Friday 10 February 2012

Isu Syria.Siapa peduli.


BismiLLAHi Rahmani Rahim.

Jom cakna.! InsyaALLAH..Suka untuk menarik perhatian para pembaca untuk cakna dan prihatian kepada isu-isu semasa yang melibatkan saudara-saudara kita, bukan sahaja di Malaysia, akan tetapi mencakupi seluruh dunia, antara yang terlepas pandang ataupun yang masih dalam pemerhatian kita.

Semoga ALLAH memberkati usaha ini sebagai satu jalan untuk merintis kemenangan.. ameen.


.

Orang kata, lepas Mesir dan Libya. Gilirannya pula. Tapi manusia merancang, ALLAH juga merancang dan perancangan ALLAH juga lah yang terbaik. ALLAH belum izinkan, bahkan ALLAH uji lagi hamba-hambaNYA, dan juga saudara-saudara kita disana.

Kekejaman rejim Basyar Al-Assad yang membunuh orang awam yang setakat ini sudah beratus-ratus ribu orang yang gugur syahid. Ada yang diseksa dengan kejam. Ada yang dibunuh anak-anak mereka dihadapan mata. Ada yang isterinya diperkosa. Ada yang disembelih dihadapan keluarga sendiri. Ada bayi yang disumbat kedalam ketuhar. Ada dibunuh kejam dan menyakitkan, tanpa mengira usia dan jantina.

Kanak-kanak, orang tua, remaja, perempuan, pemuda malah sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dan menentang kerajaan akan dibunuh dan disiksa.

Hanya kerana mereka menuntut keadilan, dan ingin melepaskan diri dari penindasan pemimpin diktator yang kejam lagi zalim.

SubhanaALLAH.

Ya ALLAH... selamatkanlah saudara-saudara kami di Syria. Berikanlah mereka kemenangan.. amin.


Syria. Persengketaan mazhab Sunni-Syiah.


Sedikit info.( untuk bacaan lanjut klik
sini )

~ K
erajaan Syria pimpinan Basyar Al-Assad dan orang yang sepertinya sekarang berpolitik ala Firaun seperti mana yang dilakukan oleh pemerintah Tunisia, Mesir, Yaman, dan Libya. Mereka mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat sendiri, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman daripada memakai hijab serta menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak-kanak.


~ Komposisi rakyat Syria: 6% darinya adalah Syiah Alawiyah, 10% beragama Kristian dan 84% Muslim ASWJ. Iran mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez dan Basyar yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan yang menyokong tindakan Hafez yang merupakan Syiah Alawiyah. Beliau seterusnya menyebut sifat-sifat Syiah yang begitu membenci ASWJ, menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Sehingga hari ini Iran dan Hizbullah di Lubnan yang berfahaman Syiah masih menyokong rejim Basyar di Syria.


~ Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara 19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413 orang darinya mati dalam tahanan.


~ Kekejaman rejim Basyar terserlah sehingga jika ada tentera rejim yang tidak mahu menembak ASWJ (ahlussunnah wal jamaah), mereka akan dipenjarakan dan dibunuh. Keadaan ini menyebabkan lebih 30,000 tentera Syria berpaling tadah meninggalkan rejim.


Imej mayat seorg pejuang di Syria saat ini...yg diseksa hingga mati oleh militia ganas Syiah HIZBOLLA dari Lubnan yg datang membantu rejim syiah Assad bersama2 tentera rejim ASSAD di SYRIA....dengan disiyat dan direntap kulit mukanya lalu dicungkil matanya....kemudian dipukul kepalanya hingga mati...

SubhanaALLAH..
Ya ALLAH.. berikanlah pertolongan dan kekuatan kepada pejuang-pejuang MU.
Ameen.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...