Friday, 1 July 2011

PROBLEM's dan BUKU's.. =)


Assalamualaikum.. :)

Sejak akhir2 ni macam dah berlaku dalm hidup saya..Dan kadang2 selalu jugak saya persoalkan..Kenapa..?Kenapa..?Dan Kenapa...???..Tapi saya tahu, disebalik sesuatu yg berlaku ini, pasti ade hikmah dariNya..

Semalam, lepas dapat tamparan yg tak sakit sangat dari orang jauh tu, saya sangat2 bermuram durja dan sedih..huhu..Ayat kau~~..Dan selepas antata saya dan dia sudah tiada apa2 kaitan lagi tapi ikatan saudara Islam tu ade, saya masih berharap dia masih ingat kat saya lagi..Heheh...

Ok..malas nak ingat pasal perkara yg lepas..Sekarang ni, saya nak mulakan life yang baru..Semoga Allah berikan kekuatan..Amiin.. :)

Untuk merelease kan tension dan kesedihan,hehehe..saya dan kawan2 pegi la PC Fair kat TTC, K.Terengganu..Saya takde la beli laptop. printer,gadjet2 laen macam kawan2 lain..Cume saye sempat beli pendrive baru..( setiap sem kene beli yg baru...sebab mano poie ntah.. ).beli sticker Jawi..Haaa.Kire kuar duet jugak la kan walaupun barang tak beli mane pon..

Kebetulan, kat sekitar2 TTC tu, ada kedai jual buku2 Islamic..Dan entah kenape, saya tetibe tertarik untuk pegi kedai tu..Before ni, saya ni agak kedekut untk keluarkan duet untk beli buku, tapi kali ni ntah kenape..Mungkin sebab sye rase saya patot jadi matang dah..!Heheh.. :D

oK..Ni la buku yg sempat saye beli semalam...


Bace sinopsis buku ni best sangat2..!! Rase tak sabar nak bace isi dalamnye lagi..

Sempena bufday saya yg dah lepas lame sangat, kawan saya Siti Sarah hadiahkan sebuah buku juge kepada saye semalam..

Ni la buku nye..Hehe..Saya dah mula bace malam tadi..Buku bedtime story.. :)

Jarang orang bagi hadiahkan buku kepada saya, tapi sememangnye saye memg minat kat ape-ape buku nie..Kalau umur panjang, hari lahir saya tahun depan, u all semua boleh bagi saya hadiah buku..^^,

Suke..suke..suke.. =)

Ok..itu saje untuk entry kali ni..Hope u all enjoy reading this entry..Siape2 nak pinjam buku kat atas ni, boleh je..Meh2.!!
Last but not least, doakan saye diperkuatkan iman..Semoga apa yg telah berlaku ke atas saya, akan ada pengakhiran yg baek satu hari nanti..InsyaAllah..Amiin.. :)

p/s : Dah rajin taip2.! ^^.

Monday, 27 June 2011

KALAULAH ALLAH perkenankan SEMUA doa AKU..

Assalamualaikum.. :))

Eh.!Dah lame senyap, tetibe datang dengan post mcmi gini..Rase macam sesuatu yg superb dan rase yakin untuk buat entry maacam ini..hahahaha.. ;)

Anda suka berkalau-kalau? As in...

"Ish kalaulah aku belajar elok-elok dulu, kompem dah dapat sekoleship tu.."

atau

"Kenapalah aku tak couple ngan dia dulu tu. Kalau tak mesti dah jadi bini aku..."

atau pon

"Kalaulah aku tak drive macam orang gila dulu, mesti adik aku hidup lagi sekarang ni.. Wuwuwu.. TT__TT"

tak pon

"Kalau aku bagi sedekah ni kat dia ni, mesti dia pergi beli dadah.."

Mesti pernah kan..? Tipulah kalau anda kata anda tidak pernah berkalau-kalau.

Saya paling suka berkalau apabila saya rasa sesuatu outcome tu boleh jadi lebih baik sekiranya saya saya buat itu dan itu atau tidak buat itu dan ini. Contoh yang paling klasik sudah tentunya keputusan peperiksaan.

