Monday, 23 January 2012

iPad, Laksa & Sebuah Perkenalan.

Assalamua'alaikum w.b.t.

Hari ni, cuti CNY.Semalam Ummi ajak datang rumah dia, masak-masak sambil sembang-sembang.So, petang semalam saya, Atiqah, Sara, Amira, ikut Ummi ke Pasar Batu 6..Beli bahan-bahan nak masak laksa keesokan harinya (hari ini).

Sebelum tu,saya ceritakanlah perkenalan saya dengan Ummi ni.One day, saya dan member2 pegi 'Hi-Tea Bersama Adam Adli' dekat rumahduduk #homestay kawan course kami. Nak dikatakan, tak ramai pun datang time tu, lagi-lagi budak U.Paham-paham sendiri la.Member yg lain dah takut kena sembur gas pemidih ape ke nanti. Kelakau betol.Jadi, yang datang pun, ramai makcik-makcik, pakcik-pakcik yg dah berumur ni. Kami yg perempuan sajalah rasanya yg dari golongan remaja.Lelaki2 baya-baya kami ramai la jugak yg attend. So, dalam makcik2 ni, saya dan kawan lain tertarik sangat dengan makcik ni sebab dia bawak iPad time tu.Kitorang very excited la, tgok orang tua mcam Ummi ni pegang iPad..Gayat sioot...

Adam Adli & Safwan Anang bersama makcik2.

Then,kitorang kenal-kenal tukar no. tel dengan Ummi.Dia sangat la sporting dan jenis yg friendly..Siap ajak jemput datang rumah lagi, sebab rumah die dekat je dengan area-area U tu.

Hari ni, saya dan 4 orang member yg lain, pergilah rumah dia..Bahan-bahan semua dah beli semalam, so nak masak-masak pulak hari ni.Mula-mula agak kekok la jugak tetibe je nak masak kat rumah orang bagai..Kat rumah sendiri pun tak pernah,#jarang nak masak, tapi kalau tolong-tolong tu memang boleh sangat. Nak kate, kawan-kawan yg 4 orang yg lain ni pun fail jugak dalam memasak. Seriusly, saya blurrr time tu, tapi dah semua dok duduk kopek #kupas kulit soya (kitorang buat air soya jugak) masa tu, so i started buat kuah laksa tu.

Bajet hebat la time tu buat kan..Masa tu jugakla, pegi search google cara nak buat laksa. =.='
1st time pegang iPad.haha..punye la jakun kaww...

Main belasah je masak..Main ikot je ape yang die suruh dalam resipi tu.Rasa nak buang balek je apa yang dah masak tu sebab memang tak pandai masak.Wuwuwu.. T__T

Finally, jadik la jugak laksa tu..Rupa kuah laksa ada dah, cume rasa die..Wallahua'alam. Mulut orang memang la kate sedap, (member jage hati member ) hakikatnya, rasa apa pun tak tahu.Maafla, tak upload gambar, lagipun bukan sedap. :p

The point is : as a women yg bakal meningkat dewasa,(ayat tak menahan) memang patut belajar memasak.Malu sangaaattt kalo tak pandai masak.Rase useless la kalau fail dalam masak ni.
Amyra & Atiqah & me!

So, will try the best next time.InsyaAllah.

1st time masak kuah laksa.
1st time pegang iPad.

**harap korang perasan yg tu..hahaha..


Sunday, 22 January 2012

I'm Sorry,Now I'm Walking Away.

Assalamua'alaikum..

Hari ni tiba-tiba ada mood nak tulis blog..Padahal rasa masa macam tak sesuai je nak tulis kat blog, tapi kali ni,biarlah..Rasa nak mencoretkan sesuatu..Sesuatu yang saya rasa kalau simpan, rasa macam sakit sangat hati ni..

Sekarang ni, tengah nak ambil masa nak lupakan sesorang.Memang betul, time kite susah lah kita nak ingat Allah. T__T. Macam Allah tu ade time susah je, walhal Allah ade tiap masa, tiap tempat dan lebih dekat dari urat leher kita sendiri.Kita akan perasan semua tu bila kita rasa kita sangat-sangat memerlukan Dia kan..?

...So, i just wanna share to all of you..Cara ni, bile sedikit sebanyak saya share, mungkin boleh tingkatkan semangat saya nak lupakan dia juga. Takkan saya nak suruh orang lain buat, tapi diri sendiri tak buat-buat pulak.

1. Back to Allah.
Rindukan saat-saat beribadah dan mengadu pada Allah. He knows the best of you.Mungkin sebelum kecintaan kita kepada Dia tak cukup banyak dan berbillion-billion menandingi orang yg kita sayang itu.Bersyukrlah, Allah masih menyayangi kita, dan mahu kita kembali kepadaNya.

