
Wednesday, 21 December 2011
Kalau Sambung Belajar di Jordan pun Bagus juga. :)

Tuesday, 1 November 2011
Ya, saya lah manusia berhati binatang itu.
Huhuhu..belagak macam nak habes PhD..Padahal baru diploma je. :p
Hari itu, hari Sabtu bersamaan 29 hb Oktober 2011.. Saya dari Seremban naek KTM sorang2 pergi ke KL Sentral.Nak pergi UIA.Kat KL Sentral baru la jumpa kawan. Mahirah.Then, pegi UIA, jumpe Sarah.Carik bahan-bahan tesis,bincang-bincang kejap.Lepas tu balek.Haa..time tu sempat jumpe Maisarah dan Malihah.Kawan lama tiime sekolah dolu-dolu. Best.! ;)

Masa nak balik ke Seremban, korang mesti tahu keadaan train kat KL Sentral macam mana.Dan-dan time tu pkol 5.Memang ramai crazy la orang kat situ menunggu. Saya time tu satu orang diri saja.Excited punya pasal, saya pegi tunggu depan sekali.Konon nak masuk train awal.

Wednesday, 28 September 2011
Jarak Antara Dua Hati
Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”
Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi…” guru bertanya kembali
“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”
Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.
Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.
Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”
Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?
Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas.
Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.
Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”
Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.
Sumber : Sini.
Thursday, 15 September 2011
#1 Memohon rasa, Hanya Satu.

"Maka ketahuilah, tidak ada Tuhan selain Allah, dan mohonlah ampunan atas dosamu dan atas orang-orang mukmin lelaki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat usaha dan tempat tinggalmu."
Saturday, 3 September 2011
Walimatul Urs Aina & Raya



Tuesday, 23 August 2011
Cinta Pertama vs Cinta UTAMA.

Sunday, 14 August 2011
"Bang,boleh bagi iPhone 4 free tak..??"


