Friday, 1 October 2010

:: Erti sebuah pernikahan ::

Pernikahan itu adalah salah satu anugerah dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya, khususnya kepada kita iaitu umat Rasulullah SAW. Pernikahan merupakan jalan yang sah lagi diredhai oleh Allah SWT bagi menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan.

Adalah merupakan fitrah manusia yang sihat bahawa seorang lelaki akan tertarik kepada perempuan, dan begitulah sebaliknya. Maka, apabila telah wujud rasa suka dan cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan, syariat Islam telah menyediakan pernikahan sebagai jalan memanifestasikan kecenderungan dan kecintaan yang wujud di antara dua insan tersebut.

( my 1st bro wedding )
Firman Allah SWT yang lebih kurang maksudnya:

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.”

(Surah Ar-Ruum, ayat ke-21)

Sememangnya fitrah seseorang lelaki akan menyukai perempuan, dan seseorang perempuan akan menyukai lelaki. Rasa suka, cinta, dan cenderung itu adalah fitrah yang tidak boleh dinafikan malah tidak perlu dinafikan. Apa yang penting ialah perasaan itu haruslah disalurkan dan dimanifestasikan dengan cara yang halal dan baik.

Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa cinta itu adalah kecenderungan jiwa kepadanya (kepada sesuatu yang dicintai itu) kerana keadaannya yang merupakan suatu kenikmatan kepadanya. Semakin bertambah kenikmatan, semakin bertambahlah kecintaan.

Allah SWT melengkapkan manusia dengan pancaindera yang dengannya manusia dapat merasai kenikmatan dan kelazatan dalam perkara yang disukai dan dicintai. Dalam salah sebuah hadith yang dipetik oleh Imam Al-Ghazali di dalam Ihya’ ‘Ulumuddin;

Rasulullah SAW bersabda yang lebih kurang maksudnya:

“Tiga hal dari duniamu yang dijadikan aku menyukainya, yakni: wangi-wangian, wanita, dan kesejukan hatiku dalam solat.”

Maka, kesukaan yang diwujudkan antara seorang lelaki dan perempuan itu, haruslah disatukan melalui jalan pernikahan. Sudah tentu, pernikahan itu ada syarat-syaratnya dan adab-adabnya. Adab-adab dalam pernikahan perlu diberikan perhatian yang teliti kerana pernikahan membawa erti yang cukup besar. Antara tujuan pernikahan adalah bagi menghalalkan perhubungan antara seorang lelaki dan perempuan. Segala batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, dari segi pandangan, sentuhan, mahupun pendengaran, diangkat melalui pernikahan. Namun, erti pernikahan yang sebenar tidaklah sekecil itu.

Pada hari ini, apabila pernikahan itu difahami hanya dalam konteks menghalalkan perhubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan, maka kita dalam melihat banyaknya masalah dalam rumahtangga dan kehidupan berkeluarga. Antara erti yang paling besar melalui pernikahan adalah pernikahan ini merupakan suatu ibadah, yang dapat membantu kehidupan beragama seseorang itu. Dalam salah sebuah hadith, Rasulullah SAW menerangkan betapa besarnya erti pernikahan dalam konteks melengkapkan agama seseorang itu.

Sabda Rasulullah SAW yang lebih kurang maksudnya:

“Barangsiapa yang telah dikurniakan oleh Allah dengan isteri yang solehah, maka ia telah dilengkapkan sebahagian daripada agamanya. Maka, bertaqwalah kepada Allah untuk sebahagian yang lain itu.”
(Hadith Riwayat At-Tabrani dan Al-Hakim dan dinyatakan sahih sanadnya)


Dalam matan yang lain, disebut bahawa pernikahan itu melengkapkan separuh daripada agama, dan hendaklah bertaqwa kepada Allah untuk separuh lagi. Justeru, hal ini seharusnya menggambarkan kepada kita betapa melalui jalan pernikahan itu dapat melengkapkan sebahagian besar daripada agama. Hal tersebut, sudah tentu berkait rapat dengan maksud dan hikmah pernikahan yang lain.

