Tuesday 24 January 2012

Sujud Sahwi



Apa itu Sujud Sahwi?

Sujud Sahwi adalah dua sujud yang dilakukan ketika solat, iaitu untuk menutup kekurangan yang dilakukan kerana terlupa.



Bila Kita Perlu Melakukan Sujud Sahwi?


  1. Apabila kita tertinggal satu daripada 7 Sunat Ab'ad iaitu:
  • Membaca Tahiyat Awal
  • Membaca selawat pada akhir tahiyat awal (Allahumma Solli Ala Muhammad)
  • Membaca Doa Qunut dalam solat Subuh
  • Membaca selawat dan salam pada akhir Doa Qunut (Wasallallahu Ala Sayyidina Muhammad Waala Alihi Wasohbihi Wasallam)
  • Duduk kerana membahaca Tahiyat Awal
  • Membaca selawat ke atas keluarga nabi Muhammad s.a.w
  • Berdiri kerana membaca Doa Qunut



Bacaan Sewaktu Sujud Sahwi


سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو

Maksudnya: Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.


Bagaimana Cara Melakukan Sujud Sahwi?

  • Sujud dua kali selepas Tahiyyat Akhir dan sebelum salam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...