Friday, 10 February 2012

Isu Syria.Siapa peduli.


BismiLLAHi Rahmani Rahim.

Jom cakna.! InsyaALLAH..Suka untuk menarik perhatian para pembaca untuk cakna dan prihatian kepada isu-isu semasa yang melibatkan saudara-saudara kita, bukan sahaja di Malaysia, akan tetapi mencakupi seluruh dunia, antara yang terlepas pandang ataupun yang masih dalam pemerhatian kita.

Semoga ALLAH memberkati usaha ini sebagai satu jalan untuk merintis kemenangan.. ameen.


.

Orang kata, lepas Mesir dan Libya. Gilirannya pula. Tapi manusia merancang, ALLAH juga merancang dan perancangan ALLAH juga lah yang terbaik. ALLAH belum izinkan, bahkan ALLAH uji lagi hamba-hambaNYA, dan juga saudara-saudara kita disana.

Kekejaman rejim Basyar Al-Assad yang membunuh orang awam yang setakat ini sudah beratus-ratus ribu orang yang gugur syahid. Ada yang diseksa dengan kejam. Ada yang dibunuh anak-anak mereka dihadapan mata. Ada yang isterinya diperkosa. Ada yang disembelih dihadapan keluarga sendiri. Ada bayi yang disumbat kedalam ketuhar. Ada dibunuh kejam dan menyakitkan, tanpa mengira usia dan jantina.

Kanak-kanak, orang tua, remaja, perempuan, pemuda malah sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dan menentang kerajaan akan dibunuh dan disiksa.

Hanya kerana mereka menuntut keadilan, dan ingin melepaskan diri dari penindasan pemimpin diktator yang kejam lagi zalim.

SubhanaALLAH.

Ya ALLAH... selamatkanlah saudara-saudara kami di Syria. Berikanlah mereka kemenangan.. amin.


Syria. Persengketaan mazhab Sunni-Syiah.


Sedikit info.( untuk bacaan lanjut klik
sini )

~ K
erajaan Syria pimpinan Basyar Al-Assad dan orang yang sepertinya sekarang berpolitik ala Firaun seperti mana yang dilakukan oleh pemerintah Tunisia, Mesir, Yaman, dan Libya. Mereka mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat sendiri, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman daripada memakai hijab serta menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak-kanak.


~ Komposisi rakyat Syria: 6% darinya adalah Syiah Alawiyah, 10% beragama Kristian dan 84% Muslim ASWJ. Iran mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez dan Basyar yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan yang menyokong tindakan Hafez yang merupakan Syiah Alawiyah. Beliau seterusnya menyebut sifat-sifat Syiah yang begitu membenci ASWJ, menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Sehingga hari ini Iran dan Hizbullah di Lubnan yang berfahaman Syiah masih menyokong rejim Basyar di Syria.


~ Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara 19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413 orang darinya mati dalam tahanan.


~ Kekejaman rejim Basyar terserlah sehingga jika ada tentera rejim yang tidak mahu menembak ASWJ (ahlussunnah wal jamaah), mereka akan dipenjarakan dan dibunuh. Keadaan ini menyebabkan lebih 30,000 tentera Syria berpaling tadah meninggalkan rejim.


Imej mayat seorg pejuang di Syria saat ini...yg diseksa hingga mati oleh militia ganas Syiah HIZBOLLA dari Lubnan yg datang membantu rejim syiah Assad bersama2 tentera rejim ASSAD di SYRIA....dengan disiyat dan direntap kulit mukanya lalu dicungkil matanya....kemudian dipukul kepalanya hingga mati...

SubhanaALLAH..
Ya ALLAH.. berikanlah pertolongan dan kekuatan kepada pejuang-pejuang MU.
Ameen.

Wednesday, 8 February 2012

Biarlah Cinta Mereka..Aku,dengan Cintaku..

jangan jadikan yg HARAM itu halal. :)

Kadang-kadang, aku rasa cemburu dengam mereka yg sedang bercouple...
Apa taknya..Masing-masing ada pasangan masing-masing...Tipu la kalau aku tak cemburu. T__T

Akan tiba satu masa itu, aku berharap aku akan jadi miliknya yang HALAL.

Benar, dulu aku pernah jauh terasar..JAUUHHH!!!!
Aku berharap, perjalanan hidup yg dulu TIDAK aku DIULANGI lagi..

Kini hatiku sudah terpaut pada si dia..
Tetapi,
Amat rugilah..seandainya aku menyentuh hatinya..
Bukan sebagai insan yg selayaknya...

Dia juga memilih agar hatiku...
Tidak terpaut padanya..
Agar aku terus dalam senarai pejuang cinta Allah..
Bukan cinta duniawi...

