Sunday, 22 January 2012

I'm Sorry,Now I'm Walking Away.

Assalamua'alaikum..

Hari ni tiba-tiba ada mood nak tulis blog..Padahal rasa masa macam tak sesuai je nak tulis kat blog, tapi kali ni,biarlah..Rasa nak mencoretkan sesuatu..Sesuatu yang saya rasa kalau simpan, rasa macam sakit sangat hati ni..

Sekarang ni, tengah nak ambil masa nak lupakan sesorang.Memang betul, time kite susah lah kita nak ingat Allah. T__T. Macam Allah tu ade time susah je, walhal Allah ade tiap masa, tiap tempat dan lebih dekat dari urat leher kita sendiri.Kita akan perasan semua tu bila kita rasa kita sangat-sangat memerlukan Dia kan..?

...So, i just wanna share to all of you..Cara ni, bile sedikit sebanyak saya share, mungkin boleh tingkatkan semangat saya nak lupakan dia juga. Takkan saya nak suruh orang lain buat, tapi diri sendiri tak buat-buat pulak.

1. Back to Allah.
Rindukan saat-saat beribadah dan mengadu pada Allah. He knows the best of you.Mungkin sebelum kecintaan kita kepada Dia tak cukup banyak dan berbillion-billion menandingi orang yg kita sayang itu.Bersyukrlah, Allah masih menyayangi kita, dan mahu kita kembali kepadaNya.

2. Reciting Al-Quran & Zikr
Selalu rajin baca Al-Quran, atleast 2@3 muka surat sehari.Tak kira kita sesibuk mana pun jangan tinggalkan bacaan itu.Lebih baik dan power nye bila kalian baca sekali terjemahannya sekali.Baca dan tadabbur lah Al-Quran yg kita baca tu, biar meresap dan menjalar kedalam jiwa kita makna setiap ayat-ayat itu.

3. Motivate urself.
Fikir positif, apa yang terjadi ada hikmah dari Allah.Jangan ambil masa sedih terlalu lama. Kita hamba Allah, takkan lari daripada masalah dan ujian dariNya. Face the faith is better than melawan takdir Allah.

4. Berkawan lebih baik daripada berkasih.
Berkawan lah dengan sesiapa pun.Dan kawal lah cara kita berkawan tu.Hilangkan rasa sedih dihati dengan sibukkan diri dengan kawan-kawan.Penting!!!Elakkan untuk ceritakan,megadu masalah yg kita hadapi, tak kira la apa-apa masalah pun elakkanlah meluahkan pada kawan lelaki, if awak perempuan la.Mula-mula simpati as fren,pastu terbabasss...

5. Relax dan cool. Walaupun pura-pura.
Jangan terlalu meratapi.Menganggap bahawa dunia dah kiamat, dan esok dah tamat jika dia tiada disisi.Life must go on.Kalau kita rasa macam tu pun, pura-puralah kita masih ok.Jangan tunjuk kat dunia yang kita kalah dengan cinta yg tak berkesampaian.

6. Memaafkan.
Memang agak susah nak buat, tapi memaafkan adalah perkara yg perlu dan patut kita buat bila semuanya dah berakhir.Ye, maafkan lah dia.!Hati pun insyaAllah, Allah akan penuhkan dengan ketenangan.
7. Berdoalah.
Berdoa supaya kita dipertemuakan dngan insan yang lebih baik yang mampu membimbing kita ke JannahNya. Jika tidak didunia, InsyaAllah di Syurga kelak.Perbaiki lah diri kita untuk dapat yg lebih baik.

Rasenya, cukup dan hanya ini yang saya mampu kongsikan dengan kalian semua.Perkongsian ini sedikit sebanyak untuk diri saya jugak yang tengah sedih ni.T__T. Kalau ada cara yang lain, boleh kongsi dengan saya dan kawan-kawan diluar sana. :) Mohon doa kalian doakan untuk saya supaya dapat yg terbaik.

`Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya . Ia mendapat pahala dari (kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya . (Mereka berdoa) , `Ya Tuhan kami , janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau khilaf ' .(Al-Baqarah , 284-286 )


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( Al-Baqarah 2: 216)

"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" (Al-Raad : 2).

Wednesday, 11 January 2012

Belog ini....Hmm...


Assalamua'laikum.w.b.t

Memang jarang sangat update belog..Sangat-sangat jarang. Mungkin sebab bizi, mungkin jugak sebab tak tahu nak tulis apa kat belog ini.Mungkin!

Ok..Entry ni saja nak isi masa lapang dan berbangga diri kepada diri sendiri sebab akhirnya untuk tahun ini adelah jugak update belog. :DD

So, just nak testing.Ada ke orang baca belog ini...Tak pun, ade ke orang singgah kejap, mengata-ngata sebab belog ni tak begerak-grak langsung entry nye, kalau bukak cerita yang dah basi & busuk je..Huhuhu..I admit it.! Memang belog ini macam hidup segan mati tak mo..