Antaranya, melalui pernikahan kelangsungan hidup manusia sebagai manifestasi tanggungjawab khalifah dapat dipastikan berlaku. Melalui pernikahan juga akan dapat meneruskan kehidupan manusia, melalui anak-anak yang dilahirkan. Anak-anak yang dilahirkan itu akan lahir sebagai umat Rasulullah SAW. Maka, apabila terdidik pula anak-anak itu dengan baik menjadi anak yang soleh dan solehah, berbanggalah Rasulullah SAW dengan bilangan umat baginda yang banyak. Ibubapa akan mendapat kebaikan, dan masyarakat akan mendapat manfaat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Kahwinilah olehmu wanita yang pencinta (sangat mencintai suami dan anak-anak) dan peranak (subur). Maka sesungguhnya aku bermegah-megah dengan banyaknya kamu (umat Rasulullah) itu terhadap nabi-nabi yang lain di hari kiamat.”
(Hadith Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)


Pernikahan juga adalah merupakan perkara yang akan dapat menenangkan jiwa, serta membantu proses untuk meningkatkan kualiti kerohanian seseorang. Hal ini demikian kerana melalui jalan pernikahan akan lebih memelihara kehormatan serta kesucian jiwa seseorang itu. Hati akan lebih tenang kerana sesebuah pernikahan yang baik itu akan dikurniakan oleh Allah SWT dengan ‘Mawaddah wa Rahmah’, yakni rasa kasih dan sayang.

Selain daripada itu, pastinya adalah lebih mudah bagi seseorang yang telah berkahwin untuk memelihara diri daripada melakukan dosa dan maksiat, termasuklah maksiat hati. Apabila seseorang itu lebih mampu memelihara dirinya daripada maksiat, maka lebih mudahlah untuk seseorang itu memberikan penumpuan kepada ibadah dan usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang lebih kurang bermaksud:

“Barangsiapa yang telah merasa sanggup (mampu) untuk berumahtangga, maka hendaklah ia bernikah. Sesungguhnya nikah itu lebih melindungi penglihatan dan lebih memelihara kehormatan. Dan sesiapa yang belum sanggup (mampu), hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat mengurangkan nafsu syahwat.”
(Hadith Riwayat Bukhari)


Maka, apa yang penting untuk difahami adalah bahawa pernikahan itu merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kualiti ibadah, serta seharusnya menjadikan seseorang itu lebih dekat kepada Allah SWT. Hal ini demikian kerana pada hakikatnya, pernikahan itu sendiri adalah merupakan satu kurniaan yang besar daripada Allah SWT kepada hamba-Nya.

Bukankah jodoh itu ketentuan Allah? Oleh sebab itulah kita dapat melihat pada hari ini, begitu ramai orang yang bercinta selama bertahun-tahun lamanya, tetapi akhirnya tidak sampai kepada pernikahan. Ada juga yang bercinta begitu lama, akhirnya menikah jua. Ada juga yang berkenalan hanya seketika, kemudian terus mendirikan rumahtangga.

Keadaan-keadaan tersebut seharusnya memberikan kepada kita suatu pengertian bahawa soal jodoh bukanlah terletak kepada usaha manusia, tetapi adalah merupakan ketetapan dan ketentuan Allah SWT. Usaha manusia itu hanyalah sebagai sebab. Maka, bagi sesiapa yang setelah menikah dengan seseorang itu, semakin jauh hatinya daripada mengingati Allah serta beribadah kepada-Nya, bukankah itu namanya kufur nikmat?

Kerana erti syukur itu, adalah apabila kita menghargai pemberian dan kurniaan daripada Allah SWT untuk lebih mendekatkan kita kepada-Nya. Justeru, adalah penting juga untuk difahami bahawa di sebalik kenikmatan dan faedah pernikahan, terdapat risiko dan cabaran yang seandainya seseorang itu lalai dalam menjalankan tanggungjawabnya, khususnya tanggungjawab kepada Allah dan kepada Rasulullah, maka pastinya seseorang itu akan mudah terjerumus dan terperangkap dalam hal-hal yang tidak baik yang hadir bersama sesebuah pernikahan.