Aku benar-benar bersyukur..
Kerana dihadirkan insan seperti dia...


Disaat yang lain bermadah cinta..
Dia memilih untuk berahsia..

Disaat yang lain bertemu mata..
Dia memilih untuk bisu tanpa kata..

Disaat yang lain memilih untuk berbicara sentiasa..
Dia memilih untuk berbicara pada yang esa..

Disaat yang lain berkata..
Aku Cinta Padamu..
Dia berkata..
Allah Bersamamu..

Disaat yang lain berkata..
Aku rindu padamu..
Dia Berkata..
Hanya Allah selayaknya rindumu..

disaat hati mula terpaut..
atas kalam..
CINTA..
KAMI memilih untuk
Berpisah..

Dia dah sedarkan diri aku...
Akan hakikat cinta dan perjuangan...
Hakikat takdir dan keyakinan..
Hakikat kesabaran menunggu sesuatu..

ANDAI KAU YAKIN TAKDIR MU DAN DIA ATAS KUASA ALLAH

KORBANKANLAH HUBUNGAN INI KERANA ALLAH..

kini..hati ini menyimpan kerinduan tak terkata...
akan kata-kata dari jiwanya buatku..

Tapi aku yakin..
Bila tiba Waktu..
Kita akan Bertemu..
Dengan Redha Allah..

Sunday, 29 January 2012

3 Jenis Ujian & Kesabaran

CC: m
Assalamu'laikum w.b.t.
Hari Khamis hari tu, 26 Januari, kat U saya ada buat pogram untuk semua pelajar Diploma fakulti saya..Pogram tu,dipanggil pogram Himmah @ Pogram Munajat.

Alhamdulillah..pelbagai faedah dan pengisian dapat. Hari tu, saya dan kawan-kawan serta pelajar2 fakulti puasa sunat hari tu.Jadi, petang tu start pogram sampai la malam..Kami berbuka puasa bersama dengan mentor kami, Ustazah Najmiah, a.k.a Ustazah ngaja Tafsir Tahlili a.k.a Mushrifah thesis.

Masa malam tu, selepas bacaan Yaasin dan Solat Hajat, Ustaz Mizan memberikan Tazkirah dan Ceramah Motivasi.

Suka untuk saya berkongsi dengan semua sedikit sebanyak yang saya dapat daripada motivasi Ustaz Mizan tersebut..Ustaz Mizan kata, dekat dunia ni ade tiga (3) bentuk ujian yg Allah berikan kepada kita.
dalam DEBS. (cc : adek junior)
1 ~ Ujian Yang Berbentuk Pemberian Nikmat.
Mak, ayah, kawan-kawan, laptop, kereta , rupa cantik dan semua yg ada didunia ni, Allah lah yg berikan kepada kita..Jadi, kita mestilah syukuri setiap nikmat yg Allah telah berikan kepada kita. Cara kita nak balas nikmat yg telah Allah berikan kepada kita, kita kenalah jadi hambaNya yang baik, hamba yang beribadah hanaya padaNya..Sebutlah Alhamdulillah untuk stiap yg Allah kurniakan kepada kita.
Dalam ujian ni, ramai hambaNya yg kecundang dan gagal kerana mereka tidak bersyukur dengan sebenar-benarnya.Mereka lupa bahawa nikmat yg Allah berikan itu hanya ujian untuk menguji keimanan dan ketaqwaan mereka kepada Allah.

2 ~ Ujian Yang Berbentuk Penarikan Nikmat.
Dalam ujian ini, ramai yang menang kerana mereka bersabar dalam ujian tersebut. Macam kita jugak lah, masa susah baru ingat Tuhan.Bila rasa terdesak bari ingat Tuhan ada. Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara datang. Sihat sebelum sakit.Kaya sebelum miskin.Muda sebelum tua.Lapang sebelum sempit.Hidup sebelum mati.

3 ~ Ujian Yang Berbentuk Iri Hari.
Ujian ini merupakan paling berat kerana ia melibatkan hati.Jangan kita berkecil hati sekiranya Allah melebihkan orang lain, kerana itu merupakan rezeki yang Allah dah berikan kepada mereka dan mungkin boleh jadi juga ujian yg Allah berikan kepada mereka.Kita yang kurang daripada mereka yg lebih tu,jangan sedih atau rasa berasa hati dengan Allah.Ada hikmah di sebalik apa yang Allah tentukan untuk kita. Kadang-kadang diri ini pun suka rasa cemburu dengan kawan-kawan yang lbih siket dari diri sendiri.Pujuk diri, bahawa Allah akan beri dan gantikan yang lebih baik dari orang lain perolehi.Takpun, masih tak cukup ke yg Allah dah bagi ni, sampai kita nak mintak yg lebih-lebih lagi. T__T

Ramai yg kita tak sedar yg dunia ni adalah sebaik-baik tempat ujian yg Allah berikan kepada hambaNya. Dunia ni adalah tempat bagi menentukan siapa yg paling baik amalnya dan sebaik-baik amal di dunia akan diberi ganjaran sebaik-baik tempat di akhirat kelak.

