Saturday, 9 March 2013

Ikhlas & Redha


Aku harap selama ni, aku buat sesuatu tu Tulus.Ikhlas.Bahagia.


**************************************************
Ciri-ciri orang yang ikhlas ada 3 :

1) Mereka yang merahsiakan 'ibadahnya


2) Mereka yang merahsiakan ujiannya


3) Mereka yang merahsiakan sadaqahnya

**************************************************



"Ya Rabb, ajarilah daku erti ikhlas. Moga ikhlas & redha menjadikan aku sabar dalam ber'ibadah kepadaMU."

Tuesday, 19 February 2013

SEMESTER 1+1


Seperti yg maklum,sekarang ni dah masuk sem 2. Dan sekarang pun dah menapak kat unisza balek. Ok, jujur hati tak ikhlas lagi ada kat sini. Why? aku sndiri tak pasti. Tapi aku harap rasa dan perasaan ni akan hilang dan takkan berterusan sampai akhir sem ni.

Seperti yg maklum, post yg lepas, entry sebelum aku balik cutisem hari tu, aku ade tulis senarai makanan yg akan aku makang bila balek nanti. Sungguh. Teruja betul dapat bilik rumah.Macam kat syurga. Haahah..Mintak je nak makan ape, dapat aje. Nikmat dunia sungguh. Apatah lagi kat Syurga nanti, baru je yg terlintas kat fikiran dah direct Allah bagi. Subhanallah....

Daripada 19 jenis makanan yg aku terliuq tu, hanya 4 makanan ni je yg tak tercapai untuk dimakan. Mungkin kekangan masa dan jadual cuti yg padat. Hahah..Apepun Alhamdulillah.Thank You Allah for everything. :)



-Daging masak asam podeh

-Wantan udang

-Sambal tempe goreng

-Aiskrim goreng

Rasa seronok betul ada kat rumah. Mood sekarang ni memang ghindu kat umah.Ntah bila penyakit homescik ni nak hilang.. Haiiishhh....!!~ Pelbagai cerita dan perkara best dan tak best berlaku masa cuti hari tu. Nanti kalau ade masa, nak jugak share kat sini.

Doakan saya diberi kekuatan di sini. Walaupun Seremban- Terengganu tu taklah jauh mane, tapi hati ni dah macam dibawa jauh pergi. Jasad semata ada kt sini. Huhuhu. Entah kenapa perasaan sekarang dah lain macam. Jauh dari Allah mungkin. :(

Sem baru, nafas baru, mood baru, semangat baru..Semoga Allah redha. Allah, bantulah aku.

Till then. :)

Sunday, 6 January 2013

Makan.Saya.Datang.Makan.

Alhamdulillah.. Akhirnya selesai dan tamat sudah final exam untuk sem 1 degree ni. Pejam-pejam, dah satu sem tamat. Kejap je. Bila agaknya nak tunggu sem 7 tu ye. Huhuhu.. Masa tu umur dah 25.Hayoyoyo..~ Semga dipanjangkn umur untuk menjejak umur tersebut..Amiin.. :)

Sepanjang waktu studyweek dan final exam tu, memang betul-betul teruji diri ini. Ya ampunn... Time aku takde kat rumah la, orang rumah,..err.. maksudnye orang-orang dirumah tuuu, depa semua makan makanan yg best2 semuanya. Kalau makan, simpan dalam perut senyap terus takpe jugak. Ni asal makan sedap-sedap upload kat fb. Tujuan.? saje buat aku jeles.
 
Takpe-takpe, esok dah nak balek Seremban dah. Sejak studyweek hari tu aku dah  makanan yg aku nak makan bila balik nanti. Harap-harap jadi kenyataan la permintaan aku ni..

-Mee kari ayam kat Pasar Tani,Ampangan.
-Steambot kat Johnnys
-Tokiyaki Udang & Sotong
-Sate ayam, daging  & perut
-Spageti
-ikan bakar
-Jagung rebus
-Mee sup & Bakso
-Mee kungfu kat Kedai Dolah
-Buger bakar Deqwan
-Daging masak asam podeh
-Wantan udang
-Tom Yam poktek, Restoran Aida
-Sambal tempe goreng
- Gulai siput sedut
-Bubur Lambuk Sedaap
-Durian creps
-Big Apple
-Aiskrim goreng

Hari tu fikir2 macam banyak je nak makan. Tapi bila dah list ni, macam siket pulak. Hahaha.. Tak sabar nak balek. Buleh makan sepuas-puas dengan riang gembira. Sejak ada roomate yg gembira dan sehat ni, keja aku 24 makan jela.Asal ada masa lapang, kitorang keje makan je.Nampaknya, makin sehat la lepas ni. Tapi sebenarnye, berat memang dah naek mendadak giler..Sangat bahgia..Hadduhh..~ :p

Semoga hajat, impian, cita-cita dan harapan utuk makan kesemua benda ni selama sebulan cuti sem ini akan termakbul. Amiin...~ :D

Eerr.. agaknyaa kalau yang ade kat oversea sane tu bace entry ni ,jangan sedih ye. Nanti balek Malysia makan la puas-puas pulak. :p

Tokiyaki..Nyumm..~~

Tak sabar nak makan jagung rebus..~grrr..

Sabar ye syg.. nanti saya datang. :))

ainulhusna
22:20pm
06012013
BLOK H, UNISZA



Tuesday, 18 December 2012

#untitle

Jujur pada diri,
Jangan pernah salah menilai,
Yang cantik di luar, belum tentu indah di dasar,
Yang putih zahirnya, betul tentu suci didalam,
Kerana yg menipu itu ada di mana-mana,
Topeng pura-pura murah dijual merata,
Hingga sukar untuk membezakan,
Antara kaca dan permata,
Antara akhirat dan dunia.

Berjalan lagi dengan memandang dunia,
Ya, mereka menipu,
Tidak melihat dunia sebagai tempat sementara,
Merasa dunia cukup indah hanya di mata,
Rakus mengejar, meratah segalanya,
Hingga tidak puas, lalu mengorbankan nyawa,
Tidak putus-putus lagi, menagih menggadai maruah,
Cumanya hanya satu ,
Tiada rasa dalam jiwa,
Membentak rasa, menipu semua.


Memandang pula disisi lain pula,
Mereka seolah-olah tahu bahawa ada lain yg melihat,
Bila-bila masa saja hukuman bisa diterima,
Bersungguh-sungguh menuai amal,
Berpeluh-peluh hanya satu keihklasan,
Berusaha lagi hingga terasa kepuasan,
Mereka pasti, ada gembira di sebaliknya,
Mereka nekad menggadai segala,
Demi mencapai keikhlasan dan keredhaanNya.

Kadang aku keliru,
Antara dua, kadang juga antara tiga,
Aku tersepit,
Mencari ruang agar aku kembali,
Kembali ke alam realiti,
Bahawa dunia ini bukan kekal abadi,
Akhirat dihujung itu bakal menanti,
Susah senang, segalanya disini.


ainulhusna
15:30
191212
Blok H, unisza

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...