Thursday, 11 August 2011

Mana pergi semua orang..??


Assalamualaikum.. :)

#Ramadhan ke 12


"Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari TuhanMu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasulNya. Itulah kurnia Allah yang diberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.Dan Allah mempunyai kurnia yang besar."
[Al - Hadid : 21 ]

Ramadhan hampir sampai ke pertengahan.Pada awal-awal Ramadhan hari tu,masjid penuh dengan orang yang solat Terawih.Tapi, sekarang bila dah sampai ke pertengahan Ramdhan,bilangan orang yang solat Terawih pun dah jadi setengah.Kalau penghujung Ramdhan nanti agak-agaknya macam manalah suasana solat Terawih di masjid..??

Semakin hampir kita ke penghujung Ramadhan semakin berat..malas..mengelat..penat..lemah.. untuk kita melakukan amal ibadah.Sedangkan di bulan Ramdhan ni, rahmat dan kasih sayang yang Allah berikan tu sangatlah luas.2Ox ganda pahala kita akan digandakan..Siapa taknak weii....??Sila angkat tangan.!

Dengan memperigati Allah, hati akan menjadi tenang.

Post ini, untuk memperingatkan diri ini sendiri..Memandangkan disebabkan kesibukkan hidup sabagai seorang student, maka amalan-amalan baeekkk secara sikit-sikit mula ditinggalkan..TT__TT. Hinanya aku Ya Allah..

"Jangan tinggalkan aku Ya Allah!" ( rase sebak sangat bile sebut benda ni.. )

Kawan-kawan, mari tambah iman.! =D
sENYUM Aman. Peace! (:

Sunday, 7 August 2011

Mystery : Bangun malam untuk jadi kuat.




Assalamualaikum..w.b.t (:

#Ramdhan ke 7

Rasa kejap je dah puasa yang ke 7..Pecaye tak.?. Percayalah..!!

Macam mana amalan kita dibulan mulia ini..

Mantap..???Alhamdulillah..Teruskan.
Masih tiada apa2 perubahan..?? Ayuh..!!Mula bergerak.Beramallah.. :)


Laa ni.... saya nak membawakan kepada teman-teman semua Tips Untuk Bangun Solat Tahajjud.
Tips ini dibawakan khas oleh saya sendiri..Wahh..!!Bukan senang ni.! :P
Alhamdulillah, sepanjang bulan puasa ini, saya masih diberi peluang oleh Allah untuk menunaikannya..#Senyum Puas.. :D ( Tiada unsur2 riak, takabbur dan bangga diri.)

Ok..Mari teruskan..

Tips Untuk Bangun Solat Tahajjud @ Qiamullail.

1. Tidur di awal waktu..Kalau ade kerja yang tak siap, cepat-cepat siapkan..

2. Sebelum tidur,ambil wudu', baca doa tidur..Al-Fatihah,4 Qul,dan Ayatul Qursi...Jangan lupa tepuk2 manja bantal tu 3x..Dan qasadkan dalam hati bahawa kita nak bangun awal esok.InsyaAllah..Niat kita yang baik, Allah akan permudahkan.

3. Qhoilulah.Iaitu, tidur sebentar diwaktu tengah hari @ sebelum solat Zuhur..Tidur la dalam 15-20 minit..Kadang-kadang tu telajak gak..Huhuhu..!Percaya tak, qhoilulah memberi kesan kepada diri untuk bangun solat Tahajjud.Tak percaya..??Pegi search google kalau tak pecaya.

4. Penting..!! Jangan lupa set alarm.

5. Ajak kawan-kawan lain..Boleh misscall2 kejutkan.. :)

Bangunlah.!Sucikan diri menghadap TuhanMu.

6. Jangan makan hingga terlampau kenyang sebab bila dah kenyang akan memberikan effect malas dan perut berat untuk bangun malam.

7. Buat sekadar yang mampu.Jangan paksa diri untuk melakukan semua solat-solat sunnat..Biarlah dipermulaan, kita melakukan apa yang termampu.Tak semestinya bangun malam tu, hanya untuk mendirikan solat..Boleh jugak kita membaca Al-Quran..Berzikir.

8. Ikhlaskan hati bangun malam lillahita'ala.

Yang terakhir..