Imam Al-Ghazali mengingatkan tentang hal ini di dalam Ihya’ ‘Ulumuddin. Antara kesusahan dan cabaran yang akan hadir bersama pernikahan adalah untuk mencari nafkah buat keluarga daripada sumber yang halal. Hal tersebut adalah merupakan kewajipan bagi seorang suami. Selain daripada itu, antara kemudaratan paling besar apabila seseorang itu lalai dalam kehidupan berkeluarganya adalah kelalaian daripada zikir kepada Allah SWT dan persiapan menuju akhirat.

Kesibukan duniawi, kesibukan menguruskan hal keluarga, boleh sampai melalaikan seseorang itu daripada mengingati Allah SWT. Kesusahan dalam mencari nafkah, boleh sehingga mewujudkan sifat bakhil. Tuntutan kehendak dan keperluan isteri dan keluarga, boleh membawa kepada kefakiran, yang akhirnya boleh membawa seseorang itu kepada kebinasaan.

Imam Al-Ghazali memetik sebuah hadith Rasulullah SAW sebagai peringatan, yang kira-kira maksudnya:

“Akan datang pada manusia suatu zaman di mana lelaki binasa di tangan isterinya, kedua orang tuanya, dan anaknya. Mereka mencelanya dengan kefakiran dan membebaninya dengan sesuatu yang tidak mampu dipikulnya. Maka ia memasuki tempat-tempat yang akan menghilangkan agamanya. Lalu ia binasa.”

Justeru, adalah sangat penting bagi seseorang itu untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT, serta memahami dan menyikapi pernikahan itu dalam erti dan konteks ibadat yang luas. Kecintaan seorang suami kepada isteri, mahupun kecintaan seorang isteri kepada suami, haruslah jangan sampai melalaikan kecintaan yang lebih berhak. Kecintaan kepada Allah dan Rasulullah itu sudah tentu adalah yang paling utama.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidaklah seseorang di antara kamu beriman sehingga ia menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada keluarganya, hartanya, dan manusia seluruhnya.”

Apabila seseorang itu mencintai keluarganya, hartanya dan dunianya lebih daripada kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka sudah tentu Allah akan menyerahkan seseorang itu untuk diurus dan diaturkan kehidupannya oleh dunianya. Namun, apabila seseorang itu menjadi kekasih Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka kehidupannya diatur dan diurus oleh Allah SWT.

Bukankah Allah itu sebaik-baik pengurus? Bukankah Allah itu sebaik-baik pembantu dan penolong? Sungguh, sebaik-baik tempat bergantung hanyalah Allah!


( ni aku..tak kawen lagi..=P)

Saturday, 25 September 2010

:: dia yang aku kenali ::

