau terrrrrrlampau la korang sibuk sangggaaatttttt.....Berdoalah pada Allah...

" Ya ALLAH, berilah aku keizinan untuk membaca kalam2 Mu( Al-Quran ) hari ini..."

That's all, entry kali ini...Kalau nak tahu macam mane rase berBulatan Gembira..kene join lah dulu...WInkk!!Wiinkk!! =) Tata..!!

Friday, 1 July 2011

PROBLEM's dan BUKU's.. =)


Assalamualaikum.. :)

Sejak akhir2 ni macam dah berlaku dalm hidup saya..Dan kadang2 selalu jugak saya persoalkan..Kenapa..?Kenapa..?Dan Kenapa...???..Tapi saya tahu, disebalik sesuatu yg berlaku ini, pasti ade hikmah dariNya..

Semalam, lepas dapat tamparan yg tak sakit sangat dari orang jauh tu, saya sangat2 bermuram durja dan sedih..huhu..Ayat kau~~..Dan selepas antata saya dan dia sudah tiada apa2 kaitan lagi tapi ikatan saudara Islam tu ade, saya masih berharap dia masih ingat kat saya lagi..Heheh...

Ok..malas nak ingat pasal perkara yg lepas..Sekarang ni, saya nak mulakan life yang baru..Semoga Allah berikan kekuatan..Amiin.. :)

Untuk merelease kan tension dan kesedihan,hehehe..saya dan kawan2 pegi la PC Fair kat TTC, K.Terengganu..Saya takde la beli laptop. printer,gadjet2 laen macam kawan2 lain..Cume saye sempat beli pendrive baru..( setiap sem kene beli yg baru...sebab mano poie ntah.. ).beli sticker Jawi..Haaa.Kire kuar duet jugak la kan walaupun barang tak beli mane pon..

Kebetulan, kat sekitar2 TTC tu, ada kedai jual buku2 Islamic..Dan entah kenape, saya tetibe tertarik untuk pegi kedai tu..Before ni, saya ni agak kedekut untk keluarkan duet untk beli buku, tapi kali ni ntah kenape..Mungkin sebab sye rase saya patot jadi matang dah..!Heheh.. :D

oK..Ni la buku yg sempat saye beli semalam...


Bace sinopsis buku ni best sangat2..!! Rase tak sabar nak bace isi dalamnye lagi..

Sempena bufday saya yg dah lepas lame sangat, kawan saya Siti Sarah hadiahkan sebuah buku juge kepada saye semalam..

Ni la buku nye..Hehe..Saya dah mula bace malam tadi..Buku bedtime story.. :)

Jarang orang bagi hadiahkan buku kepada saya, tapi sememangnye saye memg minat kat ape-ape buku nie..Kalau umur panjang, hari lahir saya tahun depan, u all semua boleh bagi saya hadiah buku..^^,

Suke..suke..suke.. =)

Ok..itu saje untuk entry kali ni..Hope u all enjoy reading this entry..Siape2 nak pinjam buku kat atas ni, boleh je..Meh2.!!
Last but not least, doakan saye diperkuatkan iman..Semoga apa yg telah berlaku ke atas saya, akan ada pengakhiran yg baek satu hari nanti..InsyaAllah..Amiin.. :)

p/s : Dah rajin taip2.! ^^.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...