So, siapa-siapa yang terbukak belog ni, sila la komen siket ke..Like siket ke..Tegur-tegur siket ke..Mana tahu, dengan sokongan padu kalian, akan membuatkn diri ini rajin untuk menulis di belog.InsyaAllah. :)

Tenkiu So much Dear..Syukran..Terima Kasih..Arigato..Nandrek..Toche2...Sebab sudi tengok belog ini.. (^^)Y

i miss my mum so much.!

May Allah Bless All of You.

Wednesday, 21 December 2011

Kalau Sambung Belajar di Jordan pun Bagus juga. :)


Assalamu'alaikum. :)

Dah lama tak tulis kat belog. Rindu.!

Alhamdulillah, setelah solat Istikharah, saya dah dapat petunjuk.

Bukan pasal nak pilih calon suami.

Saya dah buat keputusan, untuk mohon sambung belajar ke Jordan.

Mohon je, belom tentu dapat lagi.Dapat atau tak, belakang cerita.

Mohon doa kalian untuk permudahkan segala urusan saya dan rakan-rakan. Diberi kekuatan hati untuk tsabat memilih jalan ini. :)



Ambik fell dulu. :)

Tuesday, 1 November 2011

Ya, saya lah manusia berhati binatang itu.

Assalamualaikum..

Bertemulah kita setelah sekian lama saya menyepikan diri.
Sekarang cuti Semester 5. Lagi wahid sem je nak habes..Freedom..Ohh Yeaahh!!!~~
Huhuhu..belagak macam nak habes PhD..Padahal baru diploma je. :p

Nak perabih kan diploma pun bukan senang..Kene submit Tesis bagai la..Alhamdulillah.perjalanan tesis dah mula bergerak.Diharap supaya tidak terkandas dan semoga segala halangan-halangan untuk membuat dan menyiapkan tesis itu berjalan dengan selamat dan lancar.InsyaAllah. :)

Hari itu, hari Sabtu bersamaan 29 hb Oktober 2011.. Saya dari Seremban naek KTM sorang2 pergi ke KL Sentral.Nak pergi UIA.Kat KL Sentral baru la jumpa kawan. Mahirah.Then, pegi UIA, jumpe Sarah.Carik bahan-bahan tesis,bincang-bincang kejap.Lepas tu balek.Haa..time tu sempat jumpe Maisarah dan Malihah.Kawan lama tiime sekolah dolu-dolu. Best.! ;)

Hati-hati dengan hati.
HATI BINATANG.
Masa nak balik ke Seremban, korang mesti tahu keadaan train kat KL Sentral macam mana.Dan-dan time tu pkol 5.Memang ramai crazy la orang kat situ menunggu. Saya time tu satu orang diri saja.Excited punya pasal, saya pegi tunggu depan sekali.Konon nak masuk train awal.
Train datang..Saya terus masuk.Dan sepatutnya saya kena la bagi orang yang kat dalam train tu keluar dulu dan kemudian barulah saya masuk.Tapi saya memang berhati binatang time tu.Saya terus masuk buat muka bodoh dan bodoh. Dah la masa saya masuk tu, ada bro yg berkerusi roda yg nak keluar.Tapi saya tak kira.Maen jalan je, bukan nak tolong dia atau bagi laluan untuk dia keluar dulu.
Saya dapat tempat duduk.Hati tak lega lagi.Memang rasa serba salah sangat dengan bro tu.Sepanjang jalan hati saya tak tenang.

HATI BINATANG II

Sampai Seremban.Turun train pun,memang ramai orang.Masa nak turun tu, disebabkan terlampau ramai orang, ada seorang makcik ini jatuh depan saya. Sekali lagi, saya berhati binatang.Tengok.Blah. Takde seorang pun yang nak tolong makcik tu, dan makcik tu sedaya upaya tolong angkat dirinya sendiri.

Saya mengaku, saya lah orangnya yang tak tolong bro dan makcik itu..Yaa!! Sayalah orangnya.Saya bukan tak mampu, tapi saya sengaja tak nak tolong mereka.!Saya hanya mementingkan diri sendiri.Sebab saya tahu kalian bukan saudara saya.Saya tak kenal siapa kalian.Saya tahu saya ada kudrat yg lebih dari kalian.Saya berlagak.Saya sombong.

Maafkan saya abang dan makcik.Sampai sekarang hati saya masih tak tenang, bila memikirkan tindakan saya yg tidak membantu kalian berdua.Kesal.Sedih.Ya.Saya patut dapat balasan dan hukuman dari Allah.Saya tak bantu kalian bila kalian dalam kesusahan.Kalaulah saya mampu putarkan masa itu....Allah.... =(

Ampunkan aku Ya Allah.

patutkah saya jadi seperti mereka ini..??


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...