Agak lame jugak aku x melawat dan sekodeng blog aku ni..banyak sebab la..mase untk aku taip tu xder.pastu..dengan masalh kesihatan lagi..dan yang paling2 problem ialah..laptop aku ni wat perangai baby die plak..Meragam tak tentu pasal.aku rase macam nak humban je..and that time,aku skan tgah gune laptop kawan aku,Mahira..sangt2 sesak la bile kite terpakse nak pinjam meminjam barang orang..lebih2 lagi untk bende2 kepentingan diri sendiri..Naseb baik la kawan aku ni baik..hehehe..
Ok..terus kepada tajuk yang di beri..Mase cuti mid sem 2 minggu ari tuh, campur2 ngn cuti Raye Aidilfitri ( selamat hari raya , maaf zahir dan batin )..ehehe..ade la something was happen..nak kate bende ni kebetulan x jugak..sebb aku rase memang semua ni perancangan Allah..dan aku sangt2 la bersyukur sebab apa yang Allah dah takdirkan dalam hidup aku,walaupun ia kadang2 kurang la suke tapu aku tahu..Allah lebih tau yang terbaik untuk aku.Dalam Quran Allah ade merakam..Alah berfirman dalam Surah Al Baqarah 216 :"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Ok ,kembali kepada tajuk semula..masa cuti ari tu, aku ni sebok la ber' facebook' evevn laptop aku buat perngai..online tu penting sebab nak buat asigment..kononye la..bak kata mak aku, " buat asigment 1 jam, ber pesbuk (fb) 3 jam".memang kene sangt la batang hidung aku nie..huhuh..So..asyik berfesbook je, 1 hari..ade la sorang dak pompuan ni chat ngn aku..die kate budak ex-smadklana dulu..And aku pon kalo sesape nak chat ngn ak,almost aku akn tgok profile dorang..yela ,mane tawu kenal ke..kalo kenal aku layan la.kalo xkenal, memang sah- sah aku x layan..Tengok punye tengok..laa..rupe2nye, junior aku..Time aku form 3,die form 1.so sekrng nie die form 5 la..same baye ngn ade aku..
Aku pon kat umah boring ya amat..so aku layan jela dak tu..macam - macam cite la yang die cite kat aku..dan aku pon same jugak..makin hari, our relation sangt baik dan makin bertambah baik..bile aku borak ngn die,aku rase besttt je..nak kate ade yg special kat diri kami berdua..Wallahua'alam la..tapi kami sangt2 la ade chemistry yang sangt baik..1 day, aku pon dah sangat2 la boring..ye la..cuti tuh memang dok umah je..macam hape je..kuar eli baju raye pon xde la kuar sakan sangt..Jadi, aku pon hingat nak la g jumpe vudak tu..ye la..asyik2 chat kat fb, ym n kadang call..nak gak aku try jejumpe die kejap..
jumpe punye jumpe ( kat gaint bakang umah ), die sangt la happening.( happy + pening2 ) okay..!!huhu..best sangat2 jumpe die..jumpe buah hati pon rak de rase cam tu..Aku memang la besyukur sangat2 kat Allah sebb da pertemukan aku ngan die..

( gambar kecik2, xmo orng perasan...huhuu)
Lepas je titik pertemuan tu,hubngn aku ngn die memamng makin rapt..sehari x meseg,rase rindu tahap cipan.huhu..ye ker???.mengarut lah..!!Tapi, pada die la aku meluahkan segala2nya..cite sedih, gembire, cite yang x best pon die sanggup dengar..padahal sepatotnye aku yg jadi pendengar die coz aku ni senior die..huhuhu..kesian tol dak tuh..=)
sampai sekarang, kami still contact mengontact..even kadang2 aku terase gak diri aku ntah hape sebb sebb macam mempergunakan diri die as untk aku luahkan ape yg aku x puas hati pade siapa2..and i wanna say thanks a lot to her bcos always beside me..Dan aku harap sesangat supaya ukhwah antara aku dan die berkekalan hingga ke akhir nye..kerana ukhwah aku dan die kerana Allah,bukn ats sebb nafsu@ kepentingan diri @ ape2 je yang tak elok..memang betul ade orang kate ' kawan mudak di cari,tapi sahabat sukar dicari '.
Thank You Allah..Thank You Allah..( rase nak nyani lagu Maher Zain Thank YoU Allah plak)..huhuhu....
ape - pon..pesanan daripada diri yang hina dina ini..hargailah sahabat korang..

( Ni gambor yg beso, tpi time ni muke aku punye la cam cicak ;D)
Sebelum terlupa, asyik sangt citer orangnye, tapi x sebut name..macam misteri plak kan..ok.! tuan empunye yg sedang aku cite bernama Nur Fazliana Bt Abd Rahim.
Ok itu je..Chow dulu..=))
p/s : bertemu dan berpisah kerana Allah.. love you.