Dan ketika inilah Mesin Masa Doraemon menjadi watak utama dalam krisis hidup saya itu. Alangkah seronoknya dan bestnya kalau saya boleh kembali ke masa lalu dan mengubah perkara-perkara yang saya tidak ingini daripada berlaku! Kalau lagi.

Tetapi anda tahu tak yang sifat berkalau-kalau ini adalah suatu sifat atau perangai yang bukan sahaja tidak senonoh, malah boleh membahayakan aqidah anda..? Betul tu, aqidah anda dalam bahaya sekiranya anda berasal daripada spesies yang suka berkalau-kalau ini.
Hakikatnya, sifat berkalau-kalau ini mengundang kepada terjejasnya iman kita kepada kekuasaan Allah dan qada' dan qadar itu sendiri. Bukankah rukun iman yang pertama dan terakhir merujuk kepada keyakinan kita kepada Allah, juga kepada perancanganNya serta pelaksanaan kepada perancanganNya itu..?

Yalah, kalau kita sibuk nak berkalau itu dan ini, "Kalaulah aku tak lempang dia dulu...", "Kalaulah aku pergi beli roti canai dulu tadi...", "Kalaulah aku cepat sikit je tadi...", "Kalaulah aku ini dan itu...", apa maknanya semua itu? Bukankah bermaksud kita tidak yakin dengan ketentuan Allah..? Nau'dzubillah... *geleng-geleng kepala*

Lebih teruk lagi apabila kita berkalau-kalau ni, maknanya kita su'udzan dengan Allah. Kita berprasangka buruk dengan Allah. Ya Allah..

Bahaya woo kalau hati kita mula disemaikan dengan keraguan terhadap Allah ni. Yela, memanglah kita tak maksudkannya. Tapi kalau dah jadi satu kebiasaan, apabila kita sudah terlalu gemar berkalau-kalau, dikhuatiri keraguan kita terhadap kekuasaan dan kebijaksanaan Allah akan mula meresap ke dalam hati kita.
"...Jika terjadi sesuatu kepadamu, jangan katakan, 'Kalau aku berbuat, maka terjadi ini dan itu.' Tapi katakan, 'Allah telah menakdirkan. Apa sahaja yang dia kehendaki, maka Dia kerjakan.' Kerana kata 'kalau' itu membuka ruang kepada amal Syaitan."
Memang syaitonirojim ni sentiasa je menanti-nanti peluang untuk membisikkan keraguan ke dalam hati kita. Sebab berputik daripada keraguanlah,syaitan akan menyuntik pula keyakinan; keyakinan yang Allah tidak berkuasa, keyakinan yang Allah tidak mengetahui apa yang terbaik untuk kita, keyakinan yang usaha dan doa kita sia-sia sahaja.. Astaghfirullahal adzim.. Dan apabila syaitan sudah berjaya menyemai keyakinan di dalam hati kita yang Allah bukanlah Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, maka syaitan sudah berjaya menyesatkan kita. Nau'dzubillahi min zalik.

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..."
(Ar-Raad, 13:11)

Maka apabila sesuatu musibah atau perkara-perkara yang kurang enak berlaku kepada kita, menjadi tanggungjawab dan tugas kita sebenarnya untuk mencari hikmah yang tersembunyi. Satunya, yelah, untuk menyedapkan hati. Keduanya, orang yang rugi dan bodoh adalah orang yang tidak belajar daripada kesilapan dan kegagalannya.


Bangunlah selepas jatuh. Teruskan melangkah. Dan sekiranya anda jatuh sekali lagi, jangan sekali-kali berputus asa. Bangun, sapu pasir dan habuk pada badan anda, dan teruskan lagi melangkah. After all, failure is the best teacher for success eh..? ;)


p/s :masalah memg betul2 mematangkan kite.. :)
:kejap tuka aku..kejap tuka saye..lagi best SAYE.!Hehe..


