Tuesday 12 March 2013

#1 Ceritera

Assalamua'laikum warah matullahhi wabarakatuh. :)

Terasa nak menulis sesuatu di petang yg panas ini. Heheh..Sekarang ni, musim pensyarah-pensyarah melambakkan asiggment dan pelbagai tugasan kepada pelajar. Yang dapat tugasan tu mesti lah aku, pelajar. Rasa tak sanggup jugak sebenarnya kalau list kan asigment2 yg melmbak2 tu. Rasa nak pengsan pon ada. Keletihan dengan tugasan yg banyak dan kelas yg penuh.Tapi pelik jugak bila ada pulak masa tu nak hupdate belog. Kehkehkeh.

OK.!Nak dijadikan cerita, hari Ahad hari tu, Ustaz Sharil, lecturer yg ajar Teori Perkembangan ni, die announce kat kelas, yang Masjid kat taman beliau ada ceramah. Ulama dari Canada datang mai kt taman dia bagi ceramah. Tajuknya "Islam & Kehidupan". Masjid kat taman dia tu pun baru je bukak. So, dia ajak la kami satu class pergi dengar ceramah tu skali dengan solat maghrib kat sana sekali. Dalam kepala aku, nak pi ke tak...Sebab class Etnik habis kol 6.Nanti nak pi sana macam mana?Dengan sapa?? Tapi hati aku memang nak pi sangat sebab, Syeikh yang datang tu, ulama dari Canada.( i love Canada.)2nd, bila dengar tajuk, boleh tahan best.3rd mungkin sebab aku ni dah lama tak pi masjid dengar ceramah, so rajin2 kan diri pergi masjid tu. 4rd, sebab pagi tu, ustaz shahril dah belanja satu class breakfast. Aku pulak pegi oder nasi minyak + tea o ais. Hahah..Makan dah banyak, rasa serba salah  pulak kalau aku tak pergi.Dan of course niat utama pergi untuk dapat kan redha dan rahmat Allah. InsyaAllah. 

aKu & Miera

Kitorang pergi naik van,ada suruh pakcik tu hantar kan. Time tu tak berapa ramai yg nak pi naik van..So ade la dalam 6 org ja yang naik van, sebab ada yg lain tu dah naik kereta dan motor.Petang tu agak macam kucing nak beranak jugak la..Kelam kabut dibuatnya. Dengan baru balek class pukol 6, lepas tu, nak beli makanan, lapaq kot.Lepas tu call carik van nak pergi masjid tu. Semuanya dibuat dengan cepat macam magic pon ada.Tapi, penat2 pon, aku rasa Allah dah permudahkan segalanya hari tu.

Ceramah tu agak singkat je masa dia.Lepas solat maghrib sampailah pukol 9.10 kalau tak silap. Dan jadi singkat bila ceramah tersebut di terjemahkan. Tapi sedikit sebanyak dapat la jugak input yg berguna untuk malam tu. Antara bait kata Syeikh Yusuf al -Hasani, "Kita pada zaman ini terlalu bersifat ke akuan, lalu bersifat zalim pada diri sendiri.Kita masuk neraka nanti disebabkan sifat zalim kita itu". Lebih kurang mcm tu la syeikh tu cakap. Gulp! Masuk neraka sebab diri kita, bukan dengan sebab orang lain. ='(
Syeikh Yusuf Al- Hasani

Pendek cerite, masa nak balik tu, pakcik van tu pasang video ceramah UAI. Padahal jarak masjid tu dengan unisza takde lah jauh. Dalam 4 Km je, tapi bersungguh betul pakcik tu carik cd, nak suruh kitorng dengar ceramah UAI tu. Kalau tak silap, ceramah tu pasal kes tokguru kata orang yg dapat brim tu seperti binatang. Masing-masing dalam van dah keletihan sebenrnya.Mana tak nya, kelas dari pagi ke petang, bawak ke malam pulak. Tapi disebabkn kesungguhan pakcik tu, kami pun meraikan lah beliau nak dengar ceramah tu. Pakcik tu siap ikot jalan jauh lagi nak balik unisza. Maybe nak suruh kitorang tgok lama2 kot ceramah dia pasang tu. huhuhu...Aku cuak jugak bila pakcik tu tak ikut jalan masa kitornag pergi tu, tapi ikut jalan jauh.huhuhu... Kerisauan itu perlu. :P