Thursday, 29 July 2010

SAHABAT + + +

S.E.R.A.B.U.T.
Perkataan yang palimg sesuai kot untuk minggu ni...rase macm pening2 dan nak pecah otak pon ade..assigment da mule melimpah ruah..problem personal pon da makin menimbun...ape da jadi ngan aku sejak akhir2 ni..
Sakit pon, da makin teruk..adush!!batuk asyik x henti2 je..da makan ubat pon, still xelok2 lagi. ubat kat bilik tu da macm Farmasi kat UDM dah..rase-rasenya ubat dalam bilik ni lagi banyak kot...owh ye..24 OGOS 2010..jangan dibuat2 lupa terikh ini...aku ader appoinment dengan dokter kat Hospital Terengganu..ape name Khas die pon aku lupe..
Owh ye..minggu lepas aku balek umah, seremban N9...22-26 July...sesuki hati je amik cuti sendiri..macam U ni family aku punye..tapi, aku balek pon ade tujuannye.Sangat2 hapie la hari Sabtu ari tu, aku keluar dengan kawan2 aku Imran and Asiah..Dapat jumpe 2 orang tu pon da kire ok...Lebey kurang setahun jugk la aku x jumpe dorang.Tapi best la bile kitorang beborak sesame , makan sesame, jejalan sesame, gelak sesame and yang penting sekali sesi luahan perasaan sesama..hOpe sangt lepas ni@ next tyme bleh jumpe kengkawan yang laen..weiyh!!Aku tau, mase sesi luahan aku tu, 2 makhluk tu x brape sukew crite aku,tapi ape2 pon dorang bagi feedback yang sngt baek. Nasihat2 dorang siket sebnyak menhinsapkan diri yang hina ini.
Yupp!! aku sngt la beruntung skali sebb Allah dah berikan aku rakan yang banyak membantu aku..tak kire la dari macam mane masalah pon..sEjak kecik lagi, aku selalu je dikurniakan kawan2 yang sangt baek, even ade la yang sorang dua perangai macam syaiton nirrojim...Tapi aku tersangat2 bersyukur..Alhamdulillah..sebb Allah bagi kawan yang sgt baek hati, sabar melayan kerenah aku ,sedia dengar cerita2 repek2 aku, bagi aku semangat bila aku rase frust n jatuh semngat, selalu tolong2 aku n segala2 macam2 lagi lah..
Aku rase nak sebut sume jer name sesemua kawan aku kat sini..tapi nnti loteh plak nak bace kan..so aku akan sebut la kawan2 yang kirenya selalu di hati aku ni..
~malihah,asiah,shameen,iffah,raihanah,fitriyah,umairah,dian,mahirah,hanisah,aina,hanani,nisa',atiqah,
wafa',su, asiah,amalina,imran, hadi, basheerah and soo on..letih lak nak ingat yag laen2..sorry la..laen kali aku letak name yang lelain..InsyaAllah..=)
Anyway, aku harap sape2 yang ade kawan, hargailah sahabat anda..biar la ade pakwe hemsem macm Fahrin Ahmad @ Bradd Pit sekali pon, kawan still 1 dalam hati..kalo awek chantek cam Angeline Jolie pon, sahabat yang 1st sentiasa di sisi, kalo ade harta setinggi gunung Daik becabang 3 pon, kawan jugk yang paling best dari harta sebnyak mane pon..
Ape2 pon sila lah hargai kawan anda..berkasih InsyaAllah 1, berkawan biar berbillion2..

p/s : sorry..kalo bleh nak upload picture2 kawan2..tapi xbleh lagi cos ni laptop shameen..maybe next tyme..

... Assalamualaikum ...