9. Sentiasa berdoa supaya Allah memberi kemudahan untuk bangun disetiap malam untuk melakukan ibadah padaNya dengan ikhlas dan khusyuk.

Cubalah..Trylah..Testlah..! Bila dah buat sekali, mesti rasa nak buat dua tiga ribu kali..Tak percaye lagii..???Ehh!! Try la.!Best woooo..~

Ini cara saya..Cara anda macam mana..Mesti lagi best kan.! Jom lah share-share. :)

Jom upgrade pahala kita.! Mari berpusu-pusu masuk Syurga Allah yang mahal.! Cool.!

Friday, 5 August 2011

Oii!!..Best Ke Jadi Orang Yang Beriman Ni..!

Assalamualaikum...:)

Eh..!!..Tajuk entry macam nk carik gaduh je kan...Wahh!!..Bukan begitu..

Tapi, memang nak bagi tawu, betapa Bestnye..Nikmatnya...Bergayanya...Amannya...Bile kite jadi Orang Yang Beriman..

Haa..??

Apaa..??

Tak percaya..???

Meh..Meh...Nak tunjukkan....

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh – (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, – merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.
[al-A'raf, 7:42]

Eh..!! Ade lagi ni...

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam “Syurga Adn” serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.
[at-Taubah, 9:72]

Haa...masih tak puas hati lagi kenape BESSSSSSTTTTNYEE jadi orang-orang beriman nie..ade lagi....

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh – (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, – merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.
[al-A'raf, 7:42]
Lagi..Lagi..dan Lagi......

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga...
[at-taubah, 9:111]

Mari kita kembali padaNya..
Tak puas hati...??Ada lagi ni...Senyum.. :)

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat), dan yang berdekatan dengan matair-matair (yang mengalir), Serta menikmati buah-buahan dari segala jenis yang mereka ingini. (Pada ketika itu dikatakan kepada mereka): “Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan.” Sesungguhnya, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang baik.
[al-Mursalat, 77:41-44]

Senyumlah luas2 Wahai orang2 Beriman.... :D

Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati). Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;
[al-Insan, 76: 11-13]
Kali ni...Senyum lagiii luas..:DD

Dan Ia memperkenankan doa permohonan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, dan Ia menambahi mereka dari limpah kurniaNya (selain dari yang mereka pohonkan)...
[ash-Syuura, 42:26]
Ok..ni yang last..Janji! Ni yg Last..! =)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.
[al-Bayyinah, 98:7-8]

BerImanlah secra serius..!Ya.! SERIUS.

Betapa banyaknya ayat-ayat Al-Quran yg menceritakan kelebihan orang-orang yg beriman..Amaacamm..Anda puas hati tak..???Rase lega..??..

Wah..mesti anda nak berpusu-pusu & berlumba-lumbe buat baik..Ehh..!! Jom-jom..!!Nak tunggu bile lagi..
Dah banyak cerita ganjaran yg dapat nanti kan..??Soo..tunggu apa lagi..Peluang besar niii..!!
Bulan puasa..Lagi beganda-ganda pahala kita dapat.

Rugi kalau kita lepaskan..Mari dapatkan Syurga Allah yg mahal sangat tuuu..

Psssttt..!!!Psstt..!!!....

Janji Allah itu BENAR..!!

Senyum! :)

Wednesday, 27 July 2011

Cover baeeek punyee..

Assalamualaikum.. :)

Ketika ini..Minggu ini..Bulan ini...Menara gading tempat di mana saya belajar ada buat satu kempen..Kempen Jom Cover Aurat.!

Memandangkan semakin ramai pelajar terutamanya kat U ni yg kadang-kadang mugkin mereka terlupa apa yang mereka pakai..atau mereka tak nampak..atau buat2 tak nampak ape yg mereka pakai, jadi kempen ini di buat untuk saling ingat- mengingatkan..Husnu dzan.! Kempen ini juga adalah ingatan untuk diri ini juga. =='

Sempena Bulan Ramadhan yg tak lama lagi akan tiba ni, sama-sama la kita melakukan perubahan..Tak banyak, siket pon jadilah.Ok what!! Daripada kita takde ape2 meningkatan dan perubahan.Kan..??Kan.. ??

Rasa seronok bile tengok orang ramai specially WANITA cover aurat dengan SEMPURNA. :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...