Sampai saja unisza, kitorang nak bayar la tambang pergi n balik kitorang tu. Siap2 dah keluarkan duit masing-masing. Tapi pakcik tu kata tak payah. Rasa terkejut sangat pon ada. Mungkin aku sorang jela yg terkejut time tu. Hohoh.... Time tu, rasa lega pon ada .Hahah..Tak da lah aku nak berkira duit sangat, tapi aku rasa pakcik tu sungguh baik hati beliau. Nasib baik pakcik tau.Huhuhu...Masing2 dalam van mendokan pakcik tu supya murah rezkinya. InsyaAllah.

Masa dalam van tu, aku dok berdoa dalam hati sungguh2 supaya pakcik tu tak mintak tambang van kitorang.Hahaha..( kejam tak?) Bukan aku takde duit ke apa,ke aku kedekut taik idung masin ke, or atau aku taknak bayar tambang tu. Cuma aku mengharapkan keikhlasan dalam hati pakcik tu menghantar kami pergi dan balek dari  majlis ilmu malam tu. hihihi...Semoga keikhlasan beliau dibalas oleh Allah.Nak tahu, time tu, baru aku perasaan yg Allah sentiasa mendengar luahan,doa dan kata2 hambanya walhal ia terletak dalam hati dan meskipun sekadar lintasan hati.Sedangkan sekecil2 perkara Allah tolong, apatah agi dalam urusan2 kita yg lain. Keyakinan aku terhadap kebergantungan kepada Allah makin kuat.Padahal benda kecil macam ni saja berlaku. ;')

Teringat juga kata2 ustaz Shahril pagi tu, masa dia ajak kami pergi dengar ceramah tu..Ustaz cakap, bila kita pergi ke majlis agama ni,kita bersama2 dengan golongan ulama dan orang2 baik ni, rahmat Allah tu akan ada sentiasa dengan kita. So, aku simpulkan, niat kita yang baik tu, Allah pasti akan permudahkan kelancaran kita dalam sesuatu urusan tu.

Eh! dah macam buat cerita novel gamaknya. Assigment melambak lagi tu. Takpe2, hilangkan tension petang ni.Hehehe.. Harapnya, sedikit sebanyak dapat la pengajrn dari kisah yg berlaku pada aku. Allah sentiasa mendengar apa yg kita pohon, harapkan. Cuba kadang kala Allah tak tunaikan permintaan dan pengharapan kita mungkin masa tu belum waktu sesuai untuk kita dapatkan perkara itu atau ada perkara yg lebih baik ada untuk kita. Dan jika Allah tunaikan perkara tersebut, boleh jadi Allah nak menguji diri kita ni sebagai hambaNya yang benar2  bersyukur dan boleh jadi Allah beri dengan sifat Rahman Nya.

Itu saja entry untuk kali ni. Aku dapat tahu mushrif aku time buat tesis time diploma dulu baca blog aku. Haha..Nak tergelak rasanya. Takpe2, cover cun jela. Hahaha.. Lepas ni buat entry baik2 je. hehehe.. Tak ikhlas betul. Huhuhu..Segala yang baik datang dari Allah, dan yg lemah juga datang dariNya, namun disandarkan pada diri yg lemah dan hina ini. 

Nak sambung buat assigment pulak. Mohon doa dipermudahkan segalanya. Tata.TeteTiti.Tutu.Toto :D

ainulhusna
12032013
14:43pm
Blok H,UniSZA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...