Friday 24 February 2012

Entry Ini Untuk Anda Cik S's..


Assalamu'laikum w.b.t..

Entry ni, khas aku tujukan kepada sorang kawan aku..Biarlah aku namakan dia dengan Cik S's..

I LOVE YOU LILLAHITA'ALA

Cik S's.....
Sihatkah anda..?? Anda dah makan..?? Buat apa tu..?? Agak sudah lama kita tidak duduk bersama-sama..Berkongsi cerita suka duka..Masih ingatkah anda pada sahabatmu ini...??

Cik S's.....
Ingat lagi tak anda pada hari mula-mula kira kenal...Ketika semester 1, anda selalu datang ke rumah ( hostel ) saya untuk bertandang ke rumah kawan anda yg lagi satu tu..Kemudian, anda yg ramah pun tegur saya..dan bermula disitu, perkenalan kita. Dari hari, hubungan kita semakin rapat dan rapat..Perasankah anda, kenapa dengan kawan-kawan yg lain saya gunakan panggilan 'aku-kau' tapi tidak pada anda..Walaupun kadang-kadang telepas juga 'aku-kau' tu..Pada anda, saya akan gelarkan diri saya 'kite- "cik S's" ' Tahu tak anda kenapa saya gunakan panggilan itu hanya pada anda dan orang tertentu shaja..?? Ini kerana bagi saya anda teman rapat saya, yg antra orang yg terawal saya kenal di awal-awal sem dahulu, dan pada anda, saya tidak biasa guna 'kau-aku' tu..Saya pun tidak tahu kenapa saya tidak boleh guna panggilan itu bila bersama dengn anda....Saya rindu untk ber'kite-kite' dengn anda....Saya rindu anda cik S's....

Cik S's....
Masih ingat lagi ketika anda sedang demam, saya datg bilik anda..Saya basahkn kain, saya lap-lap badan anda..Saya duduk sebelah anda, saya bacakan Yassin ketika itu..Sebelum ini, sya tidak pernah lakukan seperti itu kepada mana-mana kawan saya..Mulai dari malam itu, saya berjanji pada diri yg saya nak jadi kawan, sahabat yg baik. Cik S's, masih ingat lagi ketika saya demam, anda juga berbuat demikian pada saya..Ketika itu, saya rasa sangat dihargai. Belum pernah lagi seorang kawan saya buat sebegitu pada saya..Saya rasa terharu..Sungguh Cik S's, saya rindu saat-saat itu..

Cik S's....
Anda ingat lagi semasa smester 1 & 2, awak selalu tidur di bilik saya..Anda kata, roomate anda selalu balik rumah, anda takut nak tidur kat bilik sorang-sorang, jadi anda tidur kat bilik saya..Alhamdulillah, ketika itu juga rumate saya tidak kisah dan anda juga rapat dengan rumate saya. Kita tidur satu katil.Saya tak kisah kalau tidur sempit-sempit. Saya tak kisah kalau tiap-tiap malam saya dengar 'lagu-lagu merdu' yang anda selalu dendangkan ketika tidur..Saya suka peluk anda masa tidur..Kadang-kadang, tidur di katil 'single' seorang diri trasa luas bagi saya sebab anda tiada di sisi saya.. Sumpah, saya rindu saat itu..

Cik S's....
Ketika kita masih bersama berkawan dahulu, ingatkah anda yang kita kongsi apa saja cerita..Suka..Duka..Gembira..Sedih..Apa saja kita akan kongsikan..Ingatkah lagi anda ketika anda menonton movie Mohabbatien dan movie2 sedih yg lain, anda akan menangis kerana menghayati cerita tersebut. Dibahu inilah yg anda akan menangis dan walaupun ada masa saya marah anda kerana saya tidak suka anda habiskan air mata anda kerana sebuah cerita rekaan manusia..Kini, saya rindu tangisan dan esakkan anda itu..Namun kini seperti ada jurang antra kita. Anda dihulu, saya dihilir.Anda ikot jalan kanan, saya ikot jalan kiri.Kadang-kadang, awak senyum pada saya pun,senyuman anda tidak seperti dahulu..Sepertinya sebuah senyuman yg palsu.Maafkan saya jika saya salah menilai, kerana ia hanya andaian dari saya insan yg lemah.


