Saturday, 27 July 2013

Ramadhan : sembilanbelas

Assalamu'laikum w.b.t.

 Agak lama dah menyepi dari tulis belog kesayangan ni. Dengan sebab-sebab yang saja buat-buat tidak dapat dielakkan, aku tak menulis lagi hampir 4 bulan.

Today, dah Ramadhan ke 19. Alhamdulillah. Syukur. Masih puasa penuh. Masih merasa nikmat sahur dan berbuka. Masih diberi peluang berbuka dan bersahur dengan keluarga yang terchenta. Masih dapat berterawih berjemaah,penuh cuma ada 2kali je syahid a'la sarirr.. kehkehkeh...Lemah iman betol.Ohh.. Cuma bazar Ramadhan, memang tak pernah jejak lagi buat masa ni.Kira record simpanan tertinggi buat masa ni. Hehehe.

Segala persiapan raya memang tak buat apa-apa pun lagi. Kuih raya, baju raya, langsir raya, rumah raya, tudung raya dan ape-ape je yang raya.. Sume tak de apa. Rasa macam malam raya baru ingat nak beli semua tu. Terasa macam sedih pulak nak tinggalkan Ramdhan kali ini. Mungkinkah Ramadhan akan bertamu lagi untuk tahun hadapan, atau mungkin jugak adakah aku berpeluang untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang. 

Sungguh, aku berharap dapat menghabiskan puasa kali ini dengan cemerlang. ( walaupun rasa memang takkan berjaya ). Last but not least, Semoga setiap bisikan, lintasan hati dan doa-doa kita diterima Allah. Doakan perkara yang baik-baik. InsyaAllah, Allah mendengar dan makbulkan. Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia.  :)

10 malam terakhir.
Dalam doa aku meraih
Aku berharap dapat bertemumu wahai LailatulQadar
Semoga Allah mempertemukan aku dengan mu
Aku rindu tuhanku.
Aku rindu rasulku.
Semoga dapat bersua
Hajat yang besar diperkenankan
Ingin bersama dengan yang tercinta
Meluah segala rasa yang lama tersimpan
Mencerita kisah demi kisah
Mencari tuhan yang sebenar
Menuju jalan hidayah
Kabulkan.Kabulkan.Kabulkan.
Mustajabkanlah.
Benar-benar dari lubuk hati yang dalam
Dari diri hamba yang hina
Meraih cinta dan keampunan tuhannya.


AinulHusna
12:26pm
28072013
Taman Alamanda, Senawang.



Wednesday, 3 April 2013

#quote ke??


Ketika aku mengharapkan  sedikit perhatian, kau mula menjauh.
Ketika aku perlukan sesorang sebagai teman, kau membuka langkah.
Sedang aku dalam keresahan, kau hilang sepi.
Sedang aku takut dalam kegelapan, kau tiba-tiba menjarakkan diri.
Aku sedar, aku bukan teman yang sempurna.
Bukan juga teman yang bisa tahu segalanya.
Aku sedar, aku tidak lengkap segala seperti yang kau pinta.
Aku bukanlah seperti yang kau idamkan
Aku cuba insan biasa
Penuh dosa, penuh titik hitam di dada
Izinkan diri ini, menjadi temanmu untuk sekali lagi
Maafkan segala salah dan silap
Agar kau mengerti, niat ikhlas di hati ini

*ENTRY yg xda kena mengena dgn yg hidup dan yg mati. Sekadar suka-suki. :p
ainulhusna
18:59pm
03042013
blok H, UniSZA

Saturday, 30 March 2013

Minggu Kawan-Kawan

Assalamu'laikum.

Selasa. 26 Mac.2012
Perjalanan ke Besut, Terengganu. Hampir 1 jam setengah. Menuju ke walimah seorang kawan kelas sejak Diploma dan hingga la ijazah sekarang.. Linda dan Zaki. Zaki ni senior aku dulu masa diploma dulu. Tak sempat pulak nak korek rahsia percintaan depa macam mana.Bercinta dengan senior sendiri.? Err..  boleh ke?? :p Depa buat kenduri hari Selasa. Time ade kuliah.So kawan2 time diploma ramai jugak yg tak dapat datang.. Aku kawen nanti nak hari Isnin la. Boleh tak.? ( sila jawab yg berkenaan.. )

