Sunday 29 January 2012

3 Jenis Ujian & Kesabaran

CC: m
Assalamu'laikum w.b.t.
Hari Khamis hari tu, 26 Januari, kat U saya ada buat pogram untuk semua pelajar Diploma fakulti saya..Pogram tu,dipanggil pogram Himmah @ Pogram Munajat.

Alhamdulillah..pelbagai faedah dan pengisian dapat. Hari tu, saya dan kawan-kawan serta pelajar2 fakulti puasa sunat hari tu.Jadi, petang tu start pogram sampai la malam..Kami berbuka puasa bersama dengan mentor kami, Ustazah Najmiah, a.k.a Ustazah ngaja Tafsir Tahlili a.k.a Mushrifah thesis.

Masa malam tu, selepas bacaan Yaasin dan Solat Hajat, Ustaz Mizan memberikan Tazkirah dan Ceramah Motivasi.

Suka untuk saya berkongsi dengan semua sedikit sebanyak yang saya dapat daripada motivasi Ustaz Mizan tersebut..Ustaz Mizan kata, dekat dunia ni ade tiga (3) bentuk ujian yg Allah berikan kepada kita.
dalam DEBS. (cc : adek junior)
1 ~ Ujian Yang Berbentuk Pemberian Nikmat.
Mak, ayah, kawan-kawan, laptop, kereta , rupa cantik dan semua yg ada didunia ni, Allah lah yg berikan kepada kita..Jadi, kita mestilah syukuri setiap nikmat yg Allah telah berikan kepada kita. Cara kita nak balas nikmat yg telah Allah berikan kepada kita, kita kenalah jadi hambaNya yang baik, hamba yang beribadah hanaya padaNya..Sebutlah Alhamdulillah untuk stiap yg Allah kurniakan kepada kita.
Dalam ujian ni, ramai hambaNya yg kecundang dan gagal kerana mereka tidak bersyukur dengan sebenar-benarnya.Mereka lupa bahawa nikmat yg Allah berikan itu hanya ujian untuk menguji keimanan dan ketaqwaan mereka kepada Allah.

2 ~ Ujian Yang Berbentuk Penarikan Nikmat.
Dalam ujian ini, ramai yang menang kerana mereka bersabar dalam ujian tersebut. Macam kita jugak lah, masa susah baru ingat Tuhan.Bila rasa terdesak bari ingat Tuhan ada. Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara datang. Sihat sebelum sakit.Kaya sebelum miskin.Muda sebelum tua.Lapang sebelum sempit.Hidup sebelum mati.

3 ~ Ujian Yang Berbentuk Iri Hari.
Ujian ini merupakan paling berat kerana ia melibatkan hati.Jangan kita berkecil hati sekiranya Allah melebihkan orang lain, kerana itu merupakan rezeki yang Allah dah berikan kepada mereka dan mungkin boleh jadi juga ujian yg Allah berikan kepada mereka.Kita yang kurang daripada mereka yg lebih tu,jangan sedih atau rasa berasa hati dengan Allah.Ada hikmah di sebalik apa yang Allah tentukan untuk kita. Kadang-kadang diri ini pun suka rasa cemburu dengan kawan-kawan yang lbih siket dari diri sendiri.Pujuk diri, bahawa Allah akan beri dan gantikan yang lebih baik dari orang lain perolehi.Takpun, masih tak cukup ke yg Allah dah bagi ni, sampai kita nak mintak yg lebih-lebih lagi. T__T

Ramai yg kita tak sedar yg dunia ni adalah sebaik-baik tempat ujian yg Allah berikan kepada hambaNya. Dunia ni adalah tempat bagi menentukan siapa yg paling baik amalnya dan sebaik-baik amal di dunia akan diberi ganjaran sebaik-baik tempat di akhirat kelak.

Semoga kita semua tergolong dalam orang yang bersabar dalam setiap ujian yg Allah berikan kepada kita. Semakin kuat kita bersabar dalam setiap ujian yg Allah beri, semakin Allah sayang kepada kita.
“Allah menyukai orang-orang yang sabar” [Ali-Imran : 146]

Saya harap, saya dapat amalkan apa yg dah saya share ni.. Mohon supaya kuat dalam setiap ujian yg diberikan olehNya tak kira ujian berbentuk kesenangan atau kesulitan.

Bukan semua apa yang saya tulis kat atas tu, Ustaz Mizan cakap..Ade yang saya top-up sendiri, mana yang boleh ditambah-tambah tu.Harap bermanfaat untuk semua. :p

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” [Al-Baqarah : 155]

“Musa berkata kepada kaumnya: “Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa”. [Al-A'raf:128]

hanisah+me+amyra+aiman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...