Wednesday, 4 May 2011

: " Allah..ampunkan dosaku.." :

Bila diri ni dah nekad untuk istiqamahkan sesuatu, macam-macam halangan yang muncul..Lebih-lebih lagi bila kita dah nekad untuk istiqamah dari tidak melakukan perkara-perkara yang batil..

Aku tengah cakap pasal diri aku sekarang..!

Yes..!!Iman manusia.kejap naik..Kejap turun..Tak tentu..Kadang2 kita boleh jadik baik macam malaikat..Kadang2 kita boleh jadi jahat lebih teruk dari iblis..Aku..kau..kita..semuanya manusia..Allah ciptakan ada nafsu..ada iman.So, nak salahkan sape dalam hal ni, if bila kita dah nekad untuk tidak melakukan perkara yg kita dah promise dengan diri sendiri dan lebih2 lagi bile kita dah janji dengan Allah, Pemilik Alam ni..
Adakah kita nak salahkan Tuhan sebab ciptakan manusia ni ade yg banyak iman, and ade certain orang ni banyak nafsu..Ke nak salahkan mak ayah yg tak bagi didikan yg sempurna..Nak salahkan kawan2 sebab bawak diri ke jalan yg salah..?Salahkan pemimpin yg salah memimpin rakyatnye..Ermm...Asyik salahkan orang je..Bile pulak kite nak salahkan diri kite..Diri yang banyak kali buat silap ni.... Kadang-kadang aku tak sedar yg diri dah tersungkur dari jalan yg dah janji untuk takkan kembali kat jalan tu...Tengok-tengok..sedar-sedar... diri aku dah ade kat jalan yang salah..

Tapi....

selagi diri ini masih bernyawa...
selagi diri masih diberi kesempatan untuk bertaubat dan memohon keampunan...
selagi diri ini masih mempunyai sifat kehambaan pada Rabbnya...

selagi diri ini masih sedar dosa yg dia lakukan itu DOSA...
selagi pintu taubat masih Allah buka seluas2nya.....
selagi malaikat Izrail tak datang menjemput....

Aku selalu berdoa supaya Allah ampunkan segala dosa aku tak kira aku lakukan secara sengaja atau tidak sengaja..Semoga Allah pelihara setiap langkah2 aku..Sebanyak mana ilmu agama yg dah aku belajar, aku still insan yg hina dan kerdil disisiNya.



"Ya Allah, sekiranya segala apa yg Kau berikan padaku ini hanya ujian untuk menguji ketaqwaan dan keimanan ku kepadaMu, aku mohon Ya Allah..Kau berilah jalan pengakhiran yang baik dan sempurna bagi semua ini..Sungguh aku tak sanggup lagi Ya Allah..Aku seolah2 mempermainkan ilmu Mu yg telah aku pelajari selama ini..Ya Rahman, tuntunlah hati ini hanya kepadaMu saja..Hanya Kau Yang Maha Mengetahui....Amiin Ya Roob.."

Tuesday, 5 April 2011

: Kenapa Pelajar U tak LULUS peperiksaan AKHIR..?? :

Assalamua'alaikum.. :)

Disebabkan final exam dah nak tiba tak lama lagi, sye dengan suka dan riangnye nak bagi tawu korang, alasan yg patot korang bagi sekirang korang gagal dalam exam korang nanti...hahah... :D
( gelak keji!! )

Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian,
Sebab bagaimana nak lulus, NAK BELAJAR PON TAK SEMPAT…


Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik.
… JOM kita kira!

Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat. Baki tinggal 313 hari.

Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb… Baki tinggal 283 hari.

Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.

Baki tinggal 223.
Tidur yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur. Baki tinggal 103 hari.

Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun. Baki tinggal 95 hari.

Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari. Baki hari tinggal 80.

Makan
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari. Baki tinggal 65 hari.

Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi. Baki tinggal 50 hari.

Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira. Baki tinggal 45 hari.

Exam Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam. Baki tinggal 21 hari.

Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun. Baki tinggal 16 hari.

Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan blog isuhangat . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.

Jadi baki tinggal 1 hari.
Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!! Mana boleh belajar! hohoho!


*sekadar santai2..heheh.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...