Kitorang pergi dengan 4 buah kereta. 1st time kot aku drive keta jauh macam tu. Padahal tak ah jauh sangat pon. Dalam sejam setengah perjalanan tu. Tapi cuak pon ada jugk,dan kena jugak la buat-buat berani. Hehe. Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat sampai . :)

               antara  kawan3 diploma yg sambung degree UniSZA.

comel sangat pasangan pengantin ni.

kawan2 kelas Ijazah sekarang. :)

singgah di Pantai LUPE NAMANYA APA

Sampai UnisZA pukul 6.30petg. Malam tu ada class pulak. Kelas Ilmu Wahyu Dan Sains. Penat + stress+ ngntuk+ letih.... Kuat kan diri jugak pergi ke kelas. =.='

...........................................

Semoga perkahwinan yg dibina ini mendapat redhaNya dan Allah berkati. Mendoakan agar pasangan menjadi suami dan isteri yang soleh dan solehah serta saling lengkap melengkapi. Semoga hubungan yg dibina ini bahgia hingga ke syurgaNya, dengan izinNya, : )

JUMAAT. 29. MAC 2013 ( Pagi)

Perjalanan ke Cherating, Pahang. Perjalanan yang sepatutnya boleh mengambil masa 3 jam dari K.Terengganu telah jadi 4 jam. Konon nak jimat la... cepat laa... kitorang ikot jalan highway yg baru siap. Hahaha.. macam - macam cabaran dan rintangan perlu dilalui untuk sampai ke destinasi. Walimah abang kepada classmate.  Kitorang sampai dalam pukul 12.30 t.hari, time tu tak ramai orang sangat pun, sebab hari Jumaat kan. So, sampai2, jumpa mak Sofea, then kitrorang makan dengan lahapnye. lapau tak hengat kaw. Kawan aku cakap walimah kali ni ala2 macam cite 7 Petala Cinta. Hahaha. Sebab time kitorang sampai tu, bapak ramai giler orang laki pakai jubah dan serban putih ada. Ingat salah masuk lorong. :p

Tomey2 depa semua  ni... :D

Sodap boto makanan kek umah sofea tu. Walimah pon simple dan sangat bersederhana. Tetibe nak plan wedding aku nanti cam ne..eerr....??? ok, sambung terus......Tak lama pon kat umah Sofea, kitorang pegi pantai Cherating. Dokek bona pantai tu ngn rumah Sofea. So kami pun pi la sat pantai Cherating tu walaupun time tu panaih kooott..... 

air kat pantai itu sungguh jernih nampaq ikan di dasar lautan itu. >.<

Siapakah.. ?? -.-'''

Cakkkkk!!!! Kenal tak makhluk comel ni..???? ( muntah la !)

(Malam)

Ber BBQ dengan ex-diploma AQSA di Homestay milik keluarga Sumayyah. Walaupun penat, aku mai jugak la, sebab dah bayaq , satu lagi sebab nak jumpa kawan-kawan kat sana.Padahal yg ada tu dorang yg sambung degree kat UniSZA jugak. Hheheh..Tak pa.. Jumpa depa semua rasa syok sangat. Dapat sembang2, sebab sekanrg masing2 dah laen kos. So, yang mai tu adelah dalam 21 orang....

Muke semua muke letih. Letihhh..!!!!

Aku larangan diri aku daripada menyibuk di situ., :P bakaq3!

Saem2 laki.. :)

Alhamdulillah. Segalanya telah sempurna. Dapt puaskan hati semua orang dan harrap semuanya yg dilakukan dapat redha dariNya.  Ade satu je lagi yg tak settle. Assigment! Ade sape nak tolong.??

 Ok, tak de. 

Cukup lah sampai sini, hari esok2 InsyaAllah makcik menulis lagi. Semoga bermanafaat dan enjoy dis hupdate. :)


*bergelumbang dengan asigment dan test sebelum cuti midsem minggu depan. Semoga terus diberi kekuatan olehNya. tATA. :)


ainulHusna
30032013
18:44
Blok H, Unisza






Friday, 22 March 2013

#2 Ceritera Di Hari Jumaat

Assalamu'laikum sahabat-sahabat di seantero dunia.. :P

Hari ni, aku pergi pogram bawah Persatuan Dakwah (PERSADA) UniSZA. Saje nak luangkan masa waktu cuti. Luang kan la sangat. Padahal melambak assigment aku tinggalkan. Dengan hafazan untuk minggu depan aku tak mula lagi. Adeehh..~ Rasa terhempap dengan batu besar kejap.. Sakit.!

