Sunday 7 August 2011

Mystery : Bangun malam untuk jadi kuat.




Assalamualaikum..w.b.t (:

#Ramdhan ke 7

Rasa kejap je dah puasa yang ke 7..Pecaye tak.?. Percayalah..!!

Macam mana amalan kita dibulan mulia ini..

Mantap..???Alhamdulillah..Teruskan.
Masih tiada apa2 perubahan..?? Ayuh..!!Mula bergerak.Beramallah.. :)


Laa ni.... saya nak membawakan kepada teman-teman semua Tips Untuk Bangun Solat Tahajjud.
Tips ini dibawakan khas oleh saya sendiri..Wahh..!!Bukan senang ni.! :P
Alhamdulillah, sepanjang bulan puasa ini, saya masih diberi peluang oleh Allah untuk menunaikannya..#Senyum Puas.. :D ( Tiada unsur2 riak, takabbur dan bangga diri.)

Ok..Mari teruskan..

Tips Untuk Bangun Solat Tahajjud @ Qiamullail.

1. Tidur di awal waktu..Kalau ade kerja yang tak siap, cepat-cepat siapkan..

2. Sebelum tidur,ambil wudu', baca doa tidur..Al-Fatihah,4 Qul,dan Ayatul Qursi...Jangan lupa tepuk2 manja bantal tu 3x..Dan qasadkan dalam hati bahawa kita nak bangun awal esok.InsyaAllah..Niat kita yang baik, Allah akan permudahkan.

3. Qhoilulah.Iaitu, tidur sebentar diwaktu tengah hari @ sebelum solat Zuhur..Tidur la dalam 15-20 minit..Kadang-kadang tu telajak gak..Huhuhu..!Percaya tak, qhoilulah memberi kesan kepada diri untuk bangun solat Tahajjud.Tak percaya..??Pegi search google kalau tak pecaya.

4. Penting..!! Jangan lupa set alarm.

5. Ajak kawan-kawan lain..Boleh misscall2 kejutkan.. :)

Bangunlah.!Sucikan diri menghadap TuhanMu.

6. Jangan makan hingga terlampau kenyang sebab bila dah kenyang akan memberikan effect malas dan perut berat untuk bangun malam.

7. Buat sekadar yang mampu.Jangan paksa diri untuk melakukan semua solat-solat sunnat..Biarlah dipermulaan, kita melakukan apa yang termampu.Tak semestinya bangun malam tu, hanya untuk mendirikan solat..Boleh jugak kita membaca Al-Quran..Berzikir.

8. Ikhlaskan hati bangun malam lillahita'ala.

Yang terakhir..

9. Sentiasa berdoa supaya Allah memberi kemudahan untuk bangun disetiap malam untuk melakukan ibadah padaNya dengan ikhlas dan khusyuk.

Cubalah..Trylah..Testlah..! Bila dah buat sekali, mesti rasa nak buat dua tiga ribu kali..Tak percaye lagii..???Ehh!! Try la.!Best woooo..~

Ini cara saya..Cara anda macam mana..Mesti lagi best kan.! Jom lah share-share. :)

Jom upgrade pahala kita.! Mari berpusu-pusu masuk Syurga Allah yang mahal.! Cool.!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...