Friday 22 March 2013

#2 Ceritera Di Hari Jumaat

Assalamu'laikum sahabat-sahabat di seantero dunia.. :P

Hari ni, aku pergi pogram bawah Persatuan Dakwah (PERSADA) UniSZA. Saje nak luangkan masa waktu cuti. Luang kan la sangat. Padahal melambak assigment aku tinggalkan. Dengan hafazan untuk minggu depan aku tak mula lagi. Adeehh..~ Rasa terhempap dengan batu besar kejap.. Sakit.!

Pogram yang aku join tu, mula-mula ingt pergi umah anak2 Yatim. Aku dah bersemangat nak pergi dah, tapi ghupe2nya bila dengar taklimat malam semalam, depa kata Pogram tu kat adalah pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Pogram dengan anak yatim tu mungkin lepas mid sem nanti. Lepas dengar macam tu, terus aku rasa taknak pegi sebab ........ sebab kenapa eh? Mungkin sebab aku dapat tahu pogram tu jugak bawah pogram IM4U.Hahaha. Malam tu dapat baju IM4U, roomate aku memang perli gila2. Mane taknya, dalam bilik tak habes cite pasal politik, sekali join pogram IM4U. Ok, memang kelakar la sangat. Hahaha. Aku dah nekad dah malam tu, semenjak aku pegang baju yang aku dapat, yang aku takkan, abadan abada, never taknak pakai baju tu esok masa join pogram. 


Dipendekkan cerita, Tempat pogram tu kat Ajil, Hulu Terengganu, lebih kurang sejam lebih jugak la nak sampai tu.  Masuk je dalam bus,pakai earphone terus tido. Bangun-bangun je tengok dah sampai. Macam pintu doremon pon ade. Kejap pulak.  Sampai sana, apa yang aku gambar kan tak sama yang aku nampak depan mata aku masa tu. Mana taknya, masa taklimat malam tu kata tempat tu tempat pemulihan oku untuk kanak-kanak,  di bukan kanak- kanak yang ada, ni bapak-bapak anak yang ada. Sejak malam tu lagi, aku belajar ikhlas kan hati aku join je pogram tu. Warna Biru ke, Hijau ke.. Aku tolak tepi. Baju biru memang aku dah tolak tepi jugak la. Aku ajar diri aku, aku nak buat amal kebajikan ni, kena ikhlas. Ikhlas. Ikhlas. Perkataan tu yg aku semat dalam hati supaya tujuan datang tu tak tersalah. 


Aku dapat kumpulan 1. Kira kumpulan 12 dan 3 ni keja depa sama je. Kena buat mural. Lukis la apa2 pun yang best, menarik, cantik, comey, cute, the bbom and what eva kat dinding  luaq rumah tu. So, sampai je, dengr ucapan penyelia tempat tu, then terus mulakan kerja yg kitorang rancangkan malam tadi. 

sebelum di jahanamkan oleh kitorang.... :p


Bukti yang saya memang tak curik tulang.

Ok. Pepatung dan bunga pink tu saya yg color. Ye saya.! Tak caya sudah. :p

Selekeh kerja masing-masing.

Cute tak.? Ade org nak bagi bunga kat saya tak? Silakan. :D

Bukti yang saya makin berisi. Ghupe macam org ngandung pon ade. Damn!Aku boleh bayangkan ghupe aku ngandung nnti cam ne...

Pelajar2 Thailand ni rajin melukis.Rajin mengaler. Rajin sungguh lah!

Selamat Tinggal !


Kalau perasan, tak banyak @ tak de kot gambar orang OKU kat dalam ni. Sebab aku takut nak shoot gambar depa. Mana tahu nanti nasib tak baek depa kejaq aku satu kampung. Jenuh aku nanti. Hahaha.. Apa pun aku seronok dapat buat kerja di hari cuti ini. Kalau perasaan jugak la kan, aku tak pakai pon baju IM4U tu... Haa.. perasaan tak..???? tak perasan sudah.. Depa suma dok suka pakai baju tu, akusorang je tak pakai. I malu la pakai la baju tu...  :p

Oh. Berada di sana juga membuatkan aku terfikir.Mereka tu (Orang OKU) , walaupun dorang serba kekurangan, tapi depa ada kelebihan mereka jugak. Mereka tak da dosa. Berbandig kita, serba sempurna Allah ciptakan, tapi  kita ada dosa. T__T Mulianya mereka berbanding kita. Kan..? Kan? Kan?

Ok, dah ngantok. Tak tahu kenapa rajin pulak tulis entry memalam buta ni. 

                      Ni untuk awak. Ye, untuk awak. Senyum selalu ye. :)

*Merindui orang yg sama buat sekian kalinya. Ya Allah, sampaikanlah rindu ini.

AinulHusna
23032013
00:15
Blok H, UnISZA







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...