2. Reciting Al-Quran & Zikr
Selalu rajin baca Al-Quran, atleast 2@3 muka surat sehari.Tak kira kita sesibuk mana pun jangan tinggalkan bacaan itu.Lebih baik dan power nye bila kalian baca sekali terjemahannya sekali.Baca dan tadabbur lah Al-Quran yg kita baca tu, biar meresap dan menjalar kedalam jiwa kita makna setiap ayat-ayat itu.

3. Motivate urself.
Fikir positif, apa yang terjadi ada hikmah dari Allah.Jangan ambil masa sedih terlalu lama. Kita hamba Allah, takkan lari daripada masalah dan ujian dariNya. Face the faith is better than melawan takdir Allah.

4. Berkawan lebih baik daripada berkasih.
Berkawan lah dengan sesiapa pun.Dan kawal lah cara kita berkawan tu.Hilangkan rasa sedih dihati dengan sibukkan diri dengan kawan-kawan.Penting!!!Elakkan untuk ceritakan,megadu masalah yg kita hadapi, tak kira la apa-apa masalah pun elakkanlah meluahkan pada kawan lelaki, if awak perempuan la.Mula-mula simpati as fren,pastu terbabasss...

5. Relax dan cool. Walaupun pura-pura.
Jangan terlalu meratapi.Menganggap bahawa dunia dah kiamat, dan esok dah tamat jika dia tiada disisi.Life must go on.Kalau kita rasa macam tu pun, pura-puralah kita masih ok.Jangan tunjuk kat dunia yang kita kalah dengan cinta yg tak berkesampaian.

6. Memaafkan.
Memang agak susah nak buat, tapi memaafkan adalah perkara yg perlu dan patut kita buat bila semuanya dah berakhir.Ye, maafkan lah dia.!Hati pun insyaAllah, Allah akan penuhkan dengan ketenangan.
7. Berdoalah.
Berdoa supaya kita dipertemuakan dngan insan yang lebih baik yang mampu membimbing kita ke JannahNya. Jika tidak didunia, InsyaAllah di Syurga kelak.Perbaiki lah diri kita untuk dapat yg lebih baik.

Rasenya, cukup dan hanya ini yang saya mampu kongsikan dengan kalian semua.Perkongsian ini sedikit sebanyak untuk diri saya jugak yang tengah sedih ni.T__T. Kalau ada cara yang lain, boleh kongsi dengan saya dan kawan-kawan diluar sana. :) Mohon doa kalian doakan untuk saya supaya dapat yg terbaik.

`Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya . Ia mendapat pahala dari (kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya . (Mereka berdoa) , `Ya Tuhan kami , janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau khilaf ' .(Al-Baqarah , 284-286 )


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( Al-Baqarah 2: 216)

"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" (Al-Raad : 2).

Wednesday, 11 January 2012

Belog ini....Hmm...


Assalamua'laikum.w.b.t

Memang jarang sangat update belog..Sangat-sangat jarang. Mungkin sebab bizi, mungkin jugak sebab tak tahu nak tulis apa kat belog ini.Mungkin!

Ok..Entry ni saja nak isi masa lapang dan berbangga diri kepada diri sendiri sebab akhirnya untuk tahun ini adelah jugak update belog. :DD

So, just nak testing.Ada ke orang baca belog ini...Tak pun, ade ke orang singgah kejap, mengata-ngata sebab belog ni tak begerak-grak langsung entry nye, kalau bukak cerita yang dah basi & busuk je..Huhuhu..I admit it.! Memang belog ini macam hidup segan mati tak mo..

So, siapa-siapa yang terbukak belog ni, sila la komen siket ke..Like siket ke..Tegur-tegur siket ke..Mana tahu, dengan sokongan padu kalian, akan membuatkn diri ini rajin untuk menulis di belog.InsyaAllah. :)

Tenkiu So much Dear..Syukran..Terima Kasih..Arigato..Nandrek..Toche2...Sebab sudi tengok belog ini.. (^^)Y

i miss my mum so much.!

May Allah Bless All of You.

Wednesday, 21 December 2011

Kalau Sambung Belajar di Jordan pun Bagus juga. :)


Assalamu'alaikum. :)

Dah lama tak tulis kat belog. Rindu.!

Alhamdulillah, setelah solat Istikharah, saya dah dapat petunjuk.

Bukan pasal nak pilih calon suami.

Saya dah buat keputusan, untuk mohon sambung belajar ke Jordan.

Mohon je, belom tentu dapat lagi.Dapat atau tak, belakang cerita.

Mohon doa kalian untuk permudahkan segala urusan saya dan rakan-rakan. Diberi kekuatan hati untuk tsabat memilih jalan ini. :)



Ambik fell dulu. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...