Thursday, 15 July 2010

hargai sebuah kehidupan

Camat Pagi dan Assalamualaikum kepada muslimin,muslimat..
Owh..Tajuk kali ni,tak tahu la ade kene mengene ataw tidak dengan entry kali ni..kalo x masok pon,kire masok jugak la..lalala~..Aku dah tak tahu nak letak tajuk ape sebb segala cerita bergabung dalam 1 entry..Agak lama menyepi dan mendiamkan diri..diam x bererti saya sudah tiada…Cuma diam2-diam ubi berisi..Selama tiada mengletakkan entry yg terbaru ni,macm –macam la perkara yang telah berlaku..rase macam kene senaraikan je problem-problem dan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam hidup aku selama aku menyepikan diri..ok..kite mulakan dengan carta yang pertama…
 Laptop saya rosak dan bile nak hantar g format,orang kedai 2 telah menjahanamkan laptop saya..dia bukannye membaiki tetapi die telah menyalah gunakan kuasa yg die ade..Tak guna betol..baik bakar je kedai tu la…
 11hb Jun 2010, abg aku yang 1st kawen kat Terengganu..nak wat kenduri kat umah aku,ntah bile la pulak..
 7hb Julai 2010, saya telah berhenti keje dari Pasti Al- Hazim..Oh..pengalaman yang tidak sekali-kali aku lupakan..bersama-sama kanak2 yang telah mengajar aku erti menepati masa..hahaha..selalu je dating lambat ke tadika..mereka juga telah mengajar ku erti kesabaran..besabar giler ngn perangai 24 orang budak..nak dikatakan,bnyak yg aku dapat dari tadika tu…
 10 Jun 2010..Bangun pagi-pagi nak siap2 balek UNISZA ( Universiti Sultan Zainal Abidin )..Bas pukul 10.30 pagi..Lepas solat subuh,aku turun bawah,ingt nak kemas2 barang2 dan simpan laptop dalam beg..Aku turun bwah,tengok laptop,hp ayah aku and duit aku dalam dompet hilang…Barua la punye pencuri tu..punye la aku excited nka rase duit gaji aku,tengok2 dah hilang..Tekejut ala2 dapat result SPM straight A je..giler la punyer tekejut..memang x sangke giler Yang paling-paling menyedihkan bile aku tengok betul-betul barang yang xder.rupenyer beg Adidas kesayangan aku pon di sebat..Aku sedih giler la..Beg tu punyela aku sygmcm aku syg ank sendiri,tengok2 dah hilang..Hampeh betolla penyamun tu..Skang ni nak on9 dah kene pinjam laptop mebmber2..dah tu,agak2 dah malu pinjam laptop dorang,aku g makmal computer..ntah sampai bie nak macm nie..assigment dah start melabak cam Gunung Kinabalu..Spe la yang sudi belikan laptop kat aku..hahaha..perasaan..Mimpi la kau Ain..!!!

So,daripada ape yang berlaku, aku tawu pasti ade hikmahnye..walaupun deep in my heart, aku memg la terase bengang bile barang yang kite sayang diambil orang..Kalo di ambil Tuhan tu aku x kesah la,memang redha je la..Kalau la si perompak,pencopet,penyamun,pencurik,penjenayah,maling dan segala- gala perkataan yang ade kat die la…aku harap la sangt2,die jaga la beg yg die hambik tu baek2..Mungkin da xder rezeki die nak bersama dengan aku lagi..huhuhu..yang lepas tu lepas la..Bak kate mak aku,redha je..REDHA..Segala yang berlaku pasti ade hikmahnye..mungkin lepas ni aku dapt laptop Apple ke..tetibe orang nak bagi aku duit rm 90 000 ke..kot-kot la ade orang tetibe nak bagi hadiah handbag mahal-mahal kat aku..mane la tawu kan..Allah nak gantikan barang yang hilang tu dengan barang yg lebih baek..kan..kan..??

Ape-ape pon moga happy je dengan entry yang sngt la x best ni sebb tulis ni dlm keadaan yang x best..almaklumlah,pinjam laptop orang..sedih je bunyi kan..hhihhihi!!

Bertemu di lain masa dan hari…aku doakan semoga yang membaca entry kali ini, sentiasa dirahmati Allah selau,sehat2 selalu dan ceria sokmo..
Assalamualaikum..~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...