Cik S's....
Lagi beberapa minggu lagi kita akan habis belajar disini. Tidak rindukah anda pada saya..??Tidak mahukan anda menghabiskan sisa-sia terakhir di sini bersama - sama saya..??Sungguh, saya rindukan anda..Ya, saya benar-benar rindukan anda.Rindukan anda kerana sebuah persahabatan..Kerana Allah..Bukan kerana kereta anda atau kerana anda duduk jauh diluar sana. Saya tidak tahu apa salah dan silap saya pada anda. Saya tidak tahu kenapa anda seperti menjauhkan diri anda dari saya.Saya ada buat salah pada anda kah..?? Saya ada mengguris hati anda kah..? Anda tidak suka pada saya kah..??
:)
Cik S's.....
Jika saya ada membuat hati anda terluka...Jika saya tidak dapat jadi sahabat yang baik dalam hidup anda...Maafkan saya..Maafkan saya..Maafkan saya sekali lagi..Saya insan lemah..Saya tidak maksum..Diri saya juga berdosa. Persahabatan yg tergantung ini benar- benar menggangu saya 3 minggu ini.Mungkin anda tidak rasa kerana disisi anda ada kawan, teman yg jauh lebih baik dari saya yang mampu menggembirakan hati anda, tapi bagi saya, ia benar-benar mengganggu hidup saya. Kadang-kadang saya menangis kerana saya seolah-olah telah kehilangan seorang kawan.Saya tak mampu jadi sahabat yg baik.Kawan saya itu ada depan mata, tapi saya tidak dapat memeluknya seperti dahulu..Saya tidak dapat berkongsi cerita bersamanya seperti selalu..Meskipun disisi saya ada ramai lagi kawan, tapi setiap seorang kawan dan sahabat itu, tidak sama salah satu antara mereka.Setiap mereka ada kelebihan masing-masing dalam sesebuah persahabatan.

Cik S's.....
Dalam hidup kita ni, kita akan jumpa 2 jenis kawan..1,kawan yang kita ingin bersamanya didunia dan 2, Sahabat yg kita ingin bersama-samanya di dunia dan diakhirat...Saya ingin jadi kawan jenis kedua. Saya ingin bersama-sama dengan anda didunia hatta di akhirat sana juga saya ingin bersama-sama dengan anda dan dengan sahabat-sahabat yg lain. Saya tidak kata yg saya ini baik, tapi kini saya sedang mencuba jadi manusia dan sahabat yg baik..Saya nak masuk syurgaNya dengan anda dan bersama sahabat- sahabat yg lain.Indahnya, jika kita sama-sama berpimpin tangan masuk ke syurgaNya kelak..??Tiada tempat yg paling indah untuk kita bertemu melainkan di syurgaNya..Kan..??? Namun, jika pada andaian anda, saya bukanlah jenis ke 2 itu, saya berharap anda akan berjumpa dengan sahabat jenis ke-2 itu satu hari nanti.Yang sama-sama mampu membimbing menuju redhaNya.Maafkan saya Cik S's, jika saya tidak menjadi kawan yang baik pada anda selama ini...

Cik S's.....
Hanya ini sahaja yg mampu saya luahkan..Saya menulis entry ini, bukan atas paksaan siapa-siapa atau desakan sesiapa..Saya tulis entry ni, atas kesedaran saya dan atas dasar persahabatan kita yg bagi saya seperti sudah tiada makna lagi. Saya takut,lepasni, saya tidak dapat jumpa anda lagi.Mana tahu, saya dipanggil Illahi lebih awal..Jadi, saya ingin memohon maaf kepada anda, dan juga memohon maaf juga wakil bagi sahabat-sahabat saya yang lain untuk memohon maaf kepada anda. Hilangkanlah benci dihati, suburkanlah kasih sayang dalam diri. Terima kasih kerana sudi berkawan dengan saya selama ini. Saya berharap, persahabatan kita bukan terhenti bila anda habis baca entry ini, tapi biarlah ia makin subur dan mekar hingga ke akhir nya..

Cik S's...
Jika anda membaca entry ini, saya nak anda tahu..saya sayang anda kerana ALLAH..KERANA ALLAH..Kerna Allah kita dipertemukan.Dan jika kita berpisah satu hari nanti, biarlah ia juga kerana ALLAH..


Sudi tak anda..Err.....

Anda dan saya....

Err....Nanti...Anda dan saya...
Saya berharap...

Anda dan saya...Errr....InsyaAllah..
Jadi salah seorang daripada antra mereka, 7 golongan yang Allah akan naungi di hari akhirat kelak...

Salah satu Golongan : "Dua orang yang saling mencintai karena Allah, sehingga mereka tidak bertemu dan tidak juga berpisah kecuali karena Allah." ^^
~Layakkah aku sahabat..??? T__T

Jika kalian yg membaca mngenali Cik S's yg saya maksudkan,saya harap anda buat-buat macam tak kenal.. Ok, tenkiu kerana sudi baca entry yg agk panjng ini.. ^^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...