Wednesday 7 November 2012

Dikala Itu

Dikala itu,
Hujan mula turun,
Turunnya bukan kerana terpaksa,
Turunnya juga bukan suka rela,
Turunya tidaklah bila tiba masa,
Turunnya adalah kerana atas kehendak Yang Maha Kuasa.

Dikala itu,
Hati mula resah,
Hati mula gelisah.
Hati mula gundah,
Hingga nafas tidak sekata sudah,
Hingga badan hilang punca segala arah,
Dek kerna dosa yg melata banyak,
Juga kerna taubat yang sudah lelah.

Dikala itu,
Hujan masih turun,
Turun tanpa bicara,
Turun tanpa kata, 
Turun tanpa suara,
Turun juga tanpa dipaksa.

Dikala itu,
Aku masih disitu,
Masih tetap menghitung ,
Masih tetap menanggung,
Masih diam tanpa sebarang kata,
Tanpa ada sesiapa,
Tanpa ada yang sedar,
Tanpa ada yang dengar,
Lalu, mula sedikit tangis bergema,
Tangis itu terusan mencengkam jiwa,
Tangis itu bermain didalam dada,
Tangis itu terus merasuk minda,
Aku mula mencari kekuatan yang ada,
Mengira banyaknya dosa,
Membayangkan nasib diri disana,
Melihat kemungkinan yang bakal tiba, 
Merasa ajal ada dimana sahaja.

Dikala itu, 
Hujan mula reda,
Hujan sudah tiada,
Aku akan tetap disini,
Menunggu ampun dariNya.

ainulhusna
01:10am
08112012
Blok H, UniSZA.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...