Semoga kita semua tergolong dalam orang yang bersabar dalam setiap ujian yg Allah berikan kepada kita. Semakin kuat kita bersabar dalam setiap ujian yg Allah beri, semakin Allah sayang kepada kita.
“Allah menyukai orang-orang yang sabar” [Ali-Imran : 146]

Saya harap, saya dapat amalkan apa yg dah saya share ni.. Mohon supaya kuat dalam setiap ujian yg diberikan olehNya tak kira ujian berbentuk kesenangan atau kesulitan.

Bukan semua apa yang saya tulis kat atas tu, Ustaz Mizan cakap..Ade yang saya top-up sendiri, mana yang boleh ditambah-tambah tu.Harap bermanfaat untuk semua. :p

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” [Al-Baqarah : 155]

“Musa berkata kepada kaumnya: “Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa”. [Al-A'raf:128]

hanisah+me+amyra+aiman

Friday, 27 January 2012

Saya Sayang Awak..Pling!!

sayang sokmoo~

Banyak cara kalau kita nak tunjukkan kasih sayang kita kepada seseorang.Ada yang bagi hadiah best-best, ada yang pergi bawak melancong tempat yang cantik.. Tak kisah siapa pun kita sayang, ibu, ayah, kakak, abang, adik, cousin, kawan-kawan, tunang, suami, isteri and etc,..Yang pastinya, kita mesti nak hadiahkan sesuatu untuk mereka yg kita sayang tanda kita menghargai mereka yang hadir dalam hidup kita.

Kalau nak hadiahkan kereta sebijik, percutian ke Korea setiap sorang yang disayangi tu, memang tak la..Jadi, 4 me, cara untuk menghagai mereka yang disayangi saya akan masak something untuk mereka.Tak kisah la masak apa, janji depa semua dapat rasa ayaq tangan cheq buat sendiri..I admit, ayaq tangan cheq tak sedap mana pun.Eh, memang tak sedap...

Bila masakkan something untuk orang yang kita sayang dengan rasa ikhlas + kasih sayang, rasa puas hati sangat..Yes! SANGAT PUAS! Walaupun ia tidaklah sesedap makanan KepCi, McDi dan restoran mewah 7 Star Wars, tapi itu lah yg saya buat dan akan buat untuk gembirakan hati orang-orang yang saya sayang. Hatta masakkan meggie pun, saya rasa dah puas. Kalau kat asrama ni, kawan-kawan la jadi mangsa makan Meggie ayaq tangan saya. ^^

Lepas ni, saya nak try masak macam-macam yang sesedap lagi brkhasiat, lepas tu nak bagi semua orang makan..Saya suka memasak, tapi kepakaran tu takdak lagi..T__T InsyaAllah, lepas sem akhir ni berakhir, nak duduk umah belajar masak dengan kakak.
nasi ayam ( cc : google )
velvet-red cake by my sis
spagheti by my sis
cupcakes yg comel.. :') (cc:google)

Kalau boleh, nak pandai masak cup cake, mee curry, kueh mueh, nasi arab,seafood, daging masak asam podeh,kari hayam and so on..Dan kalau boleh jugak nak jadi masterchef di hati orang-orang yang saya sayang.

macam mane nk masuk masterchef season 2 ? :p

Siapa-siapa yang pernah makan masakan saya yg tak sedap tu, maafkan ye..Saya ni baby lagi dalam masak memasak nih.Nama je amik ERT time PMR dulu, tapi fail dalam keje ompompuan nih..Lepas ni, PROMISE, akan masak dngan bersungguh-sungguh, demi yg tersayang.Siapa yg belum pernah merasa masakan ayaq tangan saya, harap jgn berkecil hati.Tak masakkan bukan tanda tak sayang tapi mungkin laen kali InsyaAllah.

~ Apa-apa pun, Walaupun kita masak tak sedap, bile kita masak guna hati dan kasih sayang, rase tu Pling..Pling..Pling..Jadi sedap..^^


Saya Sayang Awak..

I Love U....

Ana Uhibbukum...

Wo Ai Ni..

Sarang Heyo..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...