Friday 5 August 2011

Oii!!..Best Ke Jadi Orang Yang Beriman Ni..!

Assalamualaikum...:)

Eh..!!..Tajuk entry macam nk carik gaduh je kan...Wahh!!..Bukan begitu..

Tapi, memang nak bagi tawu, betapa Bestnye..Nikmatnya...Bergayanya...Amannya...Bile kite jadi Orang Yang Beriman..

Haa..??

Apaa..??

Tak percaya..???

Meh..Meh...Nak tunjukkan....

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh – (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, – merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.
[al-A'raf, 7:42]

Eh..!! Ade lagi ni...

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam “Syurga Adn” serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.
[at-Taubah, 9:72]

Haa...masih tak puas hati lagi kenape BESSSSSSTTTTNYEE jadi orang-orang beriman nie..ade lagi....

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh – (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, – merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.
[al-A'raf, 7:42]
Lagi..Lagi..dan Lagi......

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga...
[at-taubah, 9:111]

Mari kita kembali padaNya..
Tak puas hati...??Ada lagi ni...Senyum.. :)

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat), dan yang berdekatan dengan matair-matair (yang mengalir), Serta menikmati buah-buahan dari segala jenis yang mereka ingini. (Pada ketika itu dikatakan kepada mereka): “Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan.” Sesungguhnya, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.
[al-Mursalat, 77:41-44]

Senyumlah luas2 Wahai orang2 Beriman.... :D

Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati). Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;
[al-Insan, 76: 11-13]
Kali ni...Senyum lagiii luas..:DD

Dan Ia memperkenankan doa permohonan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, dan Ia menambahi mereka dari limpah kurniaNya (selain dari yang mereka pohonkan)...
[ash-Syuura, 42:26]
Ok..ni yang last..Janji! Ni yg Last..! =)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.
[al-Bayyinah, 98:7-8]

BerImanlah secra serius..!Ya.! SERIUS.

Betapa banyaknya ayat-ayat Al-Quran yg menceritakan kelebihan orang-orang yg beriman..Amaacamm..Anda puas hati tak..???Rase lega..??..

Wah..mesti anda nak berpusu-pusu & berlumba-lumbe buat baik..Ehh..!! Jom-jom..!!Nak tunggu bile lagi..
Dah banyak cerita ganjaran yg dapat nanti kan..??Soo..tunggu apa lagi..Peluang besar niii..!!
Bulan puasa..Lagi beganda-ganda pahala kita dapat.

Rugi kalau kita lepaskan..Mari dapatkan Syurga Allah yg mahal sangat tuuu..

Psssttt..!!!Psstt..!!!....

Janji Allah itu BENAR..!!

Senyum! :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...