Pogram yang aku join tu, mula-mula ingt pergi umah anak2 Yatim. Aku dah bersemangat nak pergi dah, tapi ghupe2nya bila dengar taklimat malam semalam, depa kata Pogram tu kat adalah pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Pogram dengan anak yatim tu mungkin lepas mid sem nanti. Lepas dengar macam tu, terus aku rasa taknak pegi sebab ........ sebab kenapa eh? Mungkin sebab aku dapat tahu pogram tu jugak bawah pogram IM4U.Hahaha. Malam tu dapat baju IM4U, roomate aku memang perli gila2. Mane taknya, dalam bilik tak habes cite pasal politik, sekali join pogram IM4U. Ok, memang kelakar la sangat. Hahaha. Aku dah nekad dah malam tu, semenjak aku pegang baju yang aku dapat, yang aku takkan, abadan abada, never taknak pakai baju tu esok masa join pogram. 


Dipendekkan cerita, Tempat pogram tu kat Ajil, Hulu Terengganu, lebih kurang sejam lebih jugak la nak sampai tu.  Masuk je dalam bus,pakai earphone terus tido. Bangun-bangun je tengok dah sampai. Macam pintu doremon pon ade. Kejap pulak.  Sampai sana, apa yang aku gambar kan tak sama yang aku nampak depan mata aku masa tu. Mana taknya, masa taklimat malam tu kata tempat tu tempat pemulihan oku untuk kanak-kanak,  di bukan kanak- kanak yang ada, ni bapak-bapak anak yang ada. Sejak malam tu lagi, aku belajar ikhlas kan hati aku join je pogram tu. Warna Biru ke, Hijau ke.. Aku tolak tepi. Baju biru memang aku dah tolak tepi jugak la. Aku ajar diri aku, aku nak buat amal kebajikan ni, kena ikhlas. Ikhlas. Ikhlas. Perkataan tu yg aku semat dalam hati supaya tujuan datang tu tak tersalah. 


Aku dapat kumpulan 1. Kira kumpulan 12 dan 3 ni keja depa sama je. Kena buat mural. Lukis la apa2 pun yang best, menarik, cantik, comey, cute, the bbom and what eva kat dinding  luaq rumah tu. So, sampai je, dengr ucapan penyelia tempat tu, then terus mulakan kerja yg kitorang rancangkan malam tadi. 

sebelum di jahanamkan oleh kitorang.... :p


Bukti yang saya memang tak curik tulang.

Ok. Pepatung dan bunga pink tu saya yg color. Ye saya.! Tak caya sudah. :p

Selekeh kerja masing-masing.

Cute tak.? Ade org nak bagi bunga kat saya tak? Silakan. :D

Bukti yang saya makin berisi. Ghupe macam org ngandung pon ade. Damn!Aku boleh bayangkan ghupe aku ngandung nnti cam ne...

Pelajar2 Thailand ni rajin melukis.Rajin mengaler. Rajin sungguh lah!

Selamat Tinggal !


Kalau perasan, tak banyak @ tak de kot gambar orang OKU kat dalam ni. Sebab aku takut nak shoot gambar depa. Mana tahu nanti nasib tak baek depa kejaq aku satu kampung. Jenuh aku nanti. Hahaha.. Apa pun aku seronok dapat buat kerja di hari cuti ini. Kalau perasaan jugak la kan, aku tak pakai pon baju IM4U tu... Haa.. perasaan tak..???? tak perasan sudah.. Depa suma dok suka pakai baju tu, akusorang je tak pakai. I malu la pakai la baju tu...  :p

Oh. Berada di sana juga membuatkan aku terfikir.Mereka tu (Orang OKU) , walaupun dorang serba kekurangan, tapi depa ada kelebihan mereka jugak. Mereka tak da dosa. Berbandig kita, serba sempurna Allah ciptakan, tapi  kita ada dosa. T__T Mulianya mereka berbanding kita. Kan..? Kan? Kan?

Ok, dah ngantok. Tak tahu kenapa rajin pulak tulis entry memalam buta ni. 

                      Ni untuk awak. Ye, untuk awak. Senyum selalu ye. :)

*Merindui orang yg sama buat sekian kalinya. Ya Allah, sampaikanlah rindu ini.

AinulHusna
23032013
00:15
Blok